[Video Di Dalam] Hulurkan Bantuan Kilat! Asrama Lelaki Pondok Penanti Terbakar

Kebakaran Asrama Lelaki Pondok Penanti

Rabu, 25 Sept 2013 sekitar selepas Asar, kebakaran berlaku di asrama lelaki Madrasah Manabi'ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Punca kebakaran adalah masalah pendawaian.

Kepada para dermawan dan muslimin muslimat boleh menghulurkan bantuan kewangan untuk pembinaan asramu baru di akaun Maybank berikut:

007095211998 (MADRASAH MANABI'UL ULUM)

Berikut ini kenyataan dari YB Dr Norlela Ariffin ADUN Penanti melalui facebooknya:

Alhamdullilah kesemua 85 pelajar di asrama lelaki Sek Men Agama Manabi'ul Ulum selamat dari kebakaran secara tiba2 di asrama yg berlaku selepas solat Asar .. masa tu kesemua pelajar solat jemaah di madrasah.

Sek pondok ini ditubuhkan sejak 1932 dan asrama lelaki dan perempuan di bina pd 1988 oleh DS Anwar di Kubang Ulu. Di anggarkan ada 450 pelajar di mana 150 pelajar tinggal di asrama. Kebanyakkan pelajar dari keluarga susah.

Terima kasih dan jazakumullahukkhairan kpd Bomba BM, Bandar Perda, Bomba Sukarelawan BM di mk9 kg tanah liat, polis, TNB, penghulu dari pej daerah, JKM, Jkkk, PPS dan 4 pegawai saya. Pelajar di pindahkan tidur di madrasah di mana JKM bagi baju, selimut dan makanan selama 3 hari. Utk mlm ni, saya beri bantuan wang segera dan pegawai2 saya order nasi dari kedai nasi kandar markas kubang semang.

Bomba forensik kata terbakar sbb wiring .. wiring agak baru di pasang pada 2007. Asrama perempuan ada cctv. Anggaran kerosakkan rm300 ribu .. saya cadangkan pihak madrasah jual air mineral jenama madrasah supaya orang ramai boleh beli sambil menderma spt di surau saujana impian yg berjaya kutip rm500ribu semasa ramadhan utk bina sekolah baru. Orang ramai boleh datang ramai2 utk bantu dan derma kilat kpd sekolah 04 5212509.

Terima kasih kpd YB TKM1 dato' Rashid yg datang dan mempengerusikan mesyuarat bencana bersama saya, abg Non wakil DS Anwar, penghulu fuad dari pej daerah, pengerusi JKKK hj wahid dan SU/PIBG ust rashid, 3 pegawai JKM, pengetua sekolah ust ahmad mahdi, ust mansur dll.

 

Kebakaran Pondok Penanti


 

Sumber Video kebakaran di FB ustaz Abrar

 

Kategori Berita: