Dr Abdul Basit: Kitab Al-Kabair Yang Bebas Dari Cerita Pelik dan Hadis Palsu Adalah Nakshah Yang Asli.

Primary tabs

al-Kaba'ir - Mistu

Dosa Besar 1 Mengenali Az Zahabi, Kitab dan Takrif DB

Dr Abdul basit telah menyebut perkara ini sekitar tahun 2011. Beliau menceritakan kehebatan al-Imam al-Zahabi rhm dalam bidang ilmu terutamanya dalam bidang ilmu hadis. AL-Imam Al-Zahabi halus dan begitu cermat.

Menurutnya lagi, al-Imam al-Zahabi dengan ketokohannya dalam bidang Hadis dam pengkritik hadis namun agak pelik kerana kitab al-Kaba'ir yang dinisbahkan kepadanya mengandungi cerita-cerita pelik dan ajaib yang terdiri dari hadis-hadis yang tidak sahih malah yang terlalu lemah.

Dr Abdul Basit mempunyai naskhah kitab al-Kaba'ir yang lain yang dibelinya di Madinah yang telah ditahkik oleh Syeikh Muhyuddin Mistu.

Menurut Syeikh Muhyiddin Mistu beliau menemukan manuskrip asal kitab al-Kaba'ir yang dibacakan dan ditashihkan oleh imam al-Zahabi kepada muridnya. Ia terdapat di perpustakaan al-Zahiriah. Dan inilah kitab al-Kaba'ir yang asli. Ia bebas dari cerita-cerita pelik dan hadis-hadis palsu.

Ini bermakna, berdasarkan tahkik Syeikh Mistu, naskhah yang bebas dari cerita-cerita pelik dan hadis palsu adalah nakshah yang asli. 

Kepada sesiapa yang mahukan naskah kitab yang ditahkik oleh Syikeh Muhyiddin Mistu boleh memuat turun fail PDF di:

http://www.archive.org/download/waq93403/0100.pdf

 

Kategori Berita: