SJ – 2226 : BARANG RAMPASAN POLIS & SEKOLAH

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2226 : BARANG RAMPASAN POLIS & SEKOLAH

Ana ada kemusykilan...

Jika ada sesuatu barangan itu dirampas.... misalnya... pihak polis merampas VCD cetak rompak.... pihak Badan Disiplin di sekolah-sekolah yang merampas barang-barang daripada para pelajar.... maka... dalam keadaan ini, barang-barang ini menjadi milik siapa? Adakah ia boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh perampas? Jika tidak boleh... dia nak kena buat macam mana dengan barang-barang tu...? Kalau nak hapuskan... bolehke dia...? sebab barang-barang tu... bukankah tetap bukan hak milik diorang (si perampas)? macam mana ni ha?...
Wallahua'lam

Re: SJ – 2226 : BARANG RAMPASAN POLIS & SEKOLAH


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2226 : BARANG RAMPASAN POLIS & SEKOLAH

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VHoutenJr di atas soalan tersebut .

Saya akan menjawab soalan saudara dengan memecahkannya kepada dua masalah :

1 – Masalah pertama : Barang rampasan sekolah.
2 - Barang rampasan polis ( seperti VCD cetak-rompak & lucah ).

Masalah Pertama : BARANG RAMPASAN SEKOLAH :

Saya sebenarnya telah pun menjawab mengenai permasalahan ini pada : SJ - 2047 : NASYID RAIHAN & RADIO DIRAMPAS dan inilah url Soal-Jawab tersebut : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8774

Jawapannya secara ringkasnya adalah sebagai mana berikut :

Setiap tempat ada peraturang-peraturannya yang tersendiri , maka betapa pula sekolah sebagai pusat pendidikan jasmani dan rohani seseorang manusia agar berguna kepada agama , bangsa dan negara ? .

Di antara peraturan-peraturan sekolah yang sudah dimaklumi ialah larangan membawa radio .

Larangan ini sudah tentulah bersebab dengan sebab-sebab yang munasabah .

Jadi bukan salah pihak sekolah jika ada salah-seorang guru ataupun pengawas yang merampas radio yang menjadi salah-satu bahan larangan di sekolah .

Perkara seperti ini termasuk di dalam kategori “ Masoleh “ ( Kebaikan-kebaikan ) yang menjadi salah-satu sumber perundangan Islam dan sekaligus ianya termasuk di dalam tujuan mengapakah Islam itu sendiri diutuskan kepada seluruh alam.

Dan peraturan merampas setiap barang larangan itu sendiri adalah termasuk di dalam kategori Hukum Ta’azir ( Denda ) yang tidak bercanggah dengan Islam .

Apabila telah dirampas , radio itu sendiri menjadi hak-milik sekolah tersebut . Sama ada pihak sekolah mahu memulangkannya ataupun tidak kepada tuan punya asal radio itu ( si pelajar ) , maka itu bergantung dengan budi-bicara dan ilmu pengetahuan pihak pentadbir sekolah .

Menurut saya – berpandukan pengalaman saya yang pernah menjadi guru disiplin sebelum ini – tidak menjadi apa-apa masalah jika seseorang guru itu mengembalikan semula radio yang dirampas itu kepada murid tersebut , akan tetapi amaran perlulah diberikan agar si pelajar itu tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut .

Dan kalau si guru tidak mahu mengembalikannya kerana tetap bertegas bahawa itu adalah barang larangan , maka tidak juga menjadi kesalahan kalau si guru ( pihak sekolah ) melelong radio tersebut dan duit hasil lelongan itu dimanfaatkan untuk kelab-kelab ataupun persatuan-persatuan yang berada di sekolah tersebut .

Yang perlu diketahui oleh kita semua ialah , janganlah pula si guru berperangai buruk dengan mengambil radio itu untuk kegunaan peribadi ataupun hasil lelongan radio itu masuk ke dalam kocek sendiri , kerana ianya sendiri bertentangan dengan konsep “ Masoleh “ yang digariskan olah Islam kerana “ Masoleh “ hendaklah berbentuk kemanfaatan umum , bukannya kepentingan peribadi .

Bukan itu sahaja , tindakan seperti itu tentu akan lebih menimbulkan kemarahan si pelajar tersebut ( berbanding dengan memanfaatkan radio itu ataupun hasil jualannya untuk kemanfaatan sekolah @ umum ) , dan guru seperti ini tidak peliklah akan menjadi sasaran “ kenakalan “ sebahagian pelajar-pelajar sekolah yang “ berbulu dengan sebahagian guru-guru “ .

Semoga Allah Ta’ala memelihara semua guru yang membimbing dengan ikhlas dan baik dan memberikan panduan yang terbaik kepada semua pelajar . Amin ! .

****************************************

Masalah Kedua : BARANG RAMPASAN POLIS :

Jika masalah barang-barang rampasan sekolah tadi ada yang boleh digunakan untuk maslahah ( manfaat umum ) dan ada yang perlu dihapuskan , akan tetapi masalah vcd-vcd haram yang dirampas oleh pihak polis pula tidaklah demikian .

Barang rampasan polis itu ada berbagai jenis dan rupa . Namun kami hanya menjawab mengenai VCD cetak-rompak sebagai mana soalan saudara .

Masalah vcd cetak-rompak dan apatah lagi vcd lucah merupakan satu perkara yang ternyata salah dari sudut undang-undang Islam dan negara kita , Malaysia .

Jika pihak berkuasa telah merampas vcd-vcd tersebut , maka tidak ada cara lain untuk melenyapkan kegiatan jenayah itu melainkan dengan cara menghapuskannya . Dan yang paling penting ialah menangkap dan mendakwa orang-orang yang menjadi “ kepala besar “ kegiatan jenayah tersebut . Dan perkara ini sudah tentu tidak akan berjaya jika hanya anak-anak bangsa kita yang berniaga di pasar-pasar malam dan tepi-tepi jalan ditangkap , walhal tokey-tokey besar dan mereka yang memperluaskan kegiatan jenayah itu dibiarkan sahaja .

Vcd-Vcd cetak-rompak dan lucah itu nampaknya tiada sebarang manfaat menurut undang-undang Islam dan negara kita . Berbeza dengan masalah radio yang dirampas oleh pihak sekolah , masih boleh digunakan sebagai manfaat bagi kelab-kelab sekolah itu .

Oleh kerana vcd-vcd haram itu sendiri tidak boleh digunakan sebagai manfaat , maka tiada sebab untuk menghalalkan mana-mana orang yang telah merampasnya menyimpannya sebagai koleksi peribadi ataupun menyelamatkannya daripada dihancurkan oleh pihak berkuasa .

Jika ianya sendiri haram , maka ia tetap haram bagi semua orang walaupun ianya “ disalah-gunakan” sendiri oleh segelintir pihak berkuasa dan perbuatan itu sudah tentu menunjukkan sikap tidak amanah, yang mana sikap tidak amanah itu bertentangan sendiri dengan tugas seorang penguat-kuasa undang-undang dan lebih-lebih lagi ianya bertentangan dengan tuntutan Islam .

Marilah kita sama-sama mengingati pesanan dan amaran Baginda Rasulullah s.a.w :


ÍóÏöíËõ ÚóÈúÏö Çááøóåö Èúäö ÚóãúÑòæ ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóÑúÈóÚñ ãóäú ßõäøó Ýöíåö ßóÇäó ãõäóÇÝöÞðÇ ÎóÇáöÕðÇ æóãóäú ßóÇäóÊú Ýöíåö ÎóáøóÉñ ãöäúåõäøó ßóÇäóÊú Ýöíåö ÎóáøóÉñ ãöäú äöÝóÇÞò ÍóÊøóì íóÏóÚóåóÇ ÅöÐóÇ ÍóÏøóËó ßóÐóÈó æóÅöÐóÇ ÚóÇåóÏó ÛóÏóÑó æóÅöÐóÇ æóÚóÏó ÃóÎúáóÝó æóÅöÐóÇ ÎóÇÕóãó ÝóÌóÑó

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia benar-benar merupakan seorang munafik . Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya. Iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia khianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh .


ÍóÏöíËõ ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ : Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÂíóÉõ ÇáúãõäóÇÝöÞö ËóáóÇËñ ÅöÐóÇ ÍóÏøóËó ßóÐóÈó æóÅöÐóÇ æóÚóÏó ÃóÎúáóÝó æóÅöÐóÇ ÇÄúÊõãöäó ÎóÇäó

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh .

Semoga Allah Ta’ala menjauhkan diri-diri kita semua daripada sikap munafiq tersebut dan menyelamatkan kita daripada sebarang tipu-daya golongan munafiqin . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FIQHUS SUNNAH ~ Almarhum Al-Imam Saiyyid Sabiq ( rh ) .

2 – AL-WAJIZ FI USUL al-FIQH ~ Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily ( ha ) .

3 – AL-BAYAN FIMATTAFAQA ‘ALAIHI SYAIKHANI ~ Sakhr Software Production .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
1 / Dzulhijjah / 1423 H
2/ Febuari / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum