Berita Gembira!! Pereka Fesyen Terkemuka Calvin Khoo Peluk Islam

Ustaz Ismail Kamus dan Calvin Khoo

Berita hangat hari ini ialah tentang Calvin Khoo yang memeluk Islam mengucap dua kalimah syahadah di rumah Ustaz Ismail Kamus, dengan disaksikan oleh Ustaz Ismail Kamus sendiri, Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi. Menurut Saudara Amin Idris di FB kelab peminatnya, Calvin Khoo memeluk Islam pada pukul 3 ptg 19/05/13

Menurut Amin lagi:

Calvin Khoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, beliau sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dsb. 

Gambar di ambil dari FB Zulakmar Hazwan