Laman Utama

8000 Muhaditthat (Ulama hadith Wanita) sepanjang sejarah

Moderators: g@y@t, MaT_LughowiyyaaT, alitantawi, ibnuhazam

8000 Muhaditthat (Ulama hadith Wanita) sepanjang sejarah

Postby tahir » Jul 21st, '07, 15:46

Shaikh Dr Akram an-Nadwi telah menghasilkan kajian yang sepatutnya memberi semangat kepada wanita kita untuk bangun memikul tanggungjawab besar ni!

http://www.nytimes.com/2007/02/25/magaz ... xprod=digg
tahir
Martabat 4
Martabat 4
 
Posts: 62
Joined: Jan 1st, '70, 08:00

Postby Bona_Fide_SIS » Jul 21st, '07, 22:54

Thank you Tahir for sharing this news with us. It is indeed very inspirational.

Dalam masa yang sama, berita ini juga sepatutnya memberi semangat kepada kaum suami dan bapa untuk membentuk isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka ke arah merangkul kelayakan yang cukup untuk memikul tanggungjawab besar ini. Memang diakui, kita amat kekurangan ustazah yang berkelayakan, apatah lagi yang berpegang kepada manhaj salafussoleh.
Anybody interested to form Sisters In Islam – the Bona Fide version?
Bona_Fide_SIS
Maqam 2
Maqam 2
 
Posts: 914
Joined: Oct 2nd, '05, 01:10

Postby ummimq » Jul 23rd, '07, 12:34

Indeed, read today, when many Muslim women still don’t dare pray in mosques, let alone lecture leaders in them, Akram’s entry for someone like Umm al-Darda, a prominent jurist in seventh-century Damascus, is startling. As a young woman, Umm al-Darda used to sit with male scholars in the mosque, talking shop. “I’ve tried to worship Allah in every way,” she wrote, “but I’ve never found a better one than sitting around, debating other scholars.” She went on to teach hadith and fiqh, or law, at the mosque, and even lectured in the men’s section; her students included the caliph of Damascus. She shocked her contemporaries by praying shoulder to shoulder with men — a nearly unknown practice, even now — and issuing a fatwa, still cited by modern scholars, that allowed women to pray in the same position as men.


Petikan di atas diambil dari website yang dipaparkan itu. Dan umi terfikir agaknya Amina Wadud mencontohi wanita tersebut. Cuma harap para masyeikh di sini dapat memberi pencerahan dan komen pasal seerah wanita dalam artikel tersebut. Jzkk terlebih dulu.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby ummimq » Jul 25th, '07, 01:33

::?:
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby ummimq » Jul 28th, '07, 02:08

Harap para masyeikh dapat berikan sedikit pencerahan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby Bona_Fide_SIS » Jul 29th, '07, 07:20

Ummimq.. setahu saya, Aminan Wadud pakai hadith yang menceritakan seorang sahabiah jadi imam di rumahnya. Tapi, yang artikel tu sebut ialah tentang wanita solat sama saf dengan lelaki. Hmm.. macam lain sikit tak? Wallahu a'lam.
Anybody interested to form Sisters In Islam – the Bona Fide version?
Bona_Fide_SIS
Maqam 2
Maqam 2
 
Posts: 914
Joined: Oct 2nd, '05, 01:10

Postby ummimq » Jul 31st, '07, 11:37

:). Alhamdulillah syukran jazilan kerana sudi respons. Umi cuma nak minta para masyeikh di sini jelaskan akan tindakan Umm al Darda itu. Lagipun para masyeikh adalah golongan yang mengkaji sedangkan umi ni arab pun tak pandai.

Maaf sekiranya menyusahkan tetapi demi ilmu dan kebenaran harap sesiapa dapat perjelaskan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby AisyahHumaira » Aug 9th, '07, 11:01

Salam,

Mcm ummi kata, mgkn artikel ni perlu diteliti semula.

Saya ada baca satu bab dalam kitab Dirasat fi Manhaj al-Naqd 'inda al-Muhaddithin oleh Muhammad Ali Qasim al-'Umari. Bab ni khas menulis mengenai peranan wanita dalam ilmu periwayatan hadis. Bukan sahaja meriwayatkan bahkan ada yang smp tahap nuqqad al-hadith. Subhanallah! Memang amazed masa baca ni, tak sangka wanita juga main peranan besar dalam ilmu hadith. Cuma ia tak seramai lelaki. Wanita2 yang terlibat dalam bidang ini juga masih mengekalkan adab-adab dan masih terikat dengan hukum-hakam. Musafir dengan mahram dalam perjalanan menuntut hadis, observed aurat dsb.

Dalam bab ni juga ada quote mengenai Ummu Darda' seperti yang dalam artikel tu tapi yang sekadar yang diboldkan sahaja, ia dari kitab Ibn 'Asakir Tarajum al-Nisa' :

Umm al-Darda, a prominent jurist in seventh-century Damascus, is startling. As a young woman, Umm al-Darda used to sit with male scholars in the mosque, talking shop. “I’ve tried to worship Allah in every way,” she wrote, “but I’ve never found a better one than sitting around, debating other scholars.” She went on to teach hadith and fiqh, or law, at the mosque, and even lectured in the men’s section; her students included the caliph of Damascus. She shocked her contemporaries by praying shoulder to shoulder with men — a nearly unknown practice, even now — and issuing a fatwa, still cited by modern scholars, that allowed women to pray in the same position as men.


Cuma baki penyataan dari artikel di atas, saya belum sempat check kitab Ibn 'Asakir.

She shocked her contemporaries by praying shoulder to shoulder with men — a nearly unknown practice, even now — and issuing a fatwa, still cited by modern scholars, that allowed women to pray in the same position as men


Penyataan ini juga seolah-olah bertentangan dengan hadis2 sahih dari Nabi :selawat yang mengatakan : 'Sebaik-baik saf wanita itu ialah yang paling akhir'. (HR Muslim) dan banyak dalil lain yang menunjukkan dalam solat jemaah, wanita berada di belakang lelaki. Wanita di zaman Nabi :selawat solat bersama baginda, tetapi setelah selesai mereka akan terus bersurai dan mereka tidak dikenali disebabkan suasana yang masih gelap (Muttafaq 'alayh)

Indeed, read today, when many Muslim women still don’t dare pray in mosques


Bukan don't dare, tapi hadis2 sahih dari Nabi :selawat juga mengatakan bahawa solat di rumah itu lebih baik bagi wanita tetapi wanita dibolehkan untuk solat di masjid.

:aklam
Sebaik-baik penghibur bagi manusia adalah buku..
User avatar
AisyahHumaira
Martabat 5
Martabat 5
 
Posts: 173
Joined: Jun 4th, '04, 15:36
Location: Kuala Lumpur

Postby ummimq » Aug 9th, '07, 15:39

Jzkk anakanda humaira. InsyaAllah u can go to that level if u have the will to do so.

Harap benar ada masyeikh yang dah buat kajian tentang kisah tersebut demi ilmu dan kebenaran.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.
ps - Mufti yang mencapai darjat tinggi adalah mufti yang mengeluarkan fatwa dengan pandangan sederhana (tengah-tengah) yang dapat diterima oleh majoriti masyarakat. (Imam As Syatiby)
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby Bona_Fide_SIS » Aug 10th, '07, 00:57

AisyahHumaira... very well thought comments. Inilah tokoh Muslimah harapan kita. Akak setuju isi kandungan artikel tersebut perlu dinilai semula. Tanpa melupakan bahawa dalam masa yang sama, kita juga menghargai mesej utama yang ingin disampaikan.

Ummimq... kita sama-sama doakan supaya AisyahHumaira akan menjadi Muhaddithat yang hebat.
Anybody interested to form Sisters In Islam – the Bona Fide version?
Bona_Fide_SIS
Maqam 2
Maqam 2
 
Posts: 914
Joined: Oct 2nd, '05, 01:10

Postby ummimq » Aug 10th, '07, 21:34

Allahumma Ameen.
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby abu_ismail » Aug 11th, '07, 05:19

Erm, maaf menyampuk...

ni buat membakar semangat para muslimat, pujian imam az-zahabi pada perawi perempuan:

''tidak aku ketahui seorang perawi wanita pun yg dituduh [pada agamanya sehingga riwayat hadisnya ditolak], atau pun riwayatnya ditinggalkan'' - imam az-Zahabi, rujuk Mizan alI’tidaal 7/456- ::D
abu_ismail
Maqam 1
Maqam 1
 
Posts: 403
Joined: Jan 1st, '70, 08:00

Postby ummimq » Aug 11th, '07, 08:52

Syeikh tak menyampuk. Sila teruskan beri pandangan dan juga nasihat kerana wanita ni perlukan didikan kaum lelaki. Kami di sini sentiasa menerima teguran. Harap syeikh dapat ceritakan kisah Umm Darda tu ya.

afwan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab.

ps - Penawar yang paling mujarab ialah rajin (Iman Ghazali 1058 - 1111)
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Postby izrail » Aug 11th, '07, 19:39

Nama asal Ummu Darda' ini ialah Hujaimah @ Juhaimah yang dikenali dengan Ummu Darda' muda.

Abu Darda' r.a Sahabat Nabi SAW telah berkahwin dengan Ummu Darda' tua yang bernama Khairah dan Ummu Darda' muda. Ummu Darda' tua adalah Sahabat Nabi SAW yang wafat pada masa hidup Abu Darda' dan Ummu Darda' muda adalah seorang Tabi'iah meninggal selepas kewafatan Abu Darda' r.a.

Ummu Darda' pada mulanya seorang anak yatim yang dijaga oleh Abu Darda' di rumahnya. Pada masa kecilnya ini, Ummu Darda' telah menghadiri majlis-majlis ilmu dan bersolat bersama orang-orang lelaki dalam saf mereka sehingga dilarang oleh Abu Darda' r.a dan menyuruh Ummu Darda' bersolat di dalam saf perempuan.

Dan Abu Darda' mengahwini Ummu Darda' sehinggalah beliau wafat. Sebelum wafat Abu Darda', Ummu Darda' telah meminta untuk menjadi isteri beliau di syurga dan Abu Darda' berpesan: jangan kamu berkahwin selepas aku.

Setelah kewafatan Abu Darda' ketika Mu'awiyah r.a ingin meminang Ummu Darda', maka Ummu Darda' menjawab: Aku telah mendengar Abu Darda' berkata: Aku telah mendengar Rasulullahi SAW bersabda: Orang perempuan adalah bagi suaminya yang terakhir. Sesungguhnya aku telah meminta dari Abu Darda' berdoa kepada Allah SWT supaya aku menjadi isterinya di syurga, maka dia berkata: itu jika kamu tidak berkahwin selepas aku. Ummu Darda' menolak pinangan tersebut.

Pernah Abu Darda' berkata kepada Ummu Darda': jika kamu marah aku akan maafkan kamu dan jika aku marah hendaklah kamu maafkan aku, jika kamu tidak buat demikian, betapa cepatnya kita akan berpisah.

Ummu Darda' adalah seorang faqihah dan muhaddithah yang telah meriwayatkan banyak hadis dari para Sahabat r.a. Dan hadis-hadis Ummu Darda' ada diriwayatkan dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibn Majah dll.

Ramai ulama telah menyebut kisah Ummu Darda', antaranya Ibn 3asakir dalam Tarikh Damsyik, al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal, az-Zahabi dalam Siyar a3lam Nubala', Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa an-Nihayah, Ibn Hajar dalam Tahzib at-Tahzib dll.

Wallahu a3lam
izrail
Panel Feqh
Panel Feqh
 
Posts: 284
Joined: Jan 1st, '70, 08:00

Postby ummimq » Aug 11th, '07, 21:44

Jzkk. Tapi betul ke beliau ni solat bersebelahan dengan lelaki dalam satu saf?

Wallahuta'ala a'lam
ummimq
Maqam 3
Maqam 3
 
Posts: 1592
Joined: Jan 26th, '04, 14:33

Next

Return to Sembang Hadith dan ilmu-ilmunya

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

Bridge by mehdiplugins.com

Home | RSS Feed Proudly Powered by Joomla Design by : Free Joomla 1.5 Template | Distributed by : Free Joomla Templates Design | CSS | XHTML

Top