SJ-13-0592 : Apa peranan lelaki dan wanita

3 posts / 0 new
Last post
Loli Loly's picture
Offline
Joined: 24/12/2013 - 10:18am
SJ-13-0592 : Apa peranan lelaki dan wanita

Assalamualaikum w.b.tUstaz secara umumnyaapakah peranan lelaki dan wanita pada zaman rasulullah?  

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0592 : Apa peranan lelaki dan wanita (part 1)

  wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaaAllah. Soalan ini agak luas skopnya, kami Cuma menjelaskan point-point secara umum sahaja.

Sudah tentu apabila berbicara mengenai peranan lelaki dan wanita pada zaman Nabi :saw, kita tidak dapat lari dari melihat contoh terbaik yang telah Allah swt berikan, iaitu Nabi Muhammad :saw dan isteri-isterinya; yang dapat mengambarkan peranan lelaki dan wanita pada zaman tersebut dan masih relevan untuk zaman sekarang.

Sudah tentu tidak sama peranan wanita dan lelaki baik dizaman Nabi dan pada zaman kini. Ummu Salamah sendiri pernah bertanya Nabi :saw kenapa kaum wanita tidak turun ke medan pertempuran, begitu juga dengan bahagian harta pusaka.

Ummu Salamah bertanya Rasulullah saw ; “Kenapa hanya orang lelaki sahaja yang keluar berperang, tidak kaum wanita? Kenapa kaum wanita hanya mendapat separuh sahaja daripada harta pusaka? Firman Alah swt dalam surah al-Nisa’ (4:32) :

ولا تتمنوا ما فضل الله به بعضكم على بعض للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن وسئلوا الله من فضله إن الله كان بكل شئ عليما
“Dan janganlah kamu irihati terhadap kelebihan yang telah Allah berikan kepada sebahagian darpada kamu. Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Bagi wanita ada bahagian dariapada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kelebihan itu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu” [Surah al-Nisa’ : 32].

Bagi menjawab persoalan ini, kami mulakan peranan wanita dahulu :-

Peranan Wanita

1. Isteri – wanita pada zaman Islam memainkan peranan utama sebagai seorang isteri. Isteri memainkan peranan sebagai penyejuk mata suami akan timbul suasana rumah itu sakinah (ketenangan). Lihat sahaja peranan Khadijah isteri Nabi :saw.

a. meredakan kesusahan Nabi :saw semasa baginda buat pertama kalinya menerima wahyu. Sikap beliau yang sungguh positif dalam menghadapi keadaan psikologi Nabi :saw dalam keadaan begitu.

b. menemukan Nabi :saw dengan pamannya, Waraqah bin Naufal yang menjelaskan cirri kenabianya. Dengan kata lain, memandu seorang suami dalam mendapat kebenaran.

c. Walaupun Waraqah sudah menyatakan bahawa Nabi :saw akan ditentang oleh kaumnya, akan tetapi Khadijah tetap berada dibelakang suaminya.

Ummu Salamah sebagai isteri Nabi :saw, sanggup meninggalkanperkara yang wanita sukain itu berhias, sebagai ketaatannya kepada suami.

 2.  Ibu – kesibukan para sahabat mencari nafkah dengan berniaga dan sebagainya, menjadikan tanggungjawab ibu itu lebih tertumpu kepada nak-ehwal anak-anak mereka. Merekalah yang menyediakan makanan, pakaian dan keselesaan bersama. Disana kita dapat lihat Allah swt mendahulukan ibu dari bapa kepada anak-anak ini.

 3. Jihad – barisan hadapan. Pada zaman Nabi :saw, antara wanita yang hebat berjuang di medan  pertempuran adalah Nusaibah binti Kaab. Beliau menghayunkan pedang semasa peperangan Uhud melindungi Nabi :saw. Sewaktu peperangan Uhud, Rasulullah saw melihat seorang wanita mengayun-ayunkan pedangnya dengan gagah perkasa melindungi baginda saw.   Beliau digelar Ummu Umarah iaitu  pahlawan wanita yang mempertaruhkan nyawa kerana Islam. Seorang lagi tokoh wanita yang  berani  adalah Khaulah binti Azwar. Beliau dikenali sebagai pahlawan Berkuda Hitam

 Asma bt Abu Bakar semasa Nabi :saw dan Abu Bakar menyorok di Gua Tsur telah bersabung nyawa menghantar makan kepadamereka berdua.

 Kaum wanita juga menjadi penyambut Nabi :saw ketika hijrah ke Madinah dan pulang dari medan perang.  Kaum wanita akan mengambil bahagian didalam menyambung kepulangan mujahidin dari peperangan.

4. Perubatan & Hospital – Hospital pertama yang dibina pada zaman Nabi :saw adalah Khemah Rufaidah al-Aslamiyah oleh seorang wanita yang bernama Rufaidah binti Ka’ab al-Aslamiyah. Berbekalkan ilmu perubatan, beliau telah merelakan dirinya menjai tabib disitu.
Pembantu Nabi :saw, Laila al-Ghaffariyah  terut membantu tentera Islam yang cedera.

Ummu Atiyyah pernah diajar oleh Nabi :saw mengkhatan kanak-kanak perempuan telah menaburkan baktinya. Beliau juga terlibat dalam urusan jenazah wanita.

Ummu Sinaan pada masa Nabi ke Khaibar, menawarkan perkhidmatan menguruskan makanan dan merawat mereka yang cedera.

4. Guru - A’isyah ra. semasa Nabi :saw masih hidup, menjadi pembantu Nabi :saw dalam mengajar sesuatu huukum kepaa kaum wanita. Tanpa beliau, tidak mungkin fiqh wanita dapat diketahui secara terperinci terutamanay persoalan haid, nifas, mandi janabah, dan sebagainya.steri.

5. Ekonomi – wanita juga memainkan peranan didalam bidang ekonomi. Pada zaman Nabi :saw, wanita Islam memintal benang dan bulu bagi menghasilkan pakaian, termasuklah Ummu Salamah dan Ummu Ammarah. Selain dari itu mereka menganyam dan menyertu (tanning) kulit binatang.

6. Agama
a. Pendakwah -  Saudah bt Zam’ah setelah memeluk Islam telah berdakwah kepada keluarga, dan akhirnya suaminya memeluk agama Islam.

b. Perawi hadith – Bagi Ahli Sunnah wal Jamaa’ah, A’isyah ra. merupakan perawi terpenting didalam rantaian hadith Nabi :saw. Memiliki hafalan yang bagus, beliau mampu meriway. atkan lebih dari 2,000 potong hadith. Asma’ ra. juga meriwayat 56 potong hadith.

c. Hafizah al-Quran – Urwah ibn al-Zubair mengatakan bahawa A’isyah aalah wanita yang paling alim didalam ilmu al-Quran, Fiqh, Syair dan Hadith.

d. Ahli Fiqh – Ahli Fiqh terunggul kaum wanita adalah A’isyah ra. Nabi :saw bersabda : "Ambillah separuh daripada agama kamu daripada wanita yang putih kemerah-merahan ini (A’isyah)". Beliau digelar Pintu Wanita – Bab al-Nisa’. Beliau merupakan pakar rujuk bagi permasalahan wanita.

 7. Sosial & Munakahat – Terdapat kaum wanita pada ketika itu menyerikan majlis perkahwinan. Begitu juga tercatat beberapa kanak-kanak perempuan memukul rebanan dan menyanyikan lagu semangat mengenai kelebihan kaum Ansar semasa perang Badar. Ada dikalangan wanita yang bertindak sebagai Mak Andam, seperti Rumaisa’ bt Malhan sebagai penghias Safiyyah bt Huyayy.

Ini adalah diantara beberapa peranan wanita pada zaman Nabi:saw. Mereka aktif dan menjadi tulang belakang orang pemerintah Islam yang diterajui oleh Nabi Muhammad :saw.

خيرالأمين

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
(sambungan) Peranan lelaki (sahabat) dizaan Rasulullah :saw

Peranan Lelaki

1. Bapa dan suami -  Apabila bercerita mengenai peranan lelaki dialam zaman Rasulullah :saw, ertinya kita merujuk kepada para sahabat Nabi:saw. Seperti mana peranan wanita yang menjadi ibu, isteri dan sebagainya, kaum lelaki juga merupakan suami dan bapa yang terbaik kerana mereka mencontohi Nabi Muhammad :saw. Didalam sebuah hadith sebagaimana yang di riwayatkan oleh A’ishah ra., bahawa Nabi :saw bersabda :

خَيْرُكُمْخَيْرُكُمْلأَهْلِهِوَأَنَاخَيْرُكُمْلأَهْلِي
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya. Dan aku orang yang paling baik bagi keluargaku" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi dan Ibn Majah]

Lihat sahaja Nabi :saw memberi perlindungan, kasih sayang, bimbingan dan perhatian kepada isterinya. Malah kebanyakkan wahyu diturun ketika Rasulullah :saw berada bersama A’ishah ra.

2. Jihad - Diantara peranan yang dimainkan oleh sahabat Nabi :saw adalah membantu Nabi :saw mempertahankan Islam didalam medan pertempuran. Diantara peperangan yang mereka terlibat adalah :-

- Perang Badar Al-Kubra melawan kaum Quraish. Islam menang, 68 kaum Quraish ditawan dan diperlakukan dengan baik.

- Perang Uhud kerana Quraish ingin membalas kekalahan mereka pada peperangan Badar Al-Kubra.

- Perang Bani Musthaliq terjadi kerana Bani Musthaliq menumpukan kekuatan menyerang Madinah. Pasukan Islam telah mengepung Bani Musthaliq dan terjadi pertempuran kecil yang mengakibat 10 orang dari Bani Musthaliq tewas lalu mereka menyerah kalah.

- Perang Khandak Umat Islam membentuk parit di sekeliling Madinah sebagai satu strategi perangan baru.

-  Perang Bani Quraizah kaum Bani Quraizah melanggar perjanjian damai dimana mereka menyertai pakatan Quraish pada Perang Khandak. Didalam perang ini hanya 1 orang Islam yang syahid.

- Perang Khaibar adalah pertempuran diantara orang Islam dengan kaum Yahudi Khaibar yang berada di Madinah. Ini adalah kerana Kaum Yahudi Khaibar menghasut kabilah-kabilah Arab untuk memusuhi orang Islam.

3. Ekonomi – Para2 Nabi sejak dahulu lagi merupakan mereka yang bekerja; yakni manusia yang berkarier.  Baik Nabi Nuh as. didalam industri pembuatan kapal [surahHud : 37], Nabi Daud as. sebagai tukang pembuat baju besi  [surah Al-Anbiya’ : 80], Nabi Zakariya as. sebagai tukang kayu [Hadith Riwayat Muslim #2379],  dan Nabi Musa as. sebagai pengembala kambing [surah Toha : 18].

Semasa di Madinah, kaum Muhajirin menjalani aktiviti pedagangan, pertanian dan memakmurkan tanah kaum Ansar. Abdul Rahman bin Auf setelah berhijrah ke Madinah telah mula berdagang keju dan mentega, lalu beliau telah memperolehi kekayaannya kembali. Di antara aktiviti pertanian yang dijalankan adalah menanam anggur dan tamar/kurma. Sahabat-sahabat yang gigih didalam pertanian ini adalah seperti Abu Bakar ra., Umar ra. dan Ali ra. Ekonomi yang dijalinkan ini juga membantu mereka yang miskin zeperti Ahli Shuffa yang tinggal di serambi masjid Nabi :saw. Umar ra. telah diamanahkan menjaga perdagangan di Madinah sementara Said bin al-Ash menjaga perdagangan di Mekah.

4. Dakwah Islamiyah – pemuda2 merupakan mereka yang terawal melibatkan diri didalam kerja dakwah, bermula di rumah Arqam b Abi Arqam. Pada peringkat awal seruan Islam Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman, Uthman, Talhah, Zubair, Saad Abi Waqas, Abu Ubaidah dan Arqam bin Abi Arqam. Golongan Ansar juga bertanggungjawab membawa masuk dan menyebarkan Islam di Madinah. Ini berlaku selepas bai’ah Aqabah. Nabi Muhammad telah melantik para nuqabak ( 9 dari kaum Khazraj dan 3 dari kaum Aus ) untuk membimbing umat Islam di Madinah bagi membantu menyebarkan agama Islam dengan lebih meluas.

5. Penjagaan al-Quran – para sahabat pada zaman Nabi :saw masih hidup telah mencatat al-Quran di kayu, kulit dan alat-alat tulis yang lain. Mandat ini diberikan kepada para sahabat yang boleh menulis dan membaca. Catatan al-Quran ini dinamakan sebagai Kitabah al-Quran. Setelah wafatnya Nabi Muhammad :saw barulah bermulanya Tadwin al-Quran atau pembukuan al-Quran. Pada zaman Nabi :saw, para sahabat menghafal al-Quran. Hampir semua sahabat menghafal al-Quran, dan ada yang menghafal seluruhnya sewaktu Nabi :saw masih hidup, seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Masud, Ubay bin Ka’ab, Zaid bin Tsabit dan sebagainya. Peranan mereka ini yang menyebabkan al-Quran itu dapat sampai ditangan kita pada masa ini.

6. Periwayatan Hadith – sumber kedua Islam ini tidak akan sampai kepada kita jika tidak kerana sahabat-sahabat Nabi :saw meriwayatkan hadith-hadith baginda :saw. Malah para sahabat yang utama seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali turut terlibat didalam meriwayatkan hadith. Malah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith adalah Abu Hurairah ra. yang telah meriwayatkan sebanyak 5474 hadith, diikuti oleh Ibn Umar (2630 hadith), Anas bin Malik (2286 hadith), Ibn Abbas (1660) dan lain2.

Sebagai kesimpulannya, peranan sahabat pada zaman Nabi melibatkan segenap aspek kehidupan bermasyarakat termasuklah meliputi bidang sosial, ekonomi dan politik. Namun, tugas terpenting yang perlu kita ketengahkan disini adalah dari segi penjagaan al-Quran, periwayat Hadith dan juga fatwa-fatwa hukum fiqh yang menjadi sumber asas kepada Islam yang kita terima kini.  Peranan inilah yang sangat berkurangan pada zaman kini jika dibandingkan dalam zaman para sahabat. Kita maju dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan sebagainya, namun berapa ramai kita yang berupaya mempelajari al-Quran dan tafsirnya, begitu juga dengan hadith dan ilmu-ilmunya...... inilah bezanya zaman lelaki & wanita di zaman Rasulullah :saw apabila dibandingkan dengan zaman sekarang, WA.

خيرالأمين