SJ – 2749 : BAGAIMANA HENDAK MELANGKAH KE CARA PENGAJIAN YAN

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2749 : BAGAIMANA HENDAK MELANGKAH KE CARA PENGAJIAN YAN

:salam

Terima kasih kerana memberi peluang saya bertanya soalan di sini. :grin:
Bolehkan panel berikan panduan untuk orang awam seperti saya yang tidak ada pembelajaran formal peringkat tinggi dalam ilmu agama untuk berubah dari bertaklid dalam hal agama kepada meneliti dalil dan perbahasan? Apakah langkah-langkah pertama yang perlu diambil dan cara seterusnya untuk mengelakkan, dengan keizinan Allah dari terpesong dari kebenaran dalam situasi ini?

Terima kasih diucapkan sekali lagi :grin:

Re: SJ – 2749 : BAGAIMANA HENDAK MELANGKAH KE CARA PENGAJIAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2749 : BAGAIMANA HENDAK MELANGKAH KE CARA PENGAJIAN YANG LEBIH BAIK ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara AHelmi yang menaruh kepercayaan kepada kami untuk menjawab soalan di atas .

Sebelum kami menjawab soalan saudara , sukalah kami mengucapkan “ TAHNIAH “ dan ‘ SYABAS “ di atas niat saudara yang mulia itu ( berubah menjadi lebih baik iaitu meninggalkan Alam Taqlid Buta kepada Alam Belajar Secara Ittiba’ ) .

Taqlid secara ringkasnya ialah : “ Beramal dan beribadah TANPA mengetahui dalil-dalil perbuatan itu daripada sumber-sumber hukum-hakam syarak yang muktamad “ .

Ittiba’ pula ialah : “ Beramal dan beribadah DENGAN mengetahui dalil-dalil perbuatan itu daripada sumber-sumber hukum-hakam syarak yang muktamad “ .

Taqlid di dalam bahasa kita dikenali juga sebagai : “ Mengikut membuta-tuli “ dan “ membabi-buta “ , dan ia sudah pasti adalah saudara-mara kepada “ TAKSUB “ yang akhirnya melahirkan sikap “ JUMUD “ dan “ PEMUJAAN KEPADA ORANG TERTENTU “ .

Taqlid ini dilarang oleh agama kita , lebih-lebih lagi di dalam masalah Aqidah dan Usul .

Taqlid ini juga tidak sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang kurniakan akal untuk berfikir .

Dan Taqlid lebih-lebih lagi tidak sesuai dengan tuntutan agama yang menurukan wahyu kepada manusia agar manusia terpimpin dan menggunakan akal sesuai dengan tuntutan wahyu .

Allah Ta’ala berfirman di dalam Surah al-Isra’ ( Bani Israel ) , ayat 36 :


æóáÇó ÊóÞúÝõ ãóÇ áóíúÓó áóßó Èöåö Úöáúãñ Åöäøó ÇáÓøóãúÚó æóÇáúÈóÕóÑó æóÇáúÝõÄóÇÏó ßõáøõ ÃõæáÜÆößó ßóÇäó Úóäúåõ ãóÓúÄõæáÇð

Ertinya : “ Janganlah kamu mengikut menurut apa yang tidak ketahui mengenainya . Sesungguhnya pendegaran , penglihatan dan hati – hati kamu , semuanya itu akan dipertanggung-jawabkan kelak “ .

MELANGKAH KE ARAH ALAM ITTIBA’ :

Di antara langkah-langkah permulaan yang boleh diambil oleh seseorang muslim itu , untuk meningkatkan keilmuan dan keimanan dia kepada Allah Ta’ala , iaitu dengan cara meninggalkan Alam Taqlid setapak demi setapak lalu melangkah ke Alam Ittiba’ ialah :

1 ~ Mengkoreksi / memeriksa kembali aqidah dan amal-ibadahnya kepada Allah Ta’ala , sama ada sesuai ataupun tidak dengan dasar tertinggi Islam : al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih .

Contohnya : Kalau selama ini Si Mamat sudah tahu cara sembahyang , sebagai mana yang dipelajari di sekolah dan di surau kampungnya , tapi pelajaran itu sudah tentu dikemukakan tanpa dalil daripada al-Quranul Karim ataupun sunnah ( hadis ) yang sahih .

Maka sekarang , Mamat hendaklah “ CHECK “ semula tatacara sembahyangnya , adakah sesuai ataupun hampir dengan apa yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

Kalau Mamat seorang yang mempunyai asas pendidikan yang mantap , maka tiada halangan untuk Mamat melakukan pemeriksaan itu semula berdasarkan kitab-kitab Hadis ataupun Fiqh yang berdasarkan hadis ( Fiqh as-Sunnah ) .

Namun , jika dia kurang mampu berbuat demikian , maka TIADA SALAHNYA Mamat meminta mana-mana guru agama yang mempunyai kemahiran mengenai hal itu dan juga boleh dipercayai untuk memeriksa kembali tatacara sembahyangnya berdasarkan hadis-hadis yang sahih .

Ataupun YANG LEBIH BAIK LAGI ialah , Mamat meminta guru agama itu MENGAJARNYA berkenaan dengan sembahyang DENGAN DINYATAKAN SATU PERSATU DALIL bagi setiap perbuatan sembahyangnya itu .

Ittiba’ TIDAK AKAN DICAPAI dengan hanya “ dengar-dengar “ yang kemudiannya diikuti pula dengan “ angguk-angguk “ .

Ittiba’ TIDAK AKAN DICAPAI dengan hanya si guru membawa kitab pengajian tetapi si murid hanya mendengar sambil kadang-kadang mengangguk dan menguap . :2xlarat

Ittiba’ juga TIDAK AKAN DICAPAI apabila guru itu BERSIKAP TAKSUB PADA MAZHAB dan bersikap TAQLID BUTA .

Ittiba’ juga TIDAK AKAN DICAPAI apabila guru sendiri malas menghafal dalil itu dan ini ataupun malas membaca kitab-kitab ibadah yang berdasarkan dalil-dalil syarak . :adus

Ittiba’ juga TIDAK AKAN DICAPAI sekiranya si murid sendiri jenis malas hendak mengaji tatacara ibadah berdasarkan dalil – dalil syarak , bagi murid itu : “ Kalau betul si ustaz tu , betullah saya , kalau dia salah , salahlah saya “ .

Ittiba’ HANYA BOLEH DICAPAI apabila si guru itu sendiri mampu mengemukakan dalil bagi setiap perbuatan ibadah dan si murid juga rajin bertanya : “ Apakah dalil bagi perbuatan ibadah ini ? “ .

2 ~ Seseorang yang hendak mengubah dirinya menjadi “ MUTTABIE’ “ ( orang yang berittiba’ ) HENDAKLAH SANGGUP MENGELUARKAN BELANJA DAN MELUANGKAN MASA UNTUK :

a – Membeli dan menghimpun kitab-kitab yang ditulis berdasarkan dalil-dalil dan hujah-hujah yang diterima syariat .

b – “ Memburu “ setiap majlis pengajian Islam , khasnya yang dipimpin oleh ustaz – ustaz ataupun ‘alim-ulama’ yang terkenal cinta kepada ITTIBA’ dan benci kepada TAQLID . Cinta kepada TOLERANSI MAZHAB dan benci kepada TAKSUB kepada mazhab tertentu .

c – Meluangkan masa untuk membaca dan merujuk semula apa yang telah dipelajari sebelum ini .

d – Juga meluangkan masa untuk membaca apa-apa tulisan yang menyeru kepada ITTIBA’ dan REFORMASI UMAT ISLAM ( TAJDID ) melalui halaman-halaman web .

Ittiba’ itu adalah langkah menjadikan diri kita lebih baik , sesuai dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya sentiasa menjadi lebih-baik daripada semalam . Sila lihat :

SJ – 2722 : ESOK MESTILAH LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=15919

Martabat ITTIBA’ ini hanya akan dicapai oleh mereka yang rajin menuntut ilmu dan bertanya , dan tempurung TAQLID akan terus dijunjung oleh mereka yang jenis malas dan lebih suka angguk menjadi “ YES MAN “ . :spamafote

Kalau TAQLID kepada para ulama’ dan ustaz – ustazah sendiri AMAT TIDAK DIGALAKKAN oleh agama kita , bahkan dikeji pula , apatah lagi TAQLID kepada para pemimpin yang zalim dan yang sentiasa menentang hukum-hakam Allah Ta’ala !!?? . :non

Lihat juga jawapan kami mengenai ITTIBA’ VS TAQLID ini di dalam :

SJ – 2743 : MASALAH MAZHAB & PERBANDINGAN FIQH DAN SIFAT 20
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=16137

Semoga Allah Ta’ala merahmati usaha saudara dan kita semua ke arah melangkah ke kehidupan yang lebih baik dan lebih dirahmati Allah Ta’ala hendaknya . Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
23 / Jumadi Awwal / 1424 H
23 / Julai / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum