SJ-03-0144 : Cara membasuh rumah yang lama ditinggalkan

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-03-0144 : Cara membasuh rumah yang lama ditinggalkan

assalamualaikum ustaz,sy ada sedikit kemushkilan. mohon pencerahan dr ustaz. sy basuh rumah sewa. so rumah ni dah lama kosong banyak la taik cicak apa semua. utk basuh tu 1st round sy mop lantai, then bila 2nd round sy jirus dengan air. bila jirus, sebab tumah tu besar air akan jadi bertakung sana sini. soalan sy kalau sy just tolak air tu keluar, adakah lantai rumah tu sudah suci n sudah boleh solat. ka dia jadi air mutanajis? mohon encerahan ustaz, terima kasih atas perhatian.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0144 : Cara membasuh rumah yang lama ditinggalkan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Rumah sewa yang ditinggalkan (lama atau seketika) yang kita sendiri yakin bahawa penyewa yang akhir itu adalah seorang Islam, pada asasnya rumah tersebut "suci" dari najis berat, dan ia cuma kotor sahaja. Kerana disana ada kaedah fiqh yang menyebut :

أصل في الأشياء الطهارة
"Asal sesuatu perkara itu bersih". 

Begitu juga kaedah:

اليقين لا يزول بالشك
"Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan/syak"


Memadai dengan menggunakan mob menggunakan air dengan kadar yang sedikit untuk menghilangkan kekotoran kerana ia bukan najis, melainkan wujud bau, warna dan rasa kewujudan najis. 


Namun demikian, jika kita tahu bahawa tempat tersebut terdapat najis (misalnya bekas kencing, dsb), jiruskan air terlebih dahulu, kemudian bolehlah kita mob, sebagaimana dari sebuah hadith dari Anas bin Malik ra., beliau berkata :-

جَاءَ أَعْرَابِيٌّ فَبَالَ فِي طَائِفَةِ اَلْمَسْجِدِ, فَزَجَرَهُ اَلنَّاسُ فَنَهَاهُمْ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا قَضَى بَوْلَهُ أَمَرَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِذَنُوبٍ مِنْ مَاءٍ; فَأُهْرِيقَ عَلَيْهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
"seorang Arab badwi telah datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahnya lalu Rasulullah :saw melarang mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu baldi air di atas tempat tersebut." (Muttafaq ‘alaih) .

Kesimpulannya, pada asasnya rumah tersebut bersih, cuma perlu mob sahaja. Akan tetapi jika kelihatan kesan najis disana, hendaklah dijirus dengan air dan bolehlah anda keringkannya menggunakan mob. WA.

Sekian, wassalam

Rujukan :

هل يجب غسل البيت لكون السكان السابقين كانوا يقتنون كلبا
http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&...

خيرالأمين