Berita dan Artikel

  • PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN

    PENJELASAN KAJIAN STATUS HADIS LARANGAN BERPUASA SELEPAS 15 SYABAN


    Oleh: Abu Ismail [E-mail: acid_fast_stain@yahoo.com]



    MATAN HADIS:


    TERJEMAHAN HADIS:


    "Apabila tiba setengah Syaaban [15 syaban], maka janganlah berpuasa".


    TAKHRIJ HADIS:


    Hadis ini semuanya diriwayatkan dengan jalan yang sama iaitu, oleh al-Alaa dari Ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, ia dikeluarkan oleh antaranya Ahmad dlm Musnadnya [hadis no.9705], at-Tirmizi dlm Jaminya [hadis no. 738], Ibn Majah dlm Sunan [hadis no.1651], al-Baihaqi dlm Sunan al-Kubra [hadis no.7751], Abu Daud dalam Sunannya [hadis no. 2337], Ibn Hibban dalam Sahihnya [hadis no. 3589], AbdulRazzaq dalam Musannaf [hadis no.7325], Darimi dalam Sunannya [hadis no. 1740], an-Nasaie dalam Sunan Kubra [hadis no.2911] dan lain-lain dengan lafaz yg sedikit berbeza [lafaz yg disebutkan diatas adalah lafaz dalam Sunan Abu Daud]


  • SIRI PENERANGAN MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN #4

    * Ini adalah sambungan kepada siri penulisan ’Manhaj Kajian Hadith Ulama Terdahulu @ al-Mutaqaddimun’. Perkara yang akan dihuraikan ialah berkaitan ciri keempat iaitu tentang kehebatan kajian ulama hadith al-Mutaqaddimun. Artikel kali ini adalah pendahuluan kepada huraian ciri keempat tersebut. Fokus artikel ini ialah - sorotan sepintas lalu tentang sejarah perkembangan kajian hadith. Ia perlu diketahui dan difahami bersama. Insya Allah, artikel seterusnya akan menghuraikan ciri keempat dengan lebih panjang. Selamat membaca.


  • MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN: HAFAZAN DAN PENILAIAN TERHADAP HADITH

    MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN: HAFAZAN DAN PENILAIAN TERHADAP HADITH


    [oleh: Muhammad Anwaruddin Abdul Wahab]


    Perlu diketahui bahawa Syu’bah, Ibnu Mahdi, Yahya alQattan, Malik bin Anas, Ali bin alMadini, Ahmad bin Hanbal, Abu Zur’ah, Abu Hatim, adDarimi, alBukhari, Muslim, atTirmizi, Abu Dawud, anNasa-ie, Ibnu Majah dan lain-lain pakar hadith kurun ke-2 dan ke-3 Hijrah, menghafaz beratus ribu hadith. Maka, mereka inilah yang mengetahui kecacatan-kecacatan atau penyakit-penyakit hadith dan dijadikan rujukan. Ini kerana kitab-kitab mereka tidak menghimpunkan segala hadith yang dihafaz oleh mereka yang berjumlah ratusan ribu hadith.


  • Imam az-Zahabi VS mustadrak...

    Kitab Mustadrak al-Hakim dan Talkhis-nya Imam az-Zahabi


    Kita sering mendengar ungkapan "disahihkan oleh al-Hakim dalam Mustadrak,dan dipersetujui az-Zahabi" dalam takhrij-takhrij hadis, benarkah demikian? Adakah benar az-Zahabi menyemak kitab al-Mustadrak, atau hanya meringkasknnya sahaja?? Dibawah ini adalah berkenaan maksud talkhis Imam az-Zahabi kepada kitab al-Mustadrak susunan al-Hakim.


    Jawapan yg dikemukankan dibawah diambil dari laman web Islamtoday.net yang dikelola oleh Syaikh Dr. Salman Fahd Aoudah, ia adalah jawapan daripada syaikh al-Muhaddith Dr. Syarif Hatim al-Awni, yang merupakan muhaddith terkenal, bertugas sebagai pensyarah di universiti yang terkemuka, Universiti Umm al-Qura, Makkah, Arab Saudi.


  • SIRI PENERANGAN MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN #3


    Oleh alitantawi


    PERINGATAN: Artikel ini adalah bersiri dan pembaca dinasihatkan membaca keseluruhan artikel untuk mendapat gambaran yang tepat.


    Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat meneruskan penulisan dalam siri ‘penerangan manhaj al-Mutaqaddimun dalam menilai kesahihan hadith atau kedhaifannya’. Saya memohon maaf kepada sebahagian pembaca al-ahkam.net yang mungkin tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu penulisan ini disambung. Saya juga memohon maaf sekiranya apa yang ditulis terlalu panjang untuk para pembaca. Saya telah cuba menulis sebuah artikel yang ringkas tetapi setelah berfikir beberapa kali, saya merasakan bahawa terdapat maklumat tertentu yang perlu disebutkan untuk memberikan penjelasan yang lebih tepat.


  • Fadhilat Rejab Kembali Mencari Populariti..

    Post by syahrezan


     



    Didalam waktu zohor ada sebahagian tempat yang memanfaatkan masa untuk mengisi kuliah-kuliah. Tidak terlepas tempat kerjaku.


    Siapa yang solat sunat tahiyatul masjid tidak ada masalah. Walaubagaimanapun, apabila kuliah sedang dijalankan, manakala waktu zohor sudah masuk, ada kekurangan yang berlaku iaitu tidak ada orang yang akan tunaikan solat sunat zuhur walaupun ada hadith sahih yang menerangkan bahawa kadangkala nabi solat sunat 4 rakaat sebelum zuhur, adakalanya 2 rakaat.


  • SIRI PENERANGAN MANHAJ HADITH AL-MUTAQADDIMUN - SIRI 2

    Setelah menulis artikel permulaan tentang ciri-ciri manhaj al-Mutaqaddimun dalam kajian hadith, saya cuba sekadar mampu untuk meneruskan lagi siri penerangan tentang manhaj tersebut dengan menyentuh perkara pertama yang perlu difahami bersama. Perkara itu ialah hakikat ‘wujudnya perbezaan di antara manhaj al-Mutaqaddimun dan ulama selepas mereka atau al-Mutaakhirun’.


  • CIRI MANHAJ AL-MUTAQADDIMUN DALAM HADITH

    Di celah-celah kehangatan ahli-ahli al-ahkam.net membicarakan isu-isu berkaitan politik, isu semasa dan bidang ilmu Islam yang pelbagai, terdapat sebilangan mereka yang telah berminat membicarakan tentang isu yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang moderator al-ahkam.net. Isu tersebut ialah ‘manhaj kajian hadith ulama terdahulu atau al-mutaqaddimun vs manhaj kajian lama terkemudian atau al-mutaakhirun’.



  • Isbal: Ibnu Hajar dan Imam Nawawi Vs Bin Baz

    Assalamualaikum


    Ustadz, saya ada pertanyaan: sebenarnya bagaimana hukumnya isbal/ memanjangkan kain sampai melebihi mata kaki untuk laki-laki? Ada yang mengatakan masih terdapat perbedaan pendapat dan mengatakan bolehnya isbal karena dalam menghukumi suatu perbuatan juga harus melihat kondisi sosioantropologi zaman nabi dulu. Mohon penjelasan selengkapnya.


    Terima kasih atas perhatian dan bantuannya


    Ipung


    Ipung Notoatmojo
    ipunxx at eramuslim.com


  • LARANGAN ISBAL [MELABUHKAN PAKAIAN HINGGA MENUTUP MATA KAKI]

    Oleh: Abu Abdillah Ibnu Luqman


    Isbal ertinya melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki, dan hal ini terlarang secara tegas baik karena sombong maupun tidak. Larangan isbal bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun ada sebagian dari kalangan yang dianggap berilmu, menolak larangan isbal dengan alasan yang rapuh seperti mendakwa andainya tidak sombong maka dibolehkan?! Untuk lebih lanjut, berikut dipaparkan perkara yang sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari kebenaran. Amin. Wallahul Mustaan.


  • Kaki menghala kiblat ketika tidur.

    Posted by : al-salafi


    Shaykh ‘Abd-Allaah ibn Humayd telah ditanya berkenaan menghalakan kaki ke arah kiblat . Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut dilarang ,akan tetapi sesetengah ulama menganggap perkara sedemikian sebagai makhruh untuk menghalakan kaki kearah Ka’baah jika dia berdekatan dengannya, tetapi tidak dengan paksaan . Tetapi Ulama tidak melarang untuk menghala kaki kearah kiblah jika Masjid tersebut berada ditempat lain kerana tiada kesalahan berkenaannya Insyallah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui (Fataawa al-Shaykh Ibn Humayd, p. 144 ) Shaykh Ibn ‘Uthaymeen juga ditanya soalan berkenaan kaki menghala kearah kiblat ketika tidur . Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada kesalahan bagi seseorang itu jika ia tidur dan kakinya menghala kearah kiblat". (Fataawa al-Shaykh Ibn ‘Uthaymeen, 2/976) Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid


  • TG Hj Hadi Awang: Waspada terhadap ajaran sesat

    Petikan Harakah 16-31 Mei 2007. Antaranya TG Hj Hadi mengupas tentang ilmu kebatinan. Juga ada menyebutkan tentang Nur Muhamad adalah bersumberkan hadith Maudhu/Palsu.


    Klik gambar untuk besarkan:



  • Buku: Mengapa Saya Keluar Dari Syiah

    Oleh zain-ys



    Buku yang mesti dimiliki oleh setiap muslim yang mahu mengetahui hakikat Syiah Imamiyah dan tokoh-tokohnya


  • PENILAIAN TERHADAP BUKU-BUKU MUSTOLAH AL-HADITH

    Oleh alitantawi


    Sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu kajian hadith atau menceburkan diri dalam kajian hadith pasti tidak dapat mengabaikan buku-buku yang dipanggil buku Mustolah al-Hadith. Buku-buku seperti Nuzhat al-Nazor karya Ibn Hajar dan Tadrib al-Rawi karya al-Suyuthi adalah antara buku yang popular dalam kalangan pengkaji hadith. Buku-buku moden juga digunakan seperti buku Dr. Mahmud al-Tohhan bertajuk Taisir Mustolah al-Hadith dan buku Mabahith Fi Ulum al-Hadith karya Manna’ al-Qatthan.


    Apakah kedudukan buku-buku Mustolah al-Hadith di sisi pengkaji hadith sejak dahulu hingga kini? Sejauh manakah buku ini penting dalam kajian hadith? Bagaimanakah buku-buku ini digunakan oleh para pengkaji?


  • contoh perbezaan penilaian darjat hadis (mutaqaddimun vs mutaakhirun)

    Tulisan ini adalah sebagai menyokong terhadap perbincangan article ust alitantawi berkenaan manhaj mutaqaddimun dalam kajian hadis:


    http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15595


     


    HADIS MAKAN & MINUM BERDIRI:


    (satu perbandingan penilaian Mutaqaddimun dan Mutaakhirun)


    izinkan ana mencelah..lagi contoh yg ana rasa sesuai ialah hadis makan dan minum berdiri iaitu hadis yg ditanya kepada al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, apabila disemak hadis ini:


     


  • KEPENTINGAN KAJIAN HADITH DI ATAS MANHAJ ULAMA TERDAHULU

    Kajian hadith melalui peringkat demi peringkat sejak zaman para sahabat sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Bentuk kajian di setiap zaman juga adalah berbeza mengikut keadaan dan kemampuan pengkaji. Ditambah pula dengan wujudnya sebab-sebab sampingan yang membantu kajian seperti kemajuan dalam penulisan dan teknik pemeliharaan hadith.


    Di zaman para sahabat, tidak dinafikan bahawa terdapat kebarangkalian yang terlalu sedikit untuk wujudnya kesilapan sama ada sengaja atau tidak dalam periwayatan hadith. Namun, zaman demi zaman berlalu sehinggalah berakhirnya zaman para sahabat.


  • Maulidur Rasul: Sanggahan terhadap Risalah Pelajar Pondok..

    Petikan:
    Dakwaan:
    Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim – Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar – sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.



    Kita jawab: Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bid’ah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mu’jamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul A’yan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi. 


     



  • ADAKAH KAJIAN AL-ALBANI PERLU DTERIMA?

    Bagi sesiapa sahaja yang membaca buku-buku berkaitan hadith dan mengambil tahu tentang persoalan berkaitan hadith-hadith sahih serta dhaif, pasti akan mengenali nama seorang pengkaji hadith terkemuka – Muhammad Nasiruddin al-Albani. Beliau merupakan seorang pengkaji hadith yang telah meninggal pada tahun 1999.


  • Video: Menjelajah kubur Abu Luluah di Kashan Iran

     


    Menjelajah kubur Abu Luluah di Kashan Iran. Beliau ialah pembunuh Saidina Umar r.a. Pembunuhan ini adalah hasil dari konspirasi Farsi Majusi yang mahu cahaya Islam padam. Malangnya, pembunuh Umar r.a. ini disanjung dan dipuja oleh penganut Syiah Imamiyah. Mereka mengunjungi dan menghormati kuburnya kerana telah berjaya membunuh Umar r.a. Malah beliau digelar Baba Syujauddin (Sang pembela agama yang gagah berani).
  • Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya

    Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya


    Oleh: Abu Ismail (e-mail: acid_fast_stain@yahoo.com)


     


    Alhamdulillah ,wassola tuwassala muala rasulillah,wa ala alihi wa ashabi ajmain wa man walah, Segala puji bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan mulia baginda Rasulillah SAW,keluarganya, para sahabatnya dan mereka yg mengikuti jejak baginda.


    Wa badu


    Ilmu Mustolah al-Hadis ialah ilmu yang membahaskan berkenaan asas-asas dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengetahui keadaan dan kondisi sanad dan matan hadis, samada ia diterima atau ditolak yang merupakan objek pembahasan utama ilmu ini.Melalui ilmu yang berdisiplin tinggi ini kaum muslimin dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang lemah atau palsu.Ilmu ini adalah satu ilmu yang sangat penting bagi umat Islam, sebagaimana kata Imam al-Nawawi (676H) dalam pendahuluan kitab al-Taqrib wa al-Taisir li Marifati Sunan al-Basyir al-Nadzir:


  • MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK

    Oleh abu_ismail


    MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK


    قال الإمام الترمذي في الجامع الكبير: عقيب حديث (252) :" والعمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم والتابعين ومن بعدهم : يرون أن يضع الرجل يمينه على شماله في الصلاة . ورأي بعضهم أن يضعهما فوق السرة ، ورأي بعضهم أن يضعهما تحت السرة ، وكل ذلك واسع عندهم "


    . Menurut Imam at-Tirmizi dalam al-Jami’ al-Kabir (Sunan at-Tirmizi) selepas hadith no: 252 : “Amalan ini dilakukan oleh para ilmuwan dari kalangan sahabat Nabi SAW, para tabi’in dan golongan selepas mereka. Mereka berpendapat seseorang itu hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya ketika solat. Sebahagian daripada mereka berpendapat meletakkan kedua-dua tangan di bahagian atas pusat. Manakala sebahagian yang lain berpendapat meletakkannya di bawah pusat. Semua itu ‘luas’ pada mereka.”