SJ-03-0145 : Adakah tahi/kencing anjing itu tergolong dalam najis mughallazah?

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-03-0145 : Adakah tahi/kencing anjing itu tergolong dalam najis mughallazah?

AssalammualaikumUstaz, saya ada persoalan mengenai bab najis mughallazah,soalan ini ,mungkin akan menjawab soalan soalan saya yang lain,soalannya ialah,adakah tahi/kencing anjing itu tergolong dalam najis mughallazah,kerana ada yang mengatakan air liur anjing sahaja yang najis mughallazah...tolong jawab ustaz,terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0145 Adakah tahi/kencing anjing itu tergolong dalam najis

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, inSyaAllah.

Najis Mughallazah adalah najis berat yang hanya boleh dihilangkan kenajisannya dengan 7 kali basuhan air dan termasuklah salah satunya menggunakan tanah.

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :-

 طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ ، أُولاهُنَّ بِالتُّرَابِ
"
Sucinya bejana salah seorang dari kamu, bila anjing menjilat darinya, adalah dengan membasuhnya tujuh kali, yang satunya dengan tanah" (Hadith Riwayat Muslim).

Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah :saw bersabda :-

 إِذَا وَلَغَ الْكَلْبُ فِي الإِنَاءِ فَاغْسِلُوهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ ، وَعَفِّرُوهُ الثَّامِنَةَ فِي التُّرَابِ 
"Jika anjing menjilat bijana kamu, maka basuhlahnya tujuh kali dan gosoklah ia dengan tanah pada kali yang kelapan" [Hadith Riwayat Muslim].

Hukum mengenai apakah anjing keseluruhannya atau air liur sahaja yang najis merupakan khilaf ulama' yang muktabar, yang perlu kita terima dengan fikiran yang terbuka. Pendapat ini boleh bahagikan kepada 3 bahagian secara ringkasnya :-

1. Mazhab Hanbali dan Syafie mengatakan keseluruhan anjing (termasuk badan, air kencing, tahi, air liur, dsb) ini adalah najis berdasarkan qias air liur anjing. Berkata Imam al-Nawawi rh didalam Maj'mu' : "menurut mazhab kami keseluruhan anjing itu najis".

Cuma Mazhab Hanbali mengatakan tanah boleh diganti dengan barang2 yang lain seseperti sabun dsb yang bertindak sama seperti tanah. (Fiqh Islami, Sheikh Wahbah Zuhaily).

2. Mazhab Hanafi berpendapat bulu dan badan anjing tidak najis, hanya air liurnya sahaja yang najis, dan wajib disertu.

3. Mazhab Maliki berpendapat bahawa setiap haiwan itu bersih. Malah, membersihkan jilatan anjing itu adalah tanda ta'abbudi (pengabdian), iaitu sunat dan bukan wajib. 

Kesimpulannya, bagi kita yang bermazhab Syafie dan hidup dikalangan orang-orang yang tidak membela anjing di Malaysia, pendapat Mazhab Syafie adalah lebih "selamat" untuk diamalkan, iaitu keseluruhan anjing itu adalah najis mughallazah (نجاسة مغلظة). WA.

sekian, wassalam

Tautan yang berkenaan :-

حكم الكلب من حيث النجاسة وعدمها
http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&...

نجاسة الكلب
http://www.fikhguide.com/category/%D8%B9%D8%A8%D8%A7%D8%AF%D8%AA%D9%83/%...

خيرالأمين