SJ – 2237 : TAUBAT , SIKSA HAIWAN & PERMAINAN YANG HARUS

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2237 : TAUBAT , SIKSA HAIWAN & PERMAINAN YANG HARUS

:salam

Bila teringatkan zaman kanak2 semasa dikampung, berbagai macam kenakalan timbul seperti melastik burung utk suka2 tak sempat sembelih burung dah mati, tangkap ikan disungai kemudian rebus hidup2, bakar plastik kemudian plastik panas yg cair dititik pada semut dll...(dulu tak ada playstation, 'sawah/bendang station' ada) sekarang bila dah dewasa rasa bersalah pula...dulu org. tua2 ada sakat kalau kita kiyanat/menganiaya binatang, besok(akhirat nanti) kita pula jadi binatang tersebut dan kita pula kena aniaya, budak2 mana kisah.

Bagaimanakah cara terbaik utk menebus kesalahan tersebut?
Bersedekah? Bykkan amalan kebaikan? atau sekadar bertaubat.
Kalau kesalahan sesama manusia selain bertaubat kita kena meminta maaf.Wallahualam

Terima kasih :eww

Re: SJ – 2237 : TAUBAT , SIKSA HAIWAN & PERMAINAN YANG H


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2237 : TAUBAT , SIKSA HAIWAN & PERMAINAN YANG HARUS

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudari semutapi.

Kami akui bahawa zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling indah pada kita , kerana pada waktu itulah kita mula mengenal berbagai perkara , kita boleh bermain tanpa apa sahaja dan apa yang kita lakukan masih belum lagi dikira di neraca dosa-pahala .

Walaupun bermain itu adalah lumrah bagi sesiapa sahaja di zaman kanak-kanak , akan tetapi pada waktu itulah orang dewasa sepatutnya membimbing mereka mengenal , apakah permainan yang bermanfaat dan apakah permainan yang sebaliknya.

Islam secara dasarnya tidaklah sebarang permainan ataupun aktiviti riadah ( kesukanan ) . Yang dilarang ialah permainan yang tidak bermanfaat , yang mensia-siakan waktu tanpa pulangan rohani dan jasmani yang sepatutnya , yang sesuai dengan fitrah seseorang menurut jantinan, yang menyebabkan seseorang itu lupa akan tanggung-jawabnya sebagai salah-seorang hamba Allah Ta’ala .

Di dalam budaya kita , banyak permainan tradisional yang banyak manfaatnya . Lihat sahaja permainan “ tembak-tembak “ , bukankah itu sendiri sebagai asas ilmu kententeraan bagi seorang kanak-kanak ?.

Permainan “ konda-kondi “ pula melatih kerja-sama sepasukan dan kecekapan menangkap “ kayu pendek “ yang dilambung .

“ Galah-panjang “ , “ lumba-lari “ , “ sorok-sorok “ , “ teng-teng “ ( dekcok ) , “ tarik upih “ , “ main wau – layang-layang “ , “ main gasing “ , “ berpencak-silat “ dan sebagainya semuanya itu perlu diperluaskan oleh masyarakat kini dengan cara yang sesuai dengan kehendak Islam yang mahukan umatnya kuat dan sihat . Kerana dengan badan yang sihat dan kuat , ibadat-ibadat itu dapat dilaksanakan dengan baik .

Bagi kaum Hawa pula , “ permainan batu seremban “ , “ lompat getah “ , “ masak-masak “ , “ pondok-pondok “ , teng-teng “ , “ main jual-beli “ dan sebagainya adalah sesuai dengan fitrah mereka dan ianya membina rohani dan jasmani mereka .

Namun , sebagai mana yang kita maklumi , semuanya itu perlulah dibimbing demi memupuk akhlak dan nilai-nilai murni pada kanak-kanak . Kerana pada waktu itulah mereka masih mudah dibentuk . Jika dididik dengan baik , insya-Allah kelak dia akan menjadi seorang insan yang berguna bagi agama , nusa dan bangsa. Dan kalau sebaliknya ….Wal’iyadzu BilLahi Min Dzalik .

Adapun permainan yang berbentuk menyiksa binatang tidaklah patut dimainkan oleh mana-mana manusia , walaupun ianya dinamakan sebagai “ permainan “. Dan tugas ibu-bapa , masyarakat dewasa dan guru-gurulah untuk menegur kanak-kanak drp terlibat dengan sebarang permainan seperti itu .

Orang-orang tua dahulu memang marah jika kita bermain seperti itu . Lalu timbullah berbagai kata-kata mereka yang bertujuan untuk menegur kita, akan tetapi kalau diperhati baik-baik teguran seperti itu seperti “ tak berapa kena dengan ajaran Islam “ . Antaranya :

1 – Tatkala orang – orang tua melarang kanak-kanak drp bermain “ mencucuk punggung pepatung ( cakcibor ) “ :

“ Ha ! , kau ingat-ingat sikit , kalau kau main camtu , kau cucuk punggung patung-patung tu , esok-esok patung-patung tu hari kiamat nanti akan cucuk punggung kau dan suruh kau terbang macam orang main layang-layang tu ! “ .

ULASAN KITA : Kami masih belum menemui sebarang dalil – sepanjang ilmu kami yang sedikit ini – yang menyatakan bahawa sesiapa yang menyiksa binatang , dia akan disiksa kelak oleh binatang itu di dalam neraka . Agaknya , kata-kata ini dikias daripada larangan melukis dan mengukir patung-patung .

2 – Tatkala orang-orang tua melarang kanak-kanak daripada bermain di waktu maghrib :

“ Hoi ! , jangan main-main masa ni ….nanti kena sorok dengan hantu kom-kom / “ hantu tetek “ nanti ! .

ULASAN KITA : Memanglah tidak manis bermain di waktu Maghrib kerana masa itu adalah masa yang sangat singkat dan di masa itulah sepatutnya seseorang kanak-kanak melakukan ibadat dan belajar membaca Al-Quranul Karim . Namun kata-kata seperti diatas akan menyebabkan seseorang itu kelak percaya berlebih-lebihan kepada kekuatan hantu-setan dan boleh menyebabkan kepercayaan khurafat berleluasa .

****************************************

Kembali kepada soalan saudari . Taubat itu sendiri memang sangat-sangat dituntut daripada setiap hamba Allah Ta’ala kerana manusia itu sendiri tidak terlepas daripada silap dan dosa .

Lantaran itulah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :

Úóäú ÃóäóÓò Ãóäøó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ßõáøõ ÇÈúäö ÂÏóãó ÎóØøóÇÁñ æóÎóíúÑõ ÇáúÎóØøóÇÆöíäó ÇáÊøóæøóÇÈõæäó

Ertinya : Dari hadist yang diriwayatkan oleh Saidina Anas ( r.a ) katanya : Sesungguhnya Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ Setiap anak – anak Adam pastilah membuat dosa-dosa dan sebaik-baik orang – orang yang pernah berbuat dosa-dosa itu adalah mereka yang suka bertaubat “ ~ Hadis Hasan diriwayatkan oleh Al-Imam at-Tirmidzie ( rh ) .

TAUBAT : Ertinya kembali. Kembali yang dimaksudkan di sini ialah kembali daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tercela menurut syarak dengan meninggalkannya dan diikuti pula dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang terpuji menurut syarak.

TAUBAT : Ertinya kembali kepada asal-usul manusia secara fitrah ( semulajadi ). Fitrah seseorang manusia itu adalah suci daripada sebarang dosa dan noda – inilah pandangan Islam terhadap asal-usul dan fitrah seseorang manusia. Berlainan pula dengan ajaran Kristian yang menetapkan bahawa seseorang manusia itu adalah kotor dan berdosa secara “ dosa warisan “ ( original sin ) secara otomatik semenjak asalnya.

Taubat merupakan satu perkara yang amat-amat dituntut dan merupakan kewajipan ke atas setiap manusia. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang menyarankannya, di antaranya :


íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÊõæÈõæÇ Åöáóì Çááøóåö ÊóæúÈóÉð äøóÕõæÍðÇ ÚóÓóì ÑóÈøõßõãú Ãóä íõßóÝøöÑó Úóäßõãú ÓóíøöÆóÇÊößõãú ......

Ertinya : “ Wahai orang-orang yang telah beriman ! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha ( yang ikhlas ) , mudah-mudahan Allah hapuskan kesalahan-kesalahanmu… “ ( Surah At-Tahrim , Ayat 8 )


æóÊõæÈõæÇ Åöáóì Çááøóåö ÌóãöíÚðÇ ÃóíøõåóÇ ÇáúãõÄúãöäõæäó áóÚóáøóßõãú ÊõÝúáöÍõæäó

Ertinya : “ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang telah beriman !, mudahan-mudahan kamu akan memperolehi kejayaan “ ( Surah An-Nur , Ayat 31 )

***********************

Jenis-Jenis dosa terbahagi kepada 2 bahagian ( menurut hubungannya ) iaitu : ( 1 ) – Dosa-dosa di antara seseorang hamba / insan dengan Tuhannya – Allah Ta’ala , dan ( 2 ) – Dosa di antara sesama manusia / makhluk.

Bagi dosa-dosa jenis pertama , para ulama’ telah menetapkan syarat-syaratnya agar taubat itu benar-benar ikhlas dan diterima oleh Allah Ta’ala , iaitu :

01- Hendaklah ditinggalkan perbuatan dosa tersebut .
02- Hendaklah menyesal di atas perbuatan dosa itu.
03- Hendaklah berazam agar tidak kembali melakukannya selama-lamanya.
( Perkara ini memanglah satu perkara yang tidak dapat dipastikan oleh setiap manusia kerana sememangnya sifat manusia itu alpa , maka keazaman di sini ertinya benar-benar bertekad untuk tidak lagi melakukannya. Dan seandainya dia alpa dan melakukannya semula disebabkan kealpaannya itu, maka mudah-mudahan Allah Ta’ala akan mengampuni dosa-dosanya disebabkan azamnya yang asal bukanlah hendak meneruskan dosa-dosa itu – ataupun dia memang berniat semenjak asal untuk “mempermain-mainkan “ taubatnya !. Dan ingatlah , pintu taubat sentiasa terbuka ! ) ~ Perkara ke –3 ini perlu kita fahami sejelas-jelasnya hingga jangan pula disangka bahawa bertaubat ini terlalu susah dan hampir kepada mustahil !!!.

***********************

Manakala, dosa jenis kedua pula iaitu dosa yang melibatkan sesama manusia / makhluk, maka syarat-syaratnya samalah dengan 3 syarat-syarat di atas, dan ditambah pula dengan syarat selanjutnya iaitu : HENDAKLAH DIA MEMULANGKAN KEMBALI HAK ORANG YANG DIZALIMINYA – Iaitu, kalau dosanya itu berbentuk material , contohnya : Si A telah mencuri basikal kepunyaan Si B, maka Si A perlulah memulangkan semula basikal itu kepada Si B, ataupun dengan memohon kemaafan drp Si B. Dan jika ianya membabitkan “jenayah mulut” , maka hendaklah dipohon maaf daripada orang yang menjadi “ mangsa mulutnya “ itu.

Syarat taubat selanjutnya yang menjadi syarat bagi kedua-dua jenis dosa di atas ialah : MENINGGALKAN RAKAN-RAKAN @ PERSEKITARAN YANG MENJADI PUNCA DIA MELAKUKAN DOSA DENGAN “BERHIJRAH” MENCARI RAKAN-RAKAN YANG BAIK LAGI SOLEH DAN TINGGAL BERSAMA-SAMA MASYARAKAT YANG LEBIH BAIK AKHLAKNYA – Sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang mengisahkan kisah seseorang yang telah membunuh 100 orang manusia, akhirnya taubatnya tetap diterima oleh Allah Ta’ala setelah bekas si penjenayah itu bertaubat serta berhijrah ke negeri yang baik serta soleh penduduk-penduduknya. ( Hadis Sahih riwayat Imam Muslim di dalam sahihnya , Bab : Kitab At-Tawbah ).

Syarat lain yang menjadi sebab taubat seseorang itu diterima Allah Ta’ala ialah : MELAKUKAN KEBAIKAN-KEBAIKAN SEBAGAI CARA MENGHAPUSKAN KESALAHAN DAN DOSA-DOSA LALU :

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :


Úä ÃÈí ÐÑ æ ãÚÇÐ Èä ÌÈá ÑÖí Çááå ÚäåãÇ , Úä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã ÞÇá : (( ÅÊÞ Çááå ÍíËãÇ ßäÊ æ ÃÊÈÚ ÇáÓíÆÉ ÇáÍÓäÉ ÊãÍåÇ . æ ÎÇáÞ ÇáäÇÓ ÈÎáÞ ÍÓä ))

Ertinya : Daripada Abu Dzar dan Muadz Bin Jabal ( semoga Allah meredhai mereka berdua ). Daripada Rasulullah s.a.w bersabda : “ Takutlah kamu semua kepada Allah di mana sahaja kamu berada , dan hendaklah kamu mengiringkan kesalahan-kesalahan silammu dengan melakukan kebaikan-kebaikan , nescaya kebaikan-kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan lalu. Dan hendaklah kamu berbudi-perkerti yang mulia sesama manusia “ – Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi di dalam sunannya ( Kitab Al-Bir ).

Maka, bagi seseorang yang pernah menganiyai binatang , sudah tentulah cara bertaubat ialah dengan cara menebus kembali dosa-dosa tersebut dengan berbuat baik sesama makhluk ( sama ada sesama manusia ataupun haiwan ) .

Berbuat baik itu sendiri adalah sebagai mana yang diajar oleh agama kita dan yang difahami oleh fitrah kita sebagai seorang insan.

Maka lakukanlah apa sahaja jenis kebajikan dan kebaikan , dan dahulukanlah berbuat baik terhadap ibu-bapa, pasangan hidup, anak-anak sendiri , jiran-tetangga , saudara-mara dan sesama masyarakat . Mudah-mudahan semua kebajikan dan kebaikan itu boleh menebus dosa-dosa silam yang pernah kita lakukan .

Mudah-mudahan kita sentiasa bertaubat dan tidak berputus asa. Sebagai mana kita selalu TERsalah-langkah dan TERsilap di dalam tindak-tanduk kita , maka janganlah berputus asa daripada rahmat Allah Ta’ala dan sentiasalah memperbanyakkan dan memperbaharui taubat .

Ingatlah amaran Allah Ta’ala , Tuhan Yang Sangat Mencintai golongan yang suka bertaubat . Firman-Nya :


Þõáú íóÇ ÚöÈóÇÏöíó ÇáøóÐöíäó ÃóÓúÑóÝõæÇ Úóáóì ÃóäÝõÓöåöãú áóÇ ÊóÞúäóØõæÇ ãöä ÑøóÍúãóÉö Çááøóåö Åöäøó Çááøóåó íóÛúÝöÑõ ÇáÐøõäõæÈó ÌóãöíÚðÇ Åöäøóåõ åõæó ÇáúÛóÝõæÑõ ÇáÑøóÍöíãõ

Ertinya : “ Katakanlah Wahai Nabi kepada hamba-hama-Ku yang telah melampaui batas – berbuat dosa – Janganlah kamu berputus-asa daripada rahmat Allah !, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa itu semuanya. Dan Dialah benar-benar Yang Maha Pemaaf Lagi Maha Pengasihani “ – Surah Az-Zumar, ayat 53 .

Pesanan Nabi Yaakub (a.s) kepada anak-anaknya agar mereka tidak berputus-asa daripada kemurahan Allah Ta’ala juga turut sama dirakamkan di dalam Al-Quran, sebagai iktibar dan contoh teladan terbaik :


íóÇ Èóäöíøó ÇÐúåóÈõæÇú ÝóÊóÍóÓøóÓõæÇú ãöä íõæÓõÝó æóÃóÎöíåö æóáÇó ÊóíúÃóÓõæÇú ãöä ÑøóæúÍö Çááøåö Åöäøóåõ áÇó íóíúÃóÓõ ãöä ÑøóæúÍö Çááøåö ÅöáÇøó ÇáúÞóæúãõ ÇáúßóÇÝöÑõæäó

Ertinya : ( Telah berkatalah Nabi Yaakub a.s kepada anak-anaknya ) – “ Wahai anak-anakku ! Pergilah kamu mencari-mencari Yusuf dan adiknya, dan janganlah pula kamu putus-asa daripada rahmat Allah , kerana sesungguhnya tiada lain orang-orang yang berputus asa daripada rahmat Allah itu melainkan orang-orang yang kafir “ – Surah Yusuf, Ayat 87.

Mudah-mudahan kita semua sempat bertaubat sebelum nyawa sampai di tenggorokan . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

01- HAQAIQ ‘AN-TASAWWUF – Syeikh Abdul Qadir Isa
Ms 231 – Terbitan Darul ‘Urfan, Halab, Syiria.

02- AHSANUL KALAM – Syeikh ‘Atiyah Saqr
Ms 589 ( Jilid 3 ) – Darul Ghad El-‘Araby , Kaherah.

03- http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Taubat/index.html

04- SJ-1725 : DOSA BESAR - HUDUD - GUGURKAN ANAK
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7629

05- SJ-1741 : TAUBAT & MENGUGURKAN KANDUNGAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7599

06- http://www.pesantrenvirtual.com/ramadhan/1422-011.shtml

07- http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20021231214439/Article/

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
6 / Dzulhijjah / 1423 H
7/ Febuari / 2003 M

JUMAAT – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum