|
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi: JAKIM Perlu Perkenalkan Logo HARAM |
|
|
|
|
Written by Pena Islam
|
|
Thursday, 29 July 2010 13:06 |
1. Kini lambakan barangan atau produk haram bagi ummat Islam kian bertambah malah semakin membimbangkan ummat Islam . Lebih malang terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.
2. Fenomena ini mencetus kekeliruan dan memerangkap ummat Islam dalam persaingan dunia perniagaan yang tidak bertanggungjawab .
3. Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius perlu dilakukan oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama seperti JAKIM , pihak berwajib ini juga mesti berani untuk mengisytiharkan produk - produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan ummat Islam .
4. Setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal , saya kira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo Haram untuk menjauhkan masyarakat ummat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram .
5. Sebelum ini , telah banyak kali kita dengar pihak tertentu memalsukan logo halal untuk melariskan jualan mereka justeru mereka melihat logo halal boleh menarik orang untuk membeli barangan mereka biarpun tidak menepati piawaian barangan halal , sementara pihak JAKIM tidak mempunyai skuad yang memadai untuk membuat pemantauan yang serius.
6. Saya jangka , andainya JAKIM mengisytiharkan produk - produk tertentu yang tidak menepati piawaian halal sebagai produk tidak halal atau haram dan mewajibkan mereka menampal logo Haram jika mereka berkeras juga untuk menjual produk tersebut , peluang untuk lambakan barangan haram dipasaran akan menjadi lebih kecil . Pasti tiada siapa yang akan membeli barangan yang dilekatkan logo Haram jika mereka benar - benar mahu mencari produk halal di pasaran.
7. Sebahagian besar pengguna tidak mampu untuk mengenali dan mengetahui kod - kod barangan yang haram seperti produk yang mempunyai gelatin dan sebagainya termasuk produk haram yang diimport dari Israel. Kod - kod barangan yang mengandungi bahan - bahan haram hendaklah diganti dengan logo Haram .
8. Jika logo Haram dapat dikuatkuasa , maka mudahlah bagi JAKIM yang selalu menyatakan bahawa mereka mengalami kekurangan tenaga untuk memantau , justeru produk haram ini tidaklah sebanyak produk halal di pasaran .
9. Risiko pemalsuan logo Haram juga mungkin lebih kecil berbanding pemalsuan logo halal . Lantaran logo halal menarik perhatian pengguna sementara logo haram tentunya menjauhkan pengguna .
10. Kaedah Islam , asal sesuatu perkara [ produk ] ialah halal kecuali telah datang nas yang jelas mengharamkannya atau produk itu bercampur dengan bahan dan unsur haram . Ertinya yang haram ini jumlahnya jauh lebih kecil dari jumlah produk yang halal . Sepatutnya yang haram itulah diletakkan logonya iaitu Logo Haram bukan logo halal .
Link asal: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/07/jakim-perlu-perkenalkan-logo-haram.html
|
|
Last Updated on Thursday, 29 July 2010 13:16 |
Bagi saya, isu logo HALAL dan HARAM bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan untuk mengatasi lambakan barangan tidak halal di pasaran. Isu ini tidak akan selesai sekiranya umat Islam sendiri tiada kesatuan dalam memartabatkan produk halal keluaran umat Islam sendiri disamping mendidik umat Islam mengetahui kepentingan makanan halal itu untuk apa. Lebih-lebih lagilah isu logo ini tidak dapat menyelesaikan masalah jikalau badan yang bertanggungjawabkan mengambil kesempatan mengkomersialkan (perintah Allah) iaitu dikenakan bayaran tertentu untuk mendapatkan status HALAL bersama logonya. Bukan senang untuk berbuat kerana kepentingan Allah (Ikhlas).
Lambakan makanan tidak halal sepatutnya menjadi satu motivasi bagi umat Islam untuk mengeluarkan atau melambakkan produk halal sebanyak-banyaknya dan umat Islam sendiri perlu membantu dan menyokong produk-produk orang Islam maka dengan sendirinya produk Haram akan lumpuh secara tidak langsung. Kalau orang Islam masih bangga membeli produk keluaran bukan Islam, tidak ada ertinya logo halal dan haram dikuatkuasakan, ada macam tak ada. Sekadar Pandangan saya.
Walaupun produk muslim ada yang tidak halal 100%, sekurang2nya kita menyokong produk muslim dari produk bukan Islam.