Apakah Ustaz Abu Syafiq Akan Menyahut Cabaran Debat Ustaz Salman Ali?

Telah tersebar sebelum ini cabaran debat oleh Ustaz Abu Syafiq terhadap Dr Mohd Asri Zainal Abidin. Kita lihat ada kemungkinan besar cabaran ini tidak akan dilayan. Namun, sekarang ini, seorang yang dikatakan sebagai murid kepada Dr Mohd Asri yang menyahut cabaran debat Ustaz Abu Syafiq.  Dan setakat ini belum kedengaran disahut oleh Ustaz Abu Syafiq. Apakah beliau akan menyahut cabaran debat dari Ustaz Salman Ali yang memang diketahui umum sebagai seorang pendebat yang baik. Bukan setakat itu, malah profesionnya sendiri adalah seorang jurulatih debat di Qatar Foundation, Qatar.

Berikut ini poster yang dibuat oleh ustaz Abu Syafiq untuk Dr Asri:

 

 Poster dari pihak Ustaz Salman Ali: