Kenyataan Penasihat Syeikhul Azhar Atas Pembunuhan Beramai-ramai Pro-Mursi Oleh Tentera

بيان د. حسن الشافعي مستشار شيخ الأزهر بشأن الأحداث دار الحرس الجمهوري

Dari FB Ustaz Zamri Zainal Abidin:

Berikut disiarkan terjemahan kenyataan penasihat Syeikhul Azhar terhadap pembunuhan ramai oleh tentera Pengawal Republik ke atas penunjuk perasaan pro-Mursi. Apakah suara ini akan merubah pendirian Syeikhul Azhar selepas ini? Kita doakan semoga selepas ini akan ada suatu gesaan khusus pula daripada Imamul Akbar, Dr. Ahmad At-Tayyib, Syeikhul Azhar.

 


(Terjemahan dari Ikhwanonline oleh Zamri Zainal Abidin)

Dr. Hassan El Shafei penasihat Sheikh Al-Azhar mengutuk pembunuhan ramai yang berlaku pada waktu subuh hari ini (8 Julai) di hadapan bangunan Pengawal Republik, mengumumkan menarik diri dari Suruhanjaya Penyelarasan Nasional, berkata: "Saya menolak untuk menjadi ahli jawatankuasa perdamaian ini selepas ia menumpahkan darah saudara-saudara saya."

Dr. Hassan El Shafei berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa plot rampasan kuasa telah dirancang dengan teliti dan telah ditetapkan 30 jam sebelumnya, bahkan sejak dari Dr Mohamed Morsi mula menjawat jawatan presiden. Beliau melontarkan pertanyaan: (Dalam kedudukan sekarang) Bagaimana saya boleh meminta mereka (penunjuk perasaan) untuk meninggalkan medan (tunjuk perasaan) selepas (melihat kepada) mangsa yang dibunuh semasa solat subuh? (Kemarahan mereka tidak dapat dibendung lagi).

Dr. El Shafei juga menuntut supaya semua saluran Islam dibenarkan beroperasi semula, berkata: Senjata-senjata yang mereka (perampas kuasa) temui di saluran-saluran Islam ini ialah senjata pemikiran intelektual dan senjata itulah yang mereka takuti. Beliau juga menekankan bahawa ia kuasa-kuasa penindasan dan pencerobohan tidak akan dapat diteruskan lagi kerana rakyat sudah tidak mengenali takut lagi setelah merasai rasa kebebasan dalam era Dr. Morsi.

Penasihat Sheikh Al-Azhar itu berkata: Revolusi 25 Januari tidak akan padam dan kekal diingati dalam hati orang-orang Mesir, dan sesiapa yang cuba menafikannya sebenarnya adalah orang yang jahat dan sesat, beliau juga menekankan bahawa penindasan terhdapa Islam tidak akan membawa membawa kejayaan kepada mereka.

Beliau yang menolak sama sekali penglibatan tentera dalam politik, berkata: Saya tidak redha tentera Mesir untuk terlibat dalam politik dan peranan mereka hanyalah untuk melindungi (keselamatan) tanah air, mengisytiharkan bantahan keras penahanan berterusan Presiden yang dipilih rakyat, Dr. Mursi.

Beliau mengutuk pembohongan media dan liputan akhbar (yang berat sebelah) ke atas peristiwa pembunuhan ramai waktu subuh, berkata: Pengamal media menggembar-gemburkan khabar angin bahawa penunjuk perasaan cuba menyerbu ibu pejabat Pengawal Republik, (tetapi apa yang) beliau terima berita sebenar daripada lebih 10 sumber telah menafikan tuduhan-tuduhan itu dan beliau menambah (pertanyaan) di mana peranan tentera yang menjaga keselamatan penunjuk perasaan (anti-Mursi) sebelum ini?

 

Kategori Berita: