SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLU

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLU

Assalamualaikum....saya ada sedikit kemusykilan...apakah hukum kalau kita belajar tentang ilmu ghaib atau ilmu yg berkaitan ttg jin dan makhluk halus? Adakah ia dibolehkan atau tidak? wallahu a'lam..... :martialar

Re: SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MA


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2333 : HUKUM BELAJAR HAL-EHWAL GHAIB , JIN & MAKHLUK HALUS

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Penjejak Awan di atas soalan yang dikemukakan itu .

Perkataan “ Ghaib “ itu asalnya daripada B . Arab . Dan ianya adalah lawan ( antonim ) kepada “ zahir “ . Ertinya : Ghaib itu adalah lawan kepada alam syahadah ( yang boleh diketahui hakikatnya oleh panca indera ) .

Ghaib itu sendiri terbahagi kepada 2 bahagian :

1 – Ghaib Yang Sebenar : Dinamakan sebagai “ Ghaib Haqiqi “ ataupun “ Ghaib Mutlaq “ . Contoh perkara-perkara yang ghaib daripada jenis ini ialah Alam Akhirat ( seperti berapakah keluasan sebenar syurga , neraka dan padang mahsyar secara detail . Seperti : Apakah jenis permata dan mutiara yang digunakan sebagai bahan-binaan syuga ) . Begitulah juga , ‘arasy , kursi , loh mahfudz , bagaimana rupa-sebenarnya , berapakah panjang dan lebarnya ?, semuanya itu termasuk di dalam erti-kata “ Ghaib Yang Sebenar “ , yang hanya diketahui secara terperinci oleh Allah Ta’ala Yang Maha Menciptanya ataupun yang tidak dapat diketahui oleh makhluk melainkan dengan adanya keterangan daripada-Nya Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

2 – Ghaib Yang Masih Boleh Diketahui Hakikatnya : Ianya dinamakan sebagai “ Ghaib Idhafi “ ataupun “ Ghaib Muqayyad “ .

Contoh perkara-perkara daripada ghaib jenis ini ialah barang yang dicuri, yang mana ianya dapat dikenal-pasti oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenainya seperti pasukan Polis , dan ianya tidak pula diketahui dan dikenal-pasti oleh masyarakat awam .

Keputusan peperiksaan ( exam result ) juga termasuk di dalam kategori ini , contohnya : Jika anda telah melalui peperiksaan SPM dan anda sedang menanti-nanti keputusannya , maka perkara ini bukanlah perkara yang ghaib ( bukannya ghaib yang haqiqi / mutlaq ) sebab walaupun anda tidak mengetahuinya akan tetapi mereka yang berada di lujnah peperiksaan ( exam syndicate ) di Kementerian Pendidikan itu mengetahuinya .

Pencuri juga bukanlah termasuk di dalam “ Alam Ghaib Yang Haqiqi / Mutlaq “ kerana walaupun kita tidak mengenal siapakah yang mencuri sesuatu barang itu , akan tetapi ianya sudah tentu dikenal oleh mereka yang sama-sama mencuri , ataupun paling kurang pencuri itu sendiri dikenali oleh si empunya diri itu sendiri .

Begitulah juga dengan eletrik dan kuman-kuman bakteria – virus , yang mana semuanya itu bukanlah termasuk di dalam pengertian ghaib yang sebenar ( haqiqi / mutlaq ) kerana kedua-duanya itu masih boleh diketahui kewujudan dan hakikatnya dengan alat-alat moden .

Itulah apa yang dinamakan sebagai ghaib .

*******************************************

“ GHAIB “ itu termasuklah juga alam Jin , alam makhluk halus , alam barzakh dan alam akhirat yang mana kesemuanya itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar , ataupun tidak dapat dilihat oleh kita sekarang .

Disebabkan ianya tidak kelihatan , maka kisah-kisah mengenainya hanya boleh didapati daripada 2 sumber :

1 – Daripada Allah Ta’ala melalui bimbingan Baginda Rasulullah s.a.w . Iaitu melalui pengajian berasaskan Al-Quranul Karim dan sunah yang sahih .

2 – Daripada percubaan orang-orang tertentu , sama ada daripada pihak saintis mahupun bomoh dan dukun .

Sumber pertama adalah sumber yang benar dan tepat kerana Allah Ta’ala sama sekali tidak pernah dan tidak mungkin berbohong terhadap kita .

Manakala sumber kedua yang ditempuh dengan beberapa penyelidikan , percubaan ( eksperimen ) dan jalan-jalan tertentu maka jalan-jalan itu semuanya MASIH BELUM DIJAMIN BETUL . Kalau betul pun ianya hanyalah kebetulan sahaja , walhal BETUL dan KEBETULAN itu tidaklah sama ! .

Sumber pertama adalah diyakini dan selamat untuk dipelajari .

Sumber kedua tidak dapat diyakini dan tidak kurang pula ramai yang berbohong dengan menggunakan sumber kedua ini , sama ada pembohongan itu disaluti dengan nama “ HASIL KAJIAN SAINTIFIK “ ataupun “ RAMALAN & TILIKAN “ .

Sumber yang pertama , tidak menjejaskan aqidah kita , bahkan lebih meneguhkan lagi keimanan kita kepada Allah Ta’ala dan Baginda Rasulullah s.a.w .

Manakala sumber kedua pula , bukan setakat menyebabkan kita “ meraba-raba di dalam kegelapan ilmu itu “ , bahkan tidak kurang ramai yang terjerumus masuk ke dalam lembah bid’ah , khurafat , takhyul dan syirik ( Wal’iyadzubilLahi Min Dzalik ) .

*******************************************

Kalau saudara berhajat untuk belajar mengenai GHAIB iaitu mengenai alam jin & makhluk halus , maka pelajarilah hal itu melalui buku-buku dan kuliah-kuliah agama , khasnya yang membincangkan mengenai Ilmu Tauhid ( Aqidah ) .

Cuba saudara SEARCH di dalam enjin pencarian al-Ahkam.net dengan menggunakan kata kunci “ GHAIB “ ataupun “ HANTU “ , insya-Allah akan bertemu dengan beberapa buah buku yang kami sarankan untuk dibaca sebagai langkah menambah maklumat mengenai Alam Ghaib ini .

Ataupun cubalah saudara lihat url berikut :

SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM ILMU GHAIB DAN RAMALAN YANG DILARANG ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9859

SJ – 2203 : PERSOALAN ROH & HANTU-SETAN DARI KUBUR
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10107

SJ – 2320 : PERSOALAN HANTU-SETAN LAGI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10984

SJ-875: Dakwa tahu alam ghaib
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=4890

SJ - 1916 : SANTAU , SIHIR & RASUKAN SYAITAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8293

*******************************************

Kalau saudara berhajat untuk mengetahui lagi berkenaan dengan Alam Jin , maka silalah berkunjung ke web audio al-Ahkam . Saudara Naib al-Ustaz gayat from UK with love telah pun memasukkan ( upload ) kaset pengajian berkenaan dengan hal itu , hasil kuliah pengajian yang dikendalikan oleh Al-Fadhil Yang Berhormat Datuk Ismail Kamus ( ha ) . :bestnyer

Sila lawati url berikut :

http://alahkam2.hamku.com.my/audio2003/index.php?q=f&f=%2FCeramah_kuliah%2Fust_ismail_kamus%2Fmengenal+jin

Tidak perlu saudara mempelajari hal-ehwal ghaib daripada dukun-dukun dan bomoh-bomoh kerana itu semua tidak dijamin selamat dari sudut Aqidah dan Iman .

Pelajarilah dari keterangan-keterangan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah Sahihah .

*******************************************

Kalau saudara mahu belajar Ilmu Ghaib dengan maksud agar tidak dapat dilihat orang , maka tidak perlu saudara bersusah-payah menuntutnya daripada mana-mana dukun , pawang , bomoh ataupun guru silat yang tidak berpegang teguh dengan Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah .

Ada banyak cara untuk kita “ ghaib “ ( tidak dilihat orang ) tanpa perlu menuntut daripada golongan manusia di atas . Anak-anak kita yang selalu bermain “ polis sentri one two jaga “ dan bermain “ nyorok-nyorok “ pun tahu lama dah taktik itu tanpa perlu melakukan syirik dan bid’ah . :smirk:

*******************************************

Tapi kalau saudara mahu mempelajari Ilmu Ghaib yang berbentuk sihir , maka tidak syak lagi ianya adalah HARAM dan BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK ! .

Ada orang kata : “ Belajar sihir tidak mengapa , asalkan jangan mengamalkannya ! “ .

Kita jawab : “ Mana dalil daripada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w yang mengatakan sedemikian ? “ .

Apa faedahnya kalau belajar tapi tidak diamalkannya ? .

Dan apa pula faedah beramal dengan sihir setelah mempelajarinya ? .

Faedahnya hanya menimbulkan huru-hara , kegawatan Aqidah , ketidak-tenangan hati , jauh daripada Allah Ta’ala dan melakukan dosa-dosa yang besar ! .

Kalau pun betul kata-kata itu , maka yang sebenarnya ialah : BELAJAR MENENTANG SIHIR ADALAH TIDAK MENGAPA , BAHKAN DITUNTUT DEMI MENOLONG MEREKA YANG DIANIYAI , TETAPI BELAJAR & MENUNTUT ILMU SIHIR ADALAH DOSA BESAR , HARAM DAN TIDAK SYAK JUGA BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK DAN MURTAD !!! .

Kalau mahu belajar menentang sihir , tidak syak lagi ianya memang sudah terkandung di dalam Al-Quranul Karim dan As-Sunnah as-Sahihah ! . Contohnya : Surah 3 Qul dan Ayat Al-Kursi . ( Lihat perbahasan itu di dalam url – url yang diberikan di atas ) .

Tetapi kalau belajar menentang sihir dengan menggunakan sihir itu sendiri , dengan memanggil roh itu dan ini ( Tahdhir Arwah ) , dengan menuntut daripada bomoh Siam , Orang Asli , Sakai , Melayu dan seumpamanya dengan cara-cara yang jelas bertentangan dengan Islam , maka itu sudah tentu SESAT dan MENYESATKAN ! .

Disebabkan SIHIR itu sendiri adalah BID’AH , SESAT LAGI MENYESATKAN dan SYIRIK , maka menurut kaedah Fiqh ( Saddu Dzarai’e ) ianya mestilah dicabut daripada akar-umbinya lagi iaitu HARAM MEMPELAJARI ILMU SIHIR ! .


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
3/ Muharram / 1424 H
6 / Mac / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum