SJ-05-0553 : Terlupa rukun dan ganti rakaat ikut tertib

2 posts / 0 new
Last post
Abu Iqbal's picture
Offline
Joined: 22/11/2013 - 11:26am
SJ-05-0553 : Terlupa rukun dan ganti rakaat ikut tertib

AssalamualaikumJika seseorang solat subuh, pada rakaat pertama beliau terlupa untuk rukuk dan terus sujud. Pada akhir rakaat kedua baru tersedar yang beliau terlupa rukuk rakaat pertama, adakah beliau perlu menggantikan 1 rakaat atau 2 rakaat solat ?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0553 : Masalah tertinggal ruku’ (rukun solat)

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Syaa Allah.

Terima kasih kerana menghidupkan kembali ruangan Soal-Jawab al-ahkam.net yang sudah lama sepi dari menerima soalan.

 Sheikh Dr Abdul Karim Zaidan didalam bab 443 (Bab Rukun, Wajib dan Sunat didalam Solat) mengatakan bahawa Ruku’ dan toma’ninah merupakansalah satu rukun didalam solat.  :  (1/224).

 ولا تتم الصلاة إلا بها، ولا تسقط في عمد ولا سهو. ولكن إذا تركها المصلي أو ترك بعضها عمدا، بطلت صلاته في الحال.
"Tidak sempurna solat melainkan dengannya (perbuatan rukun solat), selama ia tidak jatuh pada kategori sengaja ataupun terlupa. Akan tetapi jika  seseorang yang sedang bersolat meninggalkannya (atau beberapa rukun) dengan sengaja, maka batal solatnya didalam keadaan ini. (al-Mufassal, 1/224).

 Sheikh Dr Abdul Karim Zaidan memberi contoh apakah yang perlu dilakukan jika seseorang itu tertinggal salah satu rukun didalam bab 448 : apabila terlupa salah satu rukun. Contoh yang diberikan adalah terlupa melakukan sujud. Jika seseorang itu teringat sebelum melakukan rakaat yang baru, hendaklah kembali melakukan sujud tersebut. Jika seseorang itu teringat bahawa dia terlupa sujud selepas dia berada didalam rakaat lain, maka rakaat yang sebelum ini dikira terbatal (atau tidak diambil kira). Maka hendaklah dia menambah satu lagi rakaat sebagai gantian kepada rakaat yang tidak ambil kira (batal) akibat terlupa satu rukun. Kemudian hendaklah dia melakukan sujud sahwi sebelum memberi salam. (al-Mufassal, 1/226)

 Didalam kes tertinggal ruku’ (sebagaimana soalan diatas)  : jika seseorang itu teringat bahawa dia tidak melakukan ruku’ pada rakaat pertama sedangkan dia berada didalam rakaat ke 2, maka hendaklah dia menambah SATU rakaat lagi (tidak perlu 2 rakaat) bagi menggantikan rakaat pertama (yang tidak sempurna disebabkan tertinggal rukun). Sebelum memberi salam hendaklah dia melakukan sujud sahwi. WA.

 Sekian, wassalam

خيرالأمين