SJ-07-0213 : Do'a tolak Hujan

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0213 : Do'a tolak Hujan

(Soalan yang 'terdelete' semasa masalah server lama al-ahkam.net)

Moga dirahmati Allah..

1) Ada ke doa tolak hujan untuk pelari hujan ke tempat lain agar satu program yang kita nak anjur berjalan lancar tanpa ditimpa hujan?

2) Apa hukum penganjur pergi berjumpa dengan seseorg(bomoh/pawang/ustaz & sbgnya) yg dipercayai maqbul doanya/mampu pelari hujan ke tempat lain?

3) Kaedah yang dilakukan ini..disalutkan dengan perkataan 'ikhtiar'...munasabahkah dan menepati syarakkah?

4) Jika tidak menepati kehendak syarak...apakah hukum penganjur yang ber'ikhtiar' dengan cara begini? Mohon pencerahan dan terima kasih atas keperihatinan...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0213 : Do'a tolak Hujan

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaaAllah.

 1. Memang ada didalam hadith sahih mengenai do’a  memohon agar hujan dialihkan ketempat lain. Dari Anas bin Malik ra. :-

 اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا. اَللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ، وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami jangan kepada kami. Ya Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi beberapa anak bukit perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.””. [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan berdo’a mohon agar hujan turun ditempat selain dari tempat kita. Menurut ulama’, secara adabnya tidaklah dinamakan do’a menolak hujan, akan tetapi memohon Allah swt menurunkan hujan di tempat lain.

2. Pergi ke bomoh hujan yang tidak menggunakan kaedah yang dibenarkan didalam Islam (i.e. Do’a) adalah sama sahaja hukumnya pergi ke bomoh untuk tujuan alian i.e. berubat, tengok nasib dan sebagainya.

Kebiasaanya keadah yang digunakan adalah :-

a.  Menggunakan bantuan Jin
b. Meminta kepada kuburan para wali.

Biasanya cara (a) menggunakan peralatan seperti kemenyan, beras, garam, kapur, pinang dan sirih. Diikuti dengan mentera-mentera yang memohon pertolongan dari Jin.

Hukum menggunakan perkhidmatan Bomoh Hujan ini tetap haram. Telah bersabda Nabi :saw :

من أتى عرَّافاً فسأله عن شيء : لم تُقبل له صلاة أربعين ليلة
“Barangsiapa yang datang kepada seorang tukang tilik / bomoh dan bertanykan dia tentang sesuatu, Solatnya tidak akan diterima selama 40 hari” [Hadith Sahih riwayat Muslim]

Didalam sebuah hadith lain Nabi :saw bersabda :

من أتى كاهناً فصدَّقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد
"Sesiapa yang pergi ke bomoh dan percaya apa yang dia katakana, maka dia kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad." [Hadith Riwayat al-Hakim].

Agama Islam sangat-sangat melarang umatnya dari berjumpa dengan kahin atau bomoh untuk memohon pertolongan, termasuklah menolak atau memberhentikan hujan.

3. Menggunakan perkhidmatan bomoh atas alasan “ikhtiar” tidak menghalalkan perbuatan trersebut. Didalam kaedah fiqh ada menyebut :-

الغاية لا تبرر الوسيلة
 “Matlamat tidak menghalalkan cara”

Walaupun niat baik atas nama “ikhtiar”, tapi menggunakan cara yang digunakan tidak halal maka perbuatan tersebut tidak dianggap halal.

4.  Hukumnya samada individu atau kumpulan yang menggunakan perkhidmatan bomoh, ia tetap jatuh kepada 2 hadith diatas; tidak diterima solat selama 40 hari dan juga telah ingkar keatas apa yang diturunkan kepada Nabi :saw.

Kesimpulannya, do’a memohon mengalihkan hujan ketempat lain memang wujud didalam hadith sahih sebagai yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. Orang Islam dilarang menggunakan kaedah-keadah seperti memuja jin atau memohon kepada manusia yang telah mati bagi mendatangkan hujan. Perbuatan ini boleh mendatangkan syirik kepada pengamalnya dan hendaklah segera bertaubat. WA.


Sekian, wassalam

خيرالأمين