SJ-15-0033 : Benarkah Nikah Mutaah disyariatkan berdasarkan An Nisa:24?

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-15-0033 : Benarkah Nikah Mutaah disyariatkan berdasarkan An Nisa:24?

Salam Ustaz, Saya telah didatangi beberapa orang Syiah yang menyatakan bahawa nikah mutaah adalah disyariatkan oleh Islam berdasarkan surah An Nisa ayat 24 berdasarkan Tafsir  Ibn Kathir, Tafsir At Tabari dan Tafsir Ar Razi. Semua Tafsir ini menyatakan ia adalah untuk nikah mutaah berdasarkan pernyataan Mujahid dalam Tafsir-Tafsir tersebut.  Sekarang saya berasa amat keliru dan runsing kerana pertama, walaupun terjemahan Al Quran tidak melibatkan mutaah langsung mengikut pemahaman saya dalam Surah An Nisa ayat 24, tertapi Tafsir-Tafsir tersebut menayatakan secara jelas berdasarkan penyataan Mujahid. Kedua, saya gagal mencari mana-mana ayat Al Quran yang memansuhkan mutaah. Walaupun kita umum tahu Bahawa pembatalan nikah mutaah ini adalah berdasarkan Hadith Shahih Muslim. Dan Saya juga agak terkeliru bila Syiah menyatakan bahawa walaupun ada Hadith Shahih tetapi Hadith tak boleh menasakhkan Al Quran. Saya mohon penjelasan Ustaz.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-15-0033 : Benarkah Nikah Mutaah disyariatkan berdasarkan An N

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Mazhab-Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa Nikah Mut'ah atau Nikah sementara adalah batil. Malah riwayat yang menyebut tegahan Nikah Mut'ah ini datang sendiri dari riwayat dari Ali ra. yang mereka anggap sebagai Imam mereka :-

مَهْلًا يَا ابْنَ عَبَّاسٍ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ, نَهَى عَنْهَا يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُومِ الْحُمُرِ الْإِنْسِيَّةِ
"Hati-hati, wahai Ibnu Abbas! kerana sesungguhnya Rasulullah :saw telah melarang nikah mut’ah pada perang Khaibar dan juga melarang daging keldai peliharaan" [Hadith Riwayat Muslim].

Sabda Nabi :saw :-

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي كُنْتُ أَذِنْتُ لَكُمْ فِي الاسْتِمْتَاعِ مِنَ النِّسَاءِ، وَإنَّ اللهَ قَدْ حَرَّمَ ذَلِكَ إِلى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، فَمَنْ كَانَ عِنَدَهُ مِنْهُنَّ شَيْءٌ فَلْيُخَلِّ 
سَبِيلَهُ، وَلَا تَأْخُذُوا مِمَّا آتَيْتُمُوهُنَّ شيئًا
“Wahai manusia, sesungguhnya dahulu aku pernah mengizinkan kamu melakukan mut’ah atas kaum wanita.  Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan mut’ah sampai hari kiamat. Barang siapa masih terikat mut’ah dengan wanita, tinggalkanlah dia dan janganlah kalian mengambil kembali barang yang telah diberikan” [Hadith riwayat Muslim].

Merujuk kepada ayat al-Quran yang mereka mengambil dalil halalnya Nikah Mut'ah :-

فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً
"Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka mas kahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah)" [Surah al-Nisaa' : 24].

Ayat diatas ini menurut jumhur ahli tafsir bermaksud "mencampuri / berjima'" isteri dan diberikan mas kahwin (mahar) dan dimana mahar tersebut yang menjadi kewajipan keatas suami.

Memang ada ahli tafsir yang mencatatkan tafsiran "istamta'tum" sebagai nikah mut'ah, dan ia hanyalah sebagai catatan sejarah dengan mengambil kata2 Mujahid, namun Ibu Kathir dan Imam Tabari sendiri menjelaskan bahawa ini hanyalah takwilan mereka, dan tafsir2 ini sendiri telah menjelaskan pengharaman mut'ah (Kena baca seluruh tafsiran kedua-dua Imam ini).

Imam Tabari menyebut "Tafsir yang paling benar dari ayat tersebut adalah kamu menikahi wanita lalu kamu menyetubuhi mereka dan berikan pada mereka maharnya, kerana telah datang dalil dari Rasulullah :saw akan haramnya nikah mut'ah"[Tafsir al-Tabari 8/175].

Al-Qurthubi menjelaskan, “Seluruh riwayat bersepakat bahwa tempoh diperbolehkannya nikah mut’ah tidaklah terlalu lama. Kemudian, setelah itu nikah mut’ah diharamkan. Berikutnya, ulama salaf dan khalaf telah berijma’ tentang diharamkannya nikah mut’ah, kecuali kaum Rafidhah”.

A
l-Zujjaj (Syarah an-Nasa’i) menyimpulkan takwilan ini dengan berkata “Sesungguhnya sebahagian kalangan mereka telah jatuh kedalam kesalahan fatal berkenaan ayat ini kerana kebodohan mereka terhadap lughah/bahasa". Penjelasan ini menunjukkan bahawa ayat 24 surah al-Nisaa' ini tidak langsung merujuk kepada Nikah Mut'ah, melainkan mereka yang mempunyai masalah didalam bahasa arab.

Hadith dibawah ini juga menggunakan istilah yang sama dengan maksud berjima'. Sabda Nabi :saw :-

المرأة كالضِّلَع إن أقمتَها كسرتَها ، وإن استمتعتَ بها استمتعتَ بها وفيها عوج
"Wanita adalah seperti tulang rusuk, jika anda cuba meluruskannya ia akan patah. Jika anda ingin mencampurinya, maka campurilah dengannya, namun padanya ada kebengkokan" [Hadith Riwayat Muslim].

Dengan ini tidak timbul isu hadith memansuhkan ayat al-Quran, kerana bagi Mazhab kita, perkataan nikah Mut'ah tidak wujud didalam surah al-Nisaa' (ayat 24) tersebut. Imam2 Tafsir cuma mencatit sahaja takwilan2 lain yang batil sebagai satu catatan semata2, dan telah mejelaskan pandangan mereka mengenai pengharaman Nikah Mut'ah. WA.

خيرالأمين