SJ-03-0143 : Hukum najis hukmiya

2 posts / 0 new
Last post
Penjejak Badai's picture
Offline
Joined: 05/03/2013 - 3:23pm
SJ-03-0143 : Hukum najis hukmiya

Assalalamualaikum....saya ada kemusykilan sedikit berkenaan dengan najis, seperti apa yang diajar kepada saya selama ini najis pertengahan terbahagi kepada dua iaitu najis ainiyah dan najis hukmiyah(hilang sifat namun belum disucikan mengikut hukum syarak) soalan saya apabila kita tersentuh atau terpijak kawasan najis hukmiyah dalam keadaan kering atau basah adakah tangan dan kaki kita dihukumkan najis?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0143 : Hukum najis hukmiya

Wa’alaikumussalam.

Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaaAllah.

Najis Hukmi, merupakan najis yang telah hilang ’ain atau zatnya, namun dari segi fiqh ia masih belum dianggap suci. Najis hukmi ini telah hilang fizikalnya (‘ain), termasuklah telah hilang bau, warna dan rasa. Sentuhan samada basah atau kering sama sekali tidak boleh merebakkan kenajisan tersebut kerana tiada kewujudan najis tersebut secara fizikal, maka si-penyentuh tadi masih lagi dalam keadaan suci. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين