SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN

Sebuuah rumah telah di timpa oleh dahan pokok durian kepunyaan jiran.adakah tanggung jawab jiran tersebut untk bayar gantirugi.

Re: SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Solid yang mengemukakan soalan di atas . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w mengenai perkara yang di atas :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúÚóÌúãóÇÁõ ÌõÈóÇÑñ æóÇáúÈöÆúÑõ ÌõÈóÇÑñ æóÇáúãóÚúÏöäõ ÌõÈóÇÑñ æóÝöí ÇáÑøößóÇÒö ÇáúÎõãõÓõ

Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ ( Apa-apa ) yang berlaku disebabkan oleh binatang-binatang , adalah percuma ( sia-sia ) sahaja . ( Apa-apa ) yang ( jatuh ) ke dalam telaga , adalah percuma ( sia-sia ) sahaja . ( Apa-apa ) yang jatuh ke dalam gali-galian adalah percuma ( sia-sia ) sahaja dan pada harta rikaz itu hendaklah dikeluarkan zakat sebanyak 1/5 daripadanya “ ~ Hadis diriwayatkan oleh secara sepakat oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh ( Muttafaqun ‘Alaih ) , Al-Imam Malik rh ( 2 / 12 ‘Uqul ) , Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1499 ) , Al-Imam Muslim rh ( 3 / 1710 ) , Al-Imam An-Nasaie rh ( 5 / 2492 ) , Al-Imam at-Tirmizie rh ( 3 / 1377 ) , Al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 4593 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 2509 ) , Al-Imam at-Thabrani rh di dalam “ Al-Kabir “ ( 17 / 6 ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ As-Soghir “ ( 5676 ) .

Erti : “ PERCUMA SAHAJA “ ialah “ SIA – SIA “ di dalam hadis tersebut membawa erti bahawa apa sahaja kerosakan yang dilakukan oleh binatang , ataupun disebabkan jatuh ke dalam telaga , ataupun disebabkan jatuh ke dalam lubang yang digali untuk mencari gali-galian , maka si pemiliknya TIDAKLAH DIKENAKAN MEMBAYAR PAMPASAN atas kerugian yang diterima oleh orang yang ditimpa musibah itu . Tidak wajib dia membayarnya disebabkan apa yang menimpa orang itu bukanlah disengajakan dengan satu sebab ataupun secara langsung .

Oleh itu , jika pohon Si A jatuh menimpa rumah Si B , maka BUKANLAH MENJADI TANGGUNG-JAWAB Si A untuk membayar kerugian yang dideritai oleh Si B , jika Si B tidak pula meminta ganti-rugi . Tetapi jika Si B meminta , wajib Si A membayarnya .

Walaupun begitu , jika Si A bermurah hati dan tetap mahu membayar ganti-rugi walaupun pohon itu jatuh bukanlah disebabkan perbuatannya ataupun Si A tetap mahu membayar ganti-rugi kerana merasa bersalah ( disebabkan dia cuai sehingga pohonnya melepasi sempadan pagarnya lalu memasuki pagar Si B ) , maka itu adalah LEBIH BAIK dan LEBIH HAMPIR kepada ketaqwaan kepada Allah Ta’ala .

Lebih-lebih lagi , jika Si A itu membaca hadis-hadis berikut , sudah tentulah akan berdetik juga hatinya untuk membayar ganti-rugi yang dideritai oleh jirannya ( Si B ) itu :


Úóäú ÃóäóÓò Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó æóÇáøóÐöí äóÝúÓöí ÈöíóÏöåö áóÇ íõÄúãöäõ ÚóÈúÏñ ÍóÊøóì íõÍöÈøó áöÌóÇÑöåö Ãóæú ÞóÇáó áöÃóÎöíåö ãóÇ íõÍöÈøõ áöäóÝúÓöåö

Ertinya : Daripada Saidina Anas r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w yang pernah bersabda : “ Demi diriku yang berada di dalam tangan-Nya ( Allah ) , Tidaklah dianggap beriman seseorang hamba itu sehinggalah dia mencintai bagi jirannya ataupun saudaranya apa-apa jua yang disukai oleh dirinya “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh { Bulughul Maram , oleh Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh : 1456 } .


Úóäú ÚóÈúÏóÇááøóåö Èúäó ÚõãóÑó ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇõ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúãõÓúáöãõ ÃóÎõæ ÇáúãõÓúáöãö áóÇ íóÙúáöãõåõ æóáóÇ íõÓúáöãõåõ æóãóäú ßóÇäó Ýöí ÍóÇÌóÉö ÃóÎöíåö ßóÇäó Çááøóåõ Ýöí ÍóÇÌóÊöåö æóãóäú ÝóÑøóÌó Úóäú ãõÓúáöãò ßõÑúÈóÉð ÝóÑøóÌó Çááøóåõ Úóäúåõ ßõÑúÈóÉð ãöäú ßõÑõÈóÇÊö íóæúãö ÇáúÞöíóÇãóÉö æóãóäú ÓóÊóÑó ãõÓúáöãðÇ ÓóÊóÑóåõ Çááøóåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö

Ertinya : Daripada Saidina Abdullah r.a Bin Saidina ‘Umar r.a : Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Orang Islam itu adalah saudara bagi sesama orang Islam . Tidaklah boleh dia menzalimi saudaranya itu dan tidaklah boleh dia mengecewakannya . Dan sesiapa yang memenuhi permintaan saudaranya , maka Allah juga akan memenuhi permintaannya . Dan sesiapa pula yang melepaskan seseorang Islam itu daripada kesusahan / kesempitan , maka Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan daripada berbagai kesusahan di hari kiamat kelak . Dan sesiapa sahaja yang memelihara kehormatan seseorang Islam , Allah pula akan menjaga kehormatannya pada hari kiamat kelak “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Mazlim Wal Ghadob .


Úóäú ÌóÇÈöÑö Èúäö ÚóÈúÏöÇááøóåö ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ßõáøõ ãóÚúÑõæÝò ÕóÏóÞóÉñ

Ertinya : Daripada Saidina Jabir r.a Bin Saidina Abdullah r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w yang pernah bersabda : “ Setiap kebaikan itu adalah sedekah “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Adab .

Demikianlan berdasarkan apa yang kami ketahui secara sedikit , walhal Allah Ta’ala adalah Lebih Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
Jilid 2 , Hadis : 5676
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh

2 ~ FAIDHUL QADIR SYARH AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Abdul Rauf al-Manawi rh
Jilid : 4 , Hadis : 5676 , Halaman : 494
Terbitan : Darul Kutoob al-Ilmiyah , Beirut

3 ~ BULUGHUL MARAM
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Terjemahan : Al-‘Allamah Ustadz A. Hassan rh
Terbitan :CV Diponegoro , Bandung

4 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
01 / Jumadi Tsani / 1424 H
31 / Julai / 2003 M

ISNIN ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN { EDISI TAM


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí

***********************
SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN { EDISI TAMBAHAN }

{ 1 } ~ Kisah Pertama :

Setelah saya membaca jawapan di atas , terdetik pula dihati saya untuk menambah beberapa masalah , keterangan dan dalil . Ini disebabkan saya sebenarnya tidak berpuas hati 100 % dengan jawapan yang saya berikan di atas . Tidak puas hati itu bukanlah disebabkan saya mahu “ berlagak hebat “ ataupun “ berlagak pandai “ ( Wal ‘IyadzubilLahi Min Dzalik ) , tetapi sebagai menyokong apa yang pernah dinyatakan oleh Al-Imam ar-Raghib al-Asbahani rh :


ÅÐÇ Êãø ÔíÁ ÈÏì äÞÕå

Ertinya : “ Apabila sesuatu perkerjaan sudah selesai dilakukan , barulah kelihatan di manakah kekurangannya “ .

Dan kekurangan di dalam jawapan yang lalu saya nyatakan juga kepada webmaster kita , al-Fadhil Tuan Guru Zain ys , sebagai “ luahan hati “ dan “ memohon tunjuk-ajar “ daripada seorang guru ataupun “ mentor “ kepada muridnya yang masih baru belajar ini .

{ 2 } ~ Kisah Kedua :

Petang kelmarin , saya diziarahi oleh salah-seorang guru saya . Ketika kami berbual-bual , terlintas di fikiran saya untuk memohon beliau rh membuat sedikit koreksi dan komentar ke atas jawapan yang saya berikan di atas .

Lalu suasana berbual-bual kami yang pada asalnya adalah “ sembang-sembang biasa “ bertukar menjadi “ pengajian “ apabila beliau pun mencapai beberapa kitab di dalam bilik saya untuk dijadikan bahan ataupun topik perbahasan pada petang itu .

Dan SJ – 2794 : DAHAN PATAH MENIMPA RUMAH JIRAN { EDISI TAMBAHAN } adalah GABUNGAN berdasarkan dua sebab @ kisah di atas .

Jawapan tambahan itu boleh saudara-saudari dapati di bawah ini dan jawapan lama yang dikekalkan saya letakkan secara “ quote “ .

Dan dengan jawapan EDISI TAMBAHAN ini , maka jawapan yang dipegang adalah jawapan terkini ( EDISI TAMBAHAN ) dan jawapan lalu sengaja saya kekalkan agar saudara-saudari budiman semua boleh melihat perbezaan di antara jawapan terdahulu dengan jawapan terkini , dan dapat pula mengambil faedah dan manfaat daripada kedua-duanya .

Amin Ya Rabbal ‘Alamin . :doa

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Quote:
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Solid yang mengemukakan soalan di atas . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w mengenai perkara yang di atas :


Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúÚóÌúãóÇÁõ ÌõÈóÇÑñ æóÇáúÈöÆúÑõ ÌõÈóÇÑñ æóÇáúãóÚúÏöäõ ÌõÈóÇÑñ æóÝöí ÇáÑøößóÇÒö ÇáúÎõãõÓõ

Ertinya : Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda : “ ( Apa-apa ) yang berlaku disebabkan oleh binatang-binatang , adalah percuma ( sia-sia ) sahaja . ( Apa-apa ) yang ( jatuh ) ke dalam telaga , adalah percuma ( sia-sia ) sahaja . ( Apa-apa ) yang jatuh ke dalam gali-galian adalah percuma ( sia-sia ) sahaja dan pada harta rikaz itu hendaklah dikeluarkan zakat sebanyak 1/5 daripadanya “ ~ Hadis diriwayatkan oleh secara sepakat oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh ( Muttafaqun ‘Alaih ) , Al-Imam Malik rh ( 2 / 12 ‘Uqul ) , Al-Imam al-Bukhari rh ( 3 / 1499 ) , Al-Imam Muslim rh ( 3 / 1710 ) , Al-Imam An-Nasaie rh ( 5 / 2492 ) , Al-Imam at-Tirmizie rh ( 3 / 1377 ) , Al-Imam Abu Daud rh ( 4 / 4593 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 2509 ) , Al-Imam at-Thabrani rh di dalam “ Al-Kabir “ ( 17 / 6 ) dan Al-Imam as-Suyuthi rh di dalam “ As-Soghir “ ( 5676 ) .

Erti : “ PERCUMA SAHAJA “ ialah “ SIA – SIA “ di dalam hadis tersebut membawa erti bahawa apa sahaja kerosakan yang dilakukan oleh binatang , ataupun disebabkan jatuh ke dalam telaga , ataupun disebabkan jatuh ke dalam lubang yang digali untuk mencari gali-galian , maka si pemiliknya TIDAKLAH DIKENAKAN MEMBAYAR PAMPASAN atas kerugian yang diterima oleh orang yang ditimpa musibah itu .

Oleh itu , jika pohon Si A jatuh menimpa rumah Si B , maka BUKANLAH MENJADI TANGGUNG-JAWAB Si A untuk membayar kerugian yang dideritai oleh Si B , jika Si B tidak pula meminta ganti-rugi . Tetapi jika Si B meminta , wajib Si A membayarnya .

### Mengapa pula Si A wajib membayarnya apabila diminta oleh Si B , walhal itu bukanlah disebabkan oleh Si A ? .

Jawapannya :

{ 1 } ~ Disebabkan Si B itu menuntut sesuatu yang menjadi HAKnya .

{ 2 } ~ Walaupun dahan Si A yang patah BUKANLAH DISEBABKAN KESENGAJAAN Si A , namun dahan itu asalnya adalah hak Si A dan Si A juga memanfaatkan dahan dan pokok itu .

Maka setiap benda yang boleh memberikan manfaat kepada seseorang itu , maka benda itu juga boleh dijadikan sebagai sebab kerugian ( denda / bayaran pampasan ) bagi seseorang itu . Ini berdasarkan kaedah Fiqh di bawah :


ÇáÛÑã ÈÇáÛäã

Ertinya : “ Kerugian ( Denda ) Itu Berdasarkan Keuntungan ( Faedah ) yang didapati “ .

Maka sebagai mana Si A selama ini “ berseronok –seronok “ mengambil manfaat daripada pokok itu ( katakanlah pokok durian ) dengan memakan buahnya , maka begitulah juga ketika “ pokok itu mendatangkan masalah kepada Si A “ , mahu tak mahu , Si A kenalah juga membayar .

Kaedah Fiqh di atas turut juga digunakan untuk “ menimbang-nimbang “ masalah syarikat ( untung dan rugi dikongsi bersama oleh kesemua pemodal ) dan juga peperangan ( kalau kita menang kita mendapat keuntungan dan juga harta rampasan perang , dan kalau sebaliknya , harta-benda kita pula dirampas ) .

### Bagaimana pula jika pohon durian Si A itu memanglah sudah lama condong ke arah rumah Si B . Dan Si A pun telah dinasihati agar memotong dahan tersebut agar tidak mendatangkan masalah kepada jirannya ( Si B ) . Tetapi Si A tidak pula memotongnya , mungkin disebabkan dia malas ataupun mungkin disebabkan dia jenis orang yang “ tak ambil kisah “ .

Beberapa hari selepas itu , hujan pun turunlah dengan lebatnya dan tiba-tiba dahan itu pun patah dan menimpa atap / bumbung rumah jirannya ( Si B ) hingga berlubang bumbung rumah Si B .

Apakah Si A wajib membayar pampasan di atas kerugian yang dialami oleh Si B itu , sedangkan bukanlah itu perbuatan Si A , malahan hanyalah disebabkan cuaca ( hujan yang lebat dan angin yang kuat ) ? .

Jawapannya :

Yang jelas , Si A telah pun diberitahu bahawa dahan pokok duriannya itu MEMANG BOLEH MEMBAWA BAHAYA kepada jirannya , Si B .

Dan walaupun apa yang menimpa Si B di atas bukanlah disebabkan ( secara langsung ) oleh Si A , sebaliknya oleh cuaca , akan tetapi Si A tetap WAJIB MEMBAYAR PAMPASAN KE ATAS KERUGIAN Si B .

Cuaca yang buruk tadi adalah FAKTOR UTAMA ataupun PENYEBAB kerugian Si B secara LANGSUNG . Manakala KECUAIAN dan SIKAP TIDAK AMBIL PEDULI daripada Si A adalah FAKTOR KEDUA ataupun PENYEBAB yang turut menyumbang SECARA TIDAK LANGSUNG .

Cuaca buruk + kecuaian Si B ini PERLU DITIMBANG-TIMBANGKAN dan DIBANDINGKAN dengan beberapa kaedah fiqh di bawah ini :


ÅÊáÇÝ ÇáãÊÓøÈÈ ßÅÊáÇÝ ÇáãÈÇÔÑ Ýí ÃÕá ÇáÖãÇä

Ertinya : “ Kerosakan yang berpunca daripada penyebab adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh sebab utama ( sebab secara langsung ) , pada masalah jaminan ( pampasan ) “ ~ I’ELAM al-MUWAQI’EN oleh Ibnu Qaiyim al-Jauziyah rh ( 2 / 65 ) .


ÇáÛÑÇãÉ ÊÊÚáÞ ÈÇáãÈÇÔÑÉ æ ÈÇáÓÈÈ ÊÇÑÉ , æ ÊÇÑÉ ÈåãÇ

Ertinya : “ Denda itu bergantung kepada apa ( perbuatan ) yang menjadi faktor secara langsung , ataupun kadang-kadang bergantung pula kepada sebab , dan kadang-kadang bergantung pula kepada kedua-duanya “ ~MUGHNY ZAWIL AFHAM ‘ANIL KUTUB al-KATSIRAH FIL AHKAM , Fasal : Fi Qowa’id Kulliah Yatarattab ‘Alaiha Masail Fiqhiyah Fi Jami’e al-Fiqh , Cetakan : Matba’ah as-Sunnah al-Muhammadiyah , Kaherah ) .


ÌäÇíÉ ÇáÚÌãÇÁ ÌÈÇÑ

Ertinya : “ Kecelakaan yang disebabkan oleh binatang ternakan , adalah sia-sia “ ~ IHKAM al-AHKAM SYARH ‘UMDAH al-AHKAM ( 2 / 189 – 190 ) , oleh Al-Imam Ibnu Daqiq al-‘Eid rh dan AL-QAWA’IED al-FIQHIYYAH ( ms 406 ) , oleh : Al-‘Allamah Syeikh Ali Ahmad an-Nadwi , Darul Qalam , Damsyiq .

Quote:
Walaupun begitu , jika Si A bermurah hati dan tetap mahu membayar ganti-rugi walaupun pohon itu jatuh bukanlah disebabkan perbuatannya ataupun Si A tetap mahu membayar ganti-rugi kerana merasa bersalah ( disebabkan dia cuai sehingga pohonnya melepasi sempadan pagarnya lalu memasuki pagar Si B ) , maka itu adalah LEBIH BAIK dan LEBIH HAMPIR kepada ketaqwaan kepada Allah Ta’ala .

Lebih-lebih lagi , jika Si A itu membaca hadis-hadis berikut , sudah tentulah akan berdetik juga hatinya untuk membayar ganti-rugi yang dideritai oleh jirannya ( Si B ) itu :


Úóäú ÃóäóÓò Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó æóÇáøóÐöí äóÝúÓöí ÈöíóÏöåö áóÇ íõÄúãöäõ ÚóÈúÏñ ÍóÊøóì íõÍöÈøó áöÌóÇÑöåö Ãóæú ÞóÇáó áöÃóÎöíåö ãóÇ íõÍöÈøõ áöäóÝúÓöåö

Ertinya : Daripada Saidina Anas r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w yang pernah bersabda : “ Demi diriku yang berada di dalam tangan-Nya ( Allah ) , Tidaklah dianggap beriman seseorang hamba itu sehinggalah dia mencintai bagi jirannya ataupun saudaranya apa-apa jua yang disukai oleh dirinya “ ~ [/][/b] Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh { Bulughul Maram , oleh Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh : 1456 } .


Úóäú ÚóÈúÏóÇááøóåö Èúäó ÚõãóÑó ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇõ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ÇáúãõÓúáöãõ ÃóÎõæ ÇáúãõÓúáöãö áóÇ íóÙúáöãõåõ æóáóÇ íõÓúáöãõåõ æóãóäú ßóÇäó Ýöí ÍóÇÌóÉö ÃóÎöíåö ßóÇäó Çááøóåõ Ýöí ÍóÇÌóÊöåö æóãóäú ÝóÑøóÌó Úóäú ãõÓúáöãò ßõÑúÈóÉð ÝóÑøóÌó Çááøóåõ Úóäúåõ ßõÑúÈóÉð ãöäú ßõÑõÈóÇÊö íóæúãö ÇáúÞöíóÇãóÉö æóãóäú ÓóÊóÑó ãõÓúáöãðÇ ÓóÊóÑóåõ Çááøóåõ íóæúãó ÇáúÞöíóÇãóÉö

Ertinya : Daripada Saidina Abdullah r.a Bin Saidina ‘Umar r.a : Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Orang Islam itu adalah saudara bagi sesama orang Islam . Tidaklah boleh dia menzalimi saudaranya itu dan tidaklah boleh dia mengecewakannya . Dan sesiapa yang memenuhi permintaan saudaranya , maka Allah juga akan memenuhi permintaannya . Dan sesiapa pula yang melepaskan seseorang Islam itu daripada kesusahan / kesempitan , maka Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan daripada berbagai kesusahan di hari kiamat kelak . Dan sesiapa sahaja yang memelihara kehormatan seseorang Islam , Allah pula akan menjaga kehormatannya pada hari kiamat kelak “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Mazlim Wal Ghadob .


Úóäú ÌóÇÈöÑö Èúäö ÚóÈúÏöÇááøóåö ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåõãóÇ Úóäö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÇáó ßõáøõ ãóÚúÑõæÝò ÕóÏóÞóÉñ

Ertinya : Daripada Saidina Jabir r.a Bin Saidina Abdullah r.a , daripada Baginda Nabi s.a.w yang pernah bersabda : “ Setiap kebaikan itu adalah sedekah “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab al-Adab .

#### KOMENTAR SAYA :

Apa yang digambarkan di atas ialah jika Si B tidak mahu meminta pampasan daripada Si A terhadap apa yang dilakukan oleh pohon durian Si A yang patah lalu menimpa bumbung rumah Si B tadi .

Kalau Si B tidak minta pampasan , tidaklah wajib Si A membayarnya .

Tapi jika diminta , wajiblah Si A membayarnya .

Dan kalau Si A tu seorang yang “ berperi-kemanusiaan “ dan berhati baik , sudah tentu dia tetap akan merasa “ tidak kena “ selagi tidak memohon maaf ataupun membayar pampasan di atas kerugiaan yang dideritai oleh Si B tadi .

Tapi kalau Si B minta , dan Si A pula tidak mahu membayarnya . Maka hendaklah perkara itu dibawa kepada pihak hakim ( mahkamah ) .

Maka Tuan Hakim pula akan “ menimbang-nimbang “ perkara di atas berdasarkan beberapa masalah yang telahpun saya nyatakan sebelum ini di atas .

Demikianlan berdasarkan apa yang saya ketahui secara sedikit , walhal Allah Ta’ala adalah Lebih Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat serta yang benar-salah dan yang lebih benar .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh .
Jilid 2 , Hadis : 5676
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh

2 ~ FAIDHUL QADIR SYARH AL-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Abdul Rauf al-Manawi rh
Jilid : 4 , Hadis : 5676 , Halaman : 494
Terbitan : Darul Kutoob al-Ilmiyah , Beirut

3 ~ BULUGHUL MARAM
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Ibnu Hajar al-‘Asqolani rh
Terjemahan : Al-‘Allamah Ustadz A. Hassan rh
Terbitan :CV Diponegoro , Bandung

4 ~ AL-QAWA’IED al-FIQHIYYAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Ali Ahmad an-Nadwi ha
Halaman : 155 , 261 , 276 , 405 – 406 & 411 – 412
Terbitan : Darul Qalam , Damsyiq

5 ~ Penerangan Lisan Daripada Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah Kem. Waqaf , Mesir }


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
07 / Jumadi Tsani / 1424 H
06 / Julai / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum