Doakan Dialog Antara Dr MAZA dan Dr Kassim Ahmad Jadi Kenyataan

Dr MAZA - Dr Kassim Ahmad

Menurut FB DrMAZA.com:

Pihak Sinar Harian dan Majalah I sedang mengatur satu dialog terbuka antara Dr MAZA dan Dr Kassim Ahmad tentang isu hadis. Doakan semuanya berjalan lancar.

Untuk pengetahuan semua, Dr MAZA sebelum ini telah terbabit dengan beberapa dialog yang cukup terkenal, antaranya ialah dialog beliau dengan Astora Jabat sebanyak dua kali. Dan antara yang terkenal lagi ialah dialog beliau dengan Dr Abdul Aziz Hanafi.

Terdapat juga cabaran debat atau dialog dari seorang dua individu yang tidak dilayan oleh beliau. Antaranya ialah cabaran dari ustaz Abu Syafiq pemimpin Pertubuhan ASWAJA Malaysia. Ramai yang maklum mengapa beliau tidak melayan cabaran berkenaan.

Dr MAZA memang terkenal sebagai seorang yang petah berbicara, kuat hujah dan sandarannya serta mempunyai daya tarik melalui pidatonya.

Anda boleh tonton debat Dr MAZA dan Astora Jabat kali kedua di sini (playlist):

http://www.youtube.com/watch?v=XBqJUmshsaM&list=PL171A4A2AB23748EF

Manakala dialog dengan Dr Abdul Aziz Hanafi di sini (playlist):

http://www.youtube.com/watch?v=atu8wA5eH7c&list=PL50D5C5B5E7E9F636

 

Kategori Berita: