Isu Pembunuhan Di Mesir: Dr MAZA Mengamuk Sakan Dengan Yang Kononnya Salafi

Semalam, tersebar dengan meluas berbentuk perkongsian atau print screen dari FB Dr Maza yang menegur dengan agak keras golongan yang mendakwa dirinya sebagai salafi, tetapi menghalalkan pembunuhan rakyat Mesir baru-baru ini. Beliau mengecam mereka sebagai pengikut dajal yang memakai jenama salafi.

Ini petikan dari FB beliau:

..di masa ini ada sesetengah pihak pengikut dajal yang memakai jenama salafi -kononnya- menghalalkan perbuatan rejim tentera yang membunuh rakyat Mesir..kononnya salaf tidak berpegang kepada demokrasi..apakah Allah, rasulNYA dan salaf merelakan rakyat dibunuh demikian rupa?!! Puak salafi jenis inilah yang menjadi jentera zionis tanpa sedar..mereka memutar belit nas-nas salaf..mereka memetik nas-nas mungkin benar tapi dengan maksud yang batil..kesesatan mereka makin menjadi-jadi..kerana ingin mengampu pemerintah dan parti yang mereka sokong, nama salaf dijual dengan murah.. [FB drmaza.com]

Manakala Abu Syafiq dari aliran Ahbash pula menuduh Syeikh Yusof al-Qaradhawi lah yang bertanggungjawab membakar masjid Rabi'atul Al 'Adawiyyah. Beliau mendakwa Syeikh al-Qaradhawi merupakan mufti dara perosak umat. Berikut ini petikannya:

YUSUF AL QARDAWI BAKAR MASJID

Yusuf Qardawi dialah yg membakar Masjid Rabi'atul Al 'Adawiyyah... Yusuf Qardawil lah yg hancurkan bumi Libya...Yusuf Qardawi lah yg membunuh ulama2 dan umat Islam kecil besar wanita org tua di Syria...

Kini dia mahu hancurkan Mesir pula..Mufti DAM! Mufti Darah Mufti Perosak umat Islam. -Demikian nukilan dari Tokoh2 Ilmuan Mesir [FB Abu Syafiq]

 

Apa yang dapat kita simpulkan ialah:

  • Kita sokong kritikan Dr Maza ke atas golongan ultra Salafi
  • Kita kecam kenyataan Abu Syafiq terhadap Dr Yusof al-Qaradhawi
  • Kita dapat lihat aliran keras dari aliran yang saling keras bermusuhan tetapi mempunyai satu titik persamaan dalam isu pembunuhan beramai-ramai rakyat mesir. Cuba anda renungkan...

 

Kategori Berita: