Bahan Ilmiah

  • Ketika baginda s.a.w. berusia 35 tahun, kaum Quraisy telah meruntuhkan Ka’bah dan memperbaharui pembinaannya. Baginda s.a.w. turut bersama mereka membinanya. Baginda s.a.w. mengangkat batu-batu bersama para pembesar Quraisy. Turut bersamanya ialah bapa saudaranya al-Abbas.

  • Baginda s.a.w. masyhur di kalangan kaumnya dengan sifat-sifat terpuji seperti bersifat benar, amanah, santun (hilm), malu dan merendah diri. Sehingga mereka menggelarkannya sebagai al-Amin. Kaum dan keluarganya amat menyintainya. Mereka juga amat menghormatinya.

  • Ketika usia baginda s.a.w. menghampiri 40 tahun, baginda s.a.w. gemar menjauhkan diri dari orang ramai dan gemar beribadah. Untuk beribadah, baginda memilih tempat di gua Hira’, iaitu gua yang berada di sebuah bukit di jalan Mekah.

  • Sayyiduna Muhammad bin Abdullah dan Aminah al-qurasyi ah merupakan nabi yang terakhir, dan utusan Allah kepada seluruh manusia, agar mereka menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu. Baginda s.a.w. telah dilahirkan di Mekah pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal. Ayahnya telah meninggal dunia sebelum kelahirannya dan dikebumikan di Madinah.

  • Terjemahan dari kitab Khulasah Nurul Yaqin.
    Isikandungan: Siapakah Nabi s.a.w., keturunannya dan kematian ayahnya, kelahiran dan penyusuan Baginda s.a.w., dan kematian ibunya dan siapa pengasuhnya.

  • Martabat Tujuh
    Tajalli (Penampakan) Allah Melalui Tujuh Martabat (Lapisan)
    Satu perbincangan Tentang Teori Kejadian Alam Laluan Menuju Ke Arah Ma’rifat dan Insan Kamil
    Abdul Fatah Haron Ibrahim
    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  • Kandungan - Bab Satu: Ahli Sunnah dan Martabat Tujuh, Bab Dua: Isu Martabat Tujuh, Bab Tiga: Mengapa Tiada Bantahan,
    Bab Empat: Benda Pertama yang Dijadikan Menurut Ahli Sunnah Wa al-Jamaah, Bab Lima: Ibnu ‘Arabi (1165 – 1240M), al-Jili, Al-Midrasi, Bab Enam: Martabat Tujuh, Bab Tujuh: Kegunaan Martabat Tujuh, Lampiran, Rujukan

  • Ilmu Martabat Tujuh ini ialah satu perbincangan mengenai asal mula kejadian alam semesta ini. Ilmu atau akidah Martabat Tujuh ini bercanggah dengan Ahli Sunnah; bercanggah dengan Asy'ariah, Maturidiah dan Salaf.

  • Syaikh Ahmad Khatib menafikan bahawa Martabat Tujuh itu ada kaitan dengan Imam Ghazali dan beliau menyelar mereka yang melibatkan diri dengan Martabat Tujuh ini dengan mengatakan bahawa, "mereka melibatkan diri daripada golongan orang jahil, segalanya menyalahi Syari'at Nabi dan menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba, dan tiada ia daripada kalam Imam Ghazali, ghalibnya kufur dengan Allah Ta'ala... dan tiada pula daripada perkataan orang alim, tetapi ia daripada perbuatan orang jahil yang melihat ia akan perkataan ahli Wahdat al-Wujud..."

  • Ilmu Tasawuf Tajalli Wahdat al-Wujud Martabat Tujuh sama ada menggunakan istilah Ahadiyah, Wahdah, Wahidiyah, atau La Ta'yyun, Ta'yyun Awal dan seterusnya sudah lama ada di mana-mana di Alam Nusantara sebagaimana yang terdapat dalam kitab-kitab dan buku-buku tasawuf