Kenyataan Aman Palestin Berkenaan Isu Hangat Poster Konsert Amal Lahad Datu & Palestin

Setelah heboh poster Konsert Amal Lahad Datu & Palestin anjuran YPC tersebar yang menyebabkan kemarahan sebahagian warga muslim dunia maya, terutamanya di FB, Aman Palestin semalam tampil membuat kenyataan rasmi di FB-nya.

Pihak Aman Palestin menafikan mereka terbabit sebagai penganjur bersama. Menurutnya, hanya diberitahu agar hadir untuk mengambil sumbangan pada majlis berkenaan. 

Bila ditanya di ruangan komen di FB-nya mengenai poster yang tersebar, bukan sahaja di internet tetapi juga kelihatan di akhbar KOSMO, pihak Aman Palestin menjawab: "Bukan kami yang design poster, dan kami juga terkejut bila dapat tahu."

Kita harap persoalan yang sebelum ini menjadi tanda tanya, terjawab dengan kenyataan dari pihak Aman Palestin sendiri.


 

Berikut ini kenyataan rasmi Pihak Aman Palestin (Rujuk FB Aman Palestin)

Assalamualaikum

1- Aman Palestin (AP) terpanggil untuk memberikan kenyataan mengenai Poster yang tersebar di internet berkenaan penganjuran sebuah konsert bersama dengan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC)

2- Adalah dimaklumkan bahawa AP langsung tidak terlibat dengan urusan dan anjuran konsert tersebut. Pihak AP hanya diberitahu supaya datang mengambil penyerahan sumbangan pada majlis yang akan diadakan oleh YPC.

3- AP hanya bekerjasama dengan YPC menyediakan tabung-tabung AP untuk diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah rangkaian YPC, surau dan masjid di sekitar Cheras. AP juga bersetuju hasil kutipan tersebut juga dibahagikan kepada YPC dengan syarat pemberitahuan ketika kutipan dijalankan mengenainya.

4- AP berharap supaya isu ini tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak dan memburukkan pihak-pihak lain.

5- AP amat menghargai segala usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi membantu Palestin. Isu Palestin adalah isu sejagat yang wajib diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia apatah lagi Umat Islam di Malaysia.

6- AP menghargai segala sumbangan kepada Rakyat Palestin melalui AP tidak kira latar belakang politik atau status para penyumbang. AP juga mengalu-alukan sumbangan dari non-muslim bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Diharap kenyataan ini dapat mencerahkan keadaan dan merungkaikan segala persoalan.

Sekian, terima kasih.

Aman Palestin

 

Poster inilah yang dimaksudkan. Tertera bahawa Aman Palestin sebagai penganjur bersama sedangkan pihaknya hanya dipanggil untuk mengambil sumbangan, bukan sebagai penganjur.

 [[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"469","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"960","typeof":"foaf:Image","width":"639"}}]]

Gambar berikut tersiar di akhbar KOSMO. Baca beritanya di sini [pautan]. Kelihatan poster yang mereka pegang sama dengan poster yang tersebar di kalangan warga maya:

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"470","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"457","typeof":"foaf:Image","width":"600"}}]]

 

Kategori Berita: