SJ - 2954: [Z] Air mazi dan kehamilan

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2954: [Z] Air mazi dan kehamilan

:salam
Bolehkah airmazi menyebabkan kehamilan?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Air mazi dan kehamilan

:salam

Ini soalan sains nih.

Air mazi tidak akan menyebabkan kehamilan. Kehamilan hanya boleh berlaku apabila

mani dan ovum bercantum. Melainkan air mazi itu bercampur dgn air mani. Maka possibility utk hamil itu ada.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 2954: [Z] Air mazi dan kehamilan

:wassalam

Tahqeeqan:
Jawapan Ust Zayed itu diluluskan dgn sedikit susun semula teksnya.

Pertama: Kami menggesa anda yg bernama nickname lunatiqs menukar nama pena anda kepada nama lain yg lebih baik dan indah. Lunatiq dalam bahasa Inggeris "lunatic" bermakna yg amat buruk dan jelik. Islam kita memilih dan menggunapakai nama2 yg baik kerana Islam itu indah.

Kedua:
Cecair badan yg dinamakan air madzi termasuk ilmu2 badihi (asasi) dalam pelajaran seks dan ia diperkenalkan ketika manusia tidak pernah kenal subjek Biologi 1400 tahun yg lalu. Inilah mukjizat Nubuwwah yg menakjubkan. Nabi SAW telah mengajarkan umatnya akan keujudan cecair badan yg dinamakan madzi.
Ilmu2 asas ini amat penting bukan sahaja dalam Fiqh Taharah (personal hygiene), juga pelajaran asas seksualiti. Anda wajib mengetahui bahagian dan organ utama baik lelaki dan wanita spt kemaluan lelaki (penis/zakar), kemaluan perempuan (vagina/faraj), breast (payudara) dan teknik bersetubuh atau jima' sebelum menjejaki jinjang rumahtangga. Teknik utama bersetubuh spt foreplay (cumbuan) dan berakhir dgn jima' (persetubuhan (coitus). Maka semasa cumbuan inilah keluarnya cecair madzi dan semasa jima' dan klimaks pula keluarnya mani. Madzi ialah prostatic fluid (cecair organ prostate lelaki) dan ia adalah 90% cecair seksual lelaki. Manakala mani (semen) hanyalah 10% dan di dalam mani (semen) inilah ujudnya sperma.
Fungsi madzi ialah spt putih telur kepada kuning telur, di mana madzi bertindak sebagai medium (cecair yg melindungi mani) juga bertindak sebagai lubricant (pelicir) supaya sperma dapat dilancarkan dengan mudah utk menemui sasarannya. Sperma yg terdapat dalam semen (mani) inilah yg mampu menghamilkan perempuan dan bukannya madzi. Pelajaran asas seksualiti ini mudah sekali dipelajari sekarang ini terutama dari internet. WA