Calon Presiden Mesir: Lambakan Barangan Dengan Nama Dan Gambar al-Sisi Tersebar

Kempen al-Sisi

BBC Arabic melaporkan, populariti calon presiden Mesir yang juga bekas Menteri Pertahanan Abdul Fatah al-Sisi mengambil satu bentuk yang di luar dari kebiasaan. Ia seperti mahu mengkultuskan al-Sisi. Iaitu dengan menyebarkan barang dagangan yang tertera nama atau gambarnya. Antaranya ialah baju T, barang perhiasan, pewangi, coklat sehinggalah kepada sandwic.

Sebahagiannya rasa bimbang al-Sisi akan mengembalikan semula Mesir kepada pemerintahan rejim tentera yang zalim.

Namun, mereka yang membuat dan menjual pelbagai barang dagangan yang terpapar nama atau al-Sisi menyatakan ia sebagai tanda sayang dan dokongan kepada beliau yang dianggap sebagai hero penyelamat Mesir dari bekas presidin Muhammad Mursi.


 

 

 

Kategori Berita: