Berita dan Artikel

  • Hari Ini Hari Sedih Untuk Ahlus Sunnah?

    Hari ini hari kesedihan untuk Ahlus Sunnah Malaysia? Menakutkan dan mengerikan..


  • Facebook oh Facebook!

    Facebook oh Facebook!
    By Shahmuzir


    Facebook oh Facebook…
    Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
    Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
    Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
    Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
    Facebook sebagai medium bersosial terkini.



  • Jangan Main Sebut Sahaja.. Tahukah Mereka Apa Maksud Kembali Kepada Sunnah Nabi s.a.w.?

    Oleh Ustaz Adlan Abdul Aziz


     



    Apa maksud sebenar seruan 'kembali kepada Sunnah Nabi s.a.w.? Sebahagian yang menggelarkan diri mereka 'salafi' begitu asyik dengan seruan ini seolah-olah sekali pandang kita akan menyangka bahawa masyarakat kita begitu 'jauh' dari Sunnah Nabi s.a.w. Adakah begitu keadaannya?




  • Majlis Fatwa Kebangsaan: Koleksi Fatwa Berkaitan Alkohol Dalam Makanan Dll

    Isikandungan fatwa berkaitan alkohol dalam makanan dan lain-lain:
    1. Alkohol Menurut Pandangan Islam
    2. Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
    3. Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan
    4. Penggunaan Alkohol Semasa Solat
    5. Ubat yang mengandungi alkohol.


  • Zuhud : Pra syarat tajdid & mujaddid!*

    Dewasa ini, agak ramai yang bercakap tentang tajdid. Tapi, tidak semua yang mewar-warkan tajdid, mampu melakukan tajdid!


    Kebanyakan mereka yang melaungkan tajdid itu memiliki idea, daya intelektual dan keberanian, namun mengapa mereka masih gagal mencetuskan tajdid yang mampu mengubah keadaan dan menggugat zaman?


     


  • [Petikan Berita Harian] Revolusi Iran cetus perkembangan Syiah

    2011/05/28 -  ISU perkembangan Syiah di negara kita sejak kebelakangan ini adalah ulangan polemik yang pernah muncul pada 1990-an berikutan penangkapan beberapa penganut Syiah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


    Majoriti penganut Syiah yang wujud di negara hari ini adalah generasi pelapis kepada generasi 1990-an yang begitu aktif mengendalikan beberapa markas Syiah di utara dan selatan tanah air, termasuk juga di Sabah dan Sarawak.


  • Sahih Muslim 12/01/2011 - Memuliakan Nabi & Tidak Banyak Bertanya Perkara Yang Tak Berfaedah

    Syarah Sahih Muslim


    Oleh: Maulana Mohd A0sri Yusoff


    Tarikh: 12/01/2011 (SM120111)


    Tajuk: Memuliakan Nabi s.a.w. dan Tidak Banyak Bertanya Perkara Yang Tak Berfaedah


    Klik untuk baca teks Hadis..



     


  • Documentary About Zam Zam Water

    Berikut ini video dokumentari mengenai air zam-zam. Dan dipetik juga soaljawab antara pengunjung al-ahkam.net dengan panel feqh al-ahkam.net syeikh Abu Umair di ruangan soaljawab Islam:


    Soal: ana nak tny betul ke ada hadis mengatakan bahawa air zam-zam itu mengikut apa yang diniatkan oleh peminumnya? hadis tu soheh ke?


    Jawab: Ada hadis berbunyi:
    ماء زمزم لما شرب له
    Maksudnya: "Air zamzam adalah untuk perkara yang dikehendaki peminumnya". Direkod oleh Ahmad (no: 14849), dan Ibn Majah (no: 3062) daripada hadis Jabir. Dan direkod sebagai hadis Ibn Abbas oleh Daraqutni (no: 238), al-Hakim (no: 1739) dll.


  • [Bahaya Syiah] Tahniah Atas Usaha JAIS Anjur Seminar Beri Penjelasan

    JAIS Anjur Seminar Beri Penjelasan Tentang Ajaran Sesat Syiah


    SHAH ALAM, 25 Mei (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan seminar dari semasa ke semasa untuk menjelaskan kepada orang awam tentang ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kata Pengarahnya Marzuki Hussin.


  • Ya Allah, lindungilah kami daripada fitnah!

    Oleh: Ust Aizam Mas'od


    Seminggu sebelum Dato' Wan pencen, beliau mengajak penulis bersama-sama dengannya bertemu dengan Syeikh Dr. Afifi al-Akiti, pensyarah Pengajian Islam di Universiti Oxford, London. (Klik sini untuk mengenali siapa beliau). Apa yang menarik, walaupun Syeikh Afifi seorang ahli tariqat dan seorang Asy'ari Syafi'iy yang kuat, beliau masih menunjukkan sifat-sifat keterbukaannya terhadap golongan dari aliran yang bertentangan. Beliau menceritakan kisah tentang persahabatannya dengan seorang Syeikh Salafi di sana bernama Syeikh Usamah.


  • Syiah Malaysia Kena Lagi Dengan JAIS!

    Empat anggota Syiah ditahan JAIS


    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.


  • [DUNIA BUKU] Di Manakah Kesilapan Kita?

    Tajuk Buku: Di Manakah Kesilapan Kita?
    Penulis: Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi
    Halaman: 145m/s
    Harga: RM11.90
    Kod: PJ-2045


  • [Video Di Dalam] Lawatan Prof Dr Wahbah al-Zuhaily: tiada laporan didada akhbar?

    Kedatangan beliau dinanti-nantikan bagai menunggu artis terkenal yang akan membuat persembahan agungnya dipentas. Nama Prof Dr Wahbah al-Zuhaily memang tidak asing lagi dikalangan pengemar buku-buku agama.


  • Agaknya Kalau Dr Aidh al-Qarni Penampar Habib al-Jufri Barulah Dikatakan Sunnah!

    Gambar Dr Aidh al-Qarni berjabat tangan dengan Habib Ali Al-Jufri yang beraliran sufi Hadhramaut Yaman menjadi bahan caci keji oleh sebahagian pengikut Salafi beraliran keras di FB mereka. Ini berikutan gambar berkenaan diletakkan di artikel Ustaz Adlan di sini..


  • Baca Ini Dulu Sebelum Nak Kutuk Dr Salman & Dr Aidh..

    2 Tokoh Dakwah Islam - Dr Salman & Dr Aidh
    Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz


    Dalam artikel yg sebelum ni bertajuk 'Agama Bukan Milik Arab Saudi Semata-mata' saya telah sebutkan dalam perenggan kedua berbunyi:


    "Sebenarnya saya sendiri pun mengkagumi sebahagian ulama dari Arab Saudi seperti Dr.Salman al-Oadah (www.islamtoday.net) dan pengarang buku 'La Tahzan' iaitu Dr. Aidh al-Qarni serta lain-lain lagi."
     
    Biarkanlah kontroversi yang sedikit tentang artikel yang itu. Artikel ringkas kali ini ingin memperjelaskan mengapa saya mengkagumi dua orang tokoh ini - Dr.Salman al-Oadah dan Dr.Aidh al-Qarni.


  • 1 Ayat 1 Quran 1 Belia

    Sempena Hari Belia Negara 2011, Kerajaan menganjurkan pelbagai program untuk para belia dengan slogan kempen Himpunan Sejuta Belia. Satu program yang menarik perhatian saya ialah Acara Tadarus al-Quran bersama Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei 2011 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Yang menariknya daripada program Tadarus al-Quran ini ialah format dan konsep acara Tadarus al-Quran tersebut yang bagi saya adalah unik dan pelik. Apa yang unik dan peliknya? Berikut adalah format dan konsep acara tersebut:




  • Aduuuh!! Ulama Saudi.. Ulama Saudi.. Ulama Saudi.. Ulama Saudi.. Dan Ulama Saudi..

    Agama Bukan Milik Ulama Saudi Semata-mata


    Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz


    Mengapa tajuk ini? Tajuk ini berkaitan dengan sebahagian penuntut ilmu agama (bukan semua ya) yang asyik-asyik 'mengutamakan' dan 'mendahulukan' ulama dari Arab Saudi berbanding ulama lain. Ada yang bertanya: 'tak boleh ke?'. Bukan tak boleh, tapi...


  • [Penting Untuk Dibaca!] Catitan dari Syarahan Sumpah & Qadzaf oleh Dr Wahbah as-Zuhaily

    Sumpah & Qadzaf – Dr Wahbah az-Zuhaily
    By Shahmuzir



    [Sambungan dari artikel ini][Download MP3 rakaman di sini...]



    Selepas Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily menyampaikan tentang hakikat fitnah dan ujian serta peranan iman dan ilmu untuk berhadapan dengannya di dalam muqaddimah syarahan, beliau seterusnya memberikan tiga contoh peristiwa untuk menerangkan perihal tajuk yang diberi, iaitu:



    1. Tuduhan zina yang dilemparkan kepada saidatina `A’isyah radhiAllahu `anha oleh kepala munafiqin, `Abdullah bin Ubay bin Salul.

    2. Tuduhan zina oleh seorang suami kepada isterinya.

    3. Mubahalah antara orang Kristian Najran dengan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.



  • Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr Wahbah az-Zuhaily

    Hakikat Ujian Kepada Orang Yang Beriman – Dr Wahbah az-Zuhaily
    By Shahmuzir



    Alhamdulillah, pada 14/5/2011 Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily telah sudi untuk menyampaikan syarahan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.  Syarahan yang bertajuk “Sumpah & Qazaf” itu telah bermula tepat jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.  Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah dijemput sama pada majlis tersebut sebagai penterjemah syarahan.



    Sebelum Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaily memulakan syarahannya, beliau memohon kepada ALLAH Ta`ala agar kita semua diberikan kefahaman dalam agama, ditambahkan ilmu agama, diberi keberkatan dan dijauhi dari segala kejahatan.



     


  • Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
    By Shahmuzir


    Dah lama saya berhajat untuk berjumpa secara empat mata dengan Tuan Guru Nik Aziz.  Selama ini hanya berkesempatan melihat melalui kaca TV atau dari jauh sahaja.  Mengenangkan keadaan beliau yang semakin berusia, jadi hajat itu mesti segera ditunaikan.  Saya risau jika ‘tidak sempat’.


  • Sunnah Atau Tidak Luruskan Saf & Lekatkan Kaki - Ustaz Fadlan Jawab

    Petikan dari artikel ustaz Adlan:
    9- Penekanan yang diberikan oleh majoriti ulama fiqh dan hadith zaman berzaman ialah ke arah meluruskan saf dan membetulkannya tetapi tidaklah sampai membawa bukum 'wajib' atau 'sunat' untuk 'melekatkan' tumit dengan tumit atau tapak kaki dengan tapak kaki.