BAB 7: KEGUNAAN MARTABAT TUJUH

Mengapakah ada pihak yang begitu ghairah dengan asal kejadian alam menurut falsafat Martabat Tujuh? Mengapakah mereka tidak ikut panduan al-Qur'an dan Hadith-Hadith Sahih tentang kejadian alam semesta ini? Mengikut falsafah Martabat Tujuh bahawa alam ini terjadi daripada ada kepada ada. Seluruh semesta alam ini terjadi daripada Nur Muhammad dan Nur Muhammad terjadi daripada Nur Allah. Maka inilah pegangan dan keimanan kami ahli Tasawuf Wahdat al-wujud.

BAB 6: MARTABAT TUJUH

Teori yang mengatakan kewujudan Muhammad sebelum kewujudan sesuatu bercanggah dengan nas-nas Qur'an dan Hadith-hadith Sahih seperti tersebut di atas iaitu awal kejadian ialah `Arasy, Air, tersebut iaitu lapan atau sembilan perkara semuanya, Nur Muhammad tidak termasuk. Kesimpulannya, Martabat Kedua iaitu Wahdat ini tidak boleh dipertahankan apabila dihadapkan ke hadapan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith yang sahih.

BAB 5: IBN `ARABI (1165 - 1240M) AI-JILI, AL-MIDRASI

Hubungan Dzat Allah itu dengan segala aneka alam makhluk yang ada ini, menurut ibn-'Arabi, diumpamakan Allah itu seperti badan, manakala alam yang berbagai-bagai ragam banyaknya ini adalah seperti segala anggota bagi badan itu tidak boleh berasingan tanpa badan. Maka rnenurut ibn-'Arabi, tajalli Dzat Allah hingga jadi hakikat segala yang ada ini bertanazzul (menurun) sampai kepada pengetahuan kita melalui tiga martabat (lapisan).

BAB 2: ISU MARTABAT TUJUH

Syaikh Ahmad Khatib menafikan bahawa Martabat Tujuh itu ada kaitan dengan Imam Ghazali dan beliau menyelar mereka yang melibatkan diri dengan Martabat Tujuh ini dengan mengatakan bahawa, "mereka melibatkan diri daripada golongan orang jahil, segalanya menyalahi Syari'at Nabi dan menjadikan bersatu Tuhan dengan hamba, dan tiada ia daripada kalam Imam Ghazali, ghalibnya kufur dengan Allah Ta'ala... dan tiada pula daripada perkataan orang alim, tetapi ia daripada perbuatan orang jahil yang melihat ia akan perkataan ahli Wahdat al-Wujud..."