SJ-12-0380 : Melewatkan mendapatkan anak kerana mahu hidup berdua

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-12-0380 : Melewatkan mendapatkan anak kerana mahu hidup berdua

as salam..apakah hukum melewatkan kelahiran pertama perkahwinan selama setahun atau lebih dengan niat mahu hidup berdua dahulu dan tidak mahu kembangkan keluarga lagi..mohon penjelaassann..terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0380 : Melewatkan mendapatkan anak kerana mahu hidup berdu

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Perkahwinan dan zuriat tidak dapat dipisahkan dan ia merupakan satu sunnah yang diwarisi dari Rasul dan Nabi, sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً
“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.” [Surah ar-Ra’d: 38].

Antara keperluan perkahwinan sebagaimana yang dapat di ambil dari hadith Nabi :saw adalah :-

1. Nikah ada sunnah Nabi, dan yang tidak menyukainya, bukanlah dari kalangannya [sebagaimana didalam hadith Bukhari dan Muslim]

2. Nikah dapat mencegah seseorang lelaki dari melihat wanita asing dan mengawal nafsu [sebagaimana didalam hadith Bukhari dan Muslim]

3. Berkahwin dapat membanyakkan umat Islam. Disana terapat galakkan berkahwin dengan wanita yang subur [sebagaimana hadith riwayat Ahmad].


Andai kata seseorang itu melambatkan kehamilan dengan menggunakan ubat atau alat dan sebagainya, didalam kitab Tuhfat al-Habib 'ala Sharh al-Khatib ada menjelaskan bahawa, "adalah Haram hukumnya menggunakan sesesuatu yang memutuskan penghamilan dari asalnya (boleh hamil). Akan tetapi melambatkan kehamilan dalam tempoh tertentu tanpa memutuskan asalnya (yang boleh hamil), tidaklah haram. Bahkan jika disebabkan keuzuran / kesukaran seperti mendidik anak anak tidaklah makruh".

Disana kita lihat bahawa terdapat alasan2 yang membenarkan melambatkan kehamilan, seperti mendidik anak, atas sebab2 kesihatan, dsb. Akademi Fiqh Islam didalam kesimpulan yang ketiga ada menyebut :

جوز التحكم المؤقت في الإنجاب ، بقصد المباعدة بين فترات الحمل ، أو إيقافه لمدة معينة من الزمان، إذا دعت إليه حاجة معتبرة شرعاً، بحسب تقدير الزوجين ، عن تشاور بينهما وتراضٍ ، بشرط أن لا يترتب على ذلك ضرر ، وأن تكون الوسيلة مشروعة ، وأن لا يكون فيها عدوان على حمل قائم
"dibenarkan bagi tempuh sementara menghentikan (melambatkan) kelahiran anak, dengan tujuan menjarakkan kehamilam, atau menghentikannya dalam sesuatu tempoh, jika terapatnya keperluan syara', menurut pandangan kedua-dua suami-isteri, rundingan dan persetujuan yang sama, dengan syarat ia tidak mendatangkan apa-apa kemudharatan, menggunakan cara yang dibenarkan syara', dan tidak menyebabkan masalah keatas (keupayaan) kehamilan yang ada" [Majallat Majma' al-Fiqh, 5/1, ms. 748].

Adalah bertentangan menyatakan alasan bernikah untuk berseronok, tetapi tidak mahukan anak. Kerana berseronok atau istimtaa dengan pasangan masing2 datang bersamanya keseronokan menimang cahaya mata. Ulama' melihat sengaja melambatkan kehamilan tanpa alasan syara' hukumnya makruh. WA.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين