Kecantikan bukan segalanya!!!

Primary tabs

Oleh: kembara_daie

Paras rupa- satu nilaian yang begitu diambil berat oleh para manusia,terutamanya dalam pemilihan teman hidup. memang fitrah manusia sukakan yg indah indah, yang berparas rupa,untuk menjadi miliknya.

Allah menjadikan manusia dengan pelbagai rupa dengan penuh hikmah. zahirnya memang ada insan yang lebih kacak dari yang lain, dan ada yang kurang cantik dari yang lain. semuanya kurniaan Allah yang wajib disyukuri, dan ianya juga merupakan ujian Allah atas para hambanya.

" Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata mata, kerana kecantikannya mungkin bakal mengheret mereka ke jurang kemusnahan, janganlah kamu kahwini mereka kerana harta mereka,kerana harta itu bakal menjadikan mereka taghut/zalim, akan tetapi kahwinilah mereka kerana agama, maka mudah mudahan seorang amah berkulit hitam yang beragama itu lebih baik.." (Daripada Abdullah bin amru, diriwayatkan oleh imam ibnu majah, al-bazzar dan al-baihaqi, dan dia merafa'kannya).

Benarlah pesanan Rasulullah s.a.w. akibat lemahnya perisai iman dalam mengharung ujian,berapa ramai yang tewas dengan ujian memiliki paras rupa, hingga mereka terjerumus ke lembah kehinaan. kerana paras rupa, suami mungkin jadi dayus,isteri mungkin jadi derhaka. yang cantik mengeplotasi kecantikan untuk mendapatkan wang, demikian juga yang kacak. lalu terlibatlah ke dalam lembah yang terlarang. berapa ramai yang meleburkan kekayaan demi memiliki paras rupa yang hakikatnya tak berkekalan.

Namun jika berjaya mengharung ujian dengan iman, insya Allah kejayaan berpihak padanya.biarpun terkorban kepentingan duniawi. lihatlah betapa nabi Yusuf alaihissalam, memilih penjara daripada berdepan dengan ujian yang antaranya bersebab dari kekacakannya.

Kisah Dehyah (Dal haa' yaa taa' marbutoh)
Bayangkan seorang lelaki kacak,paras rupa yang tampan, ke mana dia pergi mata insanbernama perempuan-semua peringkat usia mungkin- melirit pada wajahnya. dia jadi tumpuan kerana kekacakan dan ketampanannya. bak kata org, jadi kegilaan perempuan.siapa tak suka?? rasa bangga, seronok, tidak payah susah susah mengurat,menghabiskan duit membeli top up dan sebagainya, ramai gadis datang mengofferkan diri!!

As-suhaili dalam kitabnya ar-raudh al-anf (1/116),menyebutkan bahawa salah satu cara wahyu disampaikan kpd rasulullah s.a.w adalah melalui malaikat yang menyerupakan dirinya kepada seorg lelaki. dan antara rupa yang selalu dirupainya ialah seorg shbt bernama Dehyah. Dr Muhammad Abu al-Lais al-khaira al-Abadi dalam Ahadith Mukhtarah min kutub as-sittah(muzakirah2/ms 3) menyebut, antara sebanya ialah kerana Dehyah merupakan antara lelaki terkacak di zamannya, hinggakan diriwayatkan dehyah apabila berjalan beliau melindungi mukanya dengan penutup kerana bimbang kekacakannya menjadi fitnah buat kaum wanita!!
Subhanallah....betapa teguh iman Dehyah...beliau memilih untuk menyembunyikan kekacakan demi imannya serta iman mereka di sekelilingnya!!! alangkah indahnya jika si kacak dan si tampan pada hari ini dapat mencontohi...

Akhirnya, sama samalah kita mengambil pengajaran dari apa ynag ternukil ini...semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam mengharungi ujian dan dugaan..

http://kembara-journey.blogspot.com/2008/11/kecantikan-bukan-segalanya.html