Ustaz-Ustaz Bagus Kerana Tak Buat Maksiat, Namun Ramai Yang Suka Sebar Hadis Palsu

Barahut

Ustaz-Ustaz Bagus Kerana Tak Buat Maksiat, Namun Ramai Yang Suka Sebar Hadis Palsu

Disediakan oleh: zain-ys [FB]

Nota berdasarkan: Kuliah Maulana Muhammad Asri Yusof

Kitab: Mukadimah Sahih Muslim

Tarikh: 20/04/14

Tajuk: Hadis Maudhu'

Kredit rakaman video: Dokumentari Kuliah


[Minit 00:00:00]

  • Definasi Hadis Maudhu': Hadis yang direka-reka
  • Adakalanya hadis Maudhu' diambil dari ucapan seseorang kemudian dinisbahkan kepada Nabi s.a.w.
  • Contoh hadis: "Kami segolongan yang tidak makan melainkan apabila lapar. Dan tidak akan makan sehingga kenyang." Ia adalah ucapan tabib yang dinisbahkan kepada Nabi s.a.w.

 

[Minit 00:02:52]

  • Adakalanya hadis maudhu' itu direka sendiri kemudian diberikan sanad tertentu.

 

[Minit 00:03:20]

  • Ulasan masalah kisah telaga Barahut. Ia tidak perlu dihiraukan.
  • Walaupun kisah-kisah mengarut atau hadis Maudhu' terdapat di dalam kitab ulama hebat, perlu diteliti: Mengapa dan bagaimana ia dinyatakan. Kadangkala ia dinyatakan sebagai contoh sahaja.
  • Cukup besar dosa orang yang menyebarkan hadis Maudhu'

 

[Minit 00:04:38]

  • Imam-mam masjid, ustaz-ustaz yang gemar menyebarkan hadis-hadis Maudhu'
  • Dari satu sudut golongan ustaz-ustaz sangat baik kerana memelihara diri dari melakukan dosa dan maksiat, namun mereka mempunyai penyakit gemar menyebarkan hadis Maudhu'. Ia pada hakikatnya telah melakukan dosa besar.
  • Inilah tujuan imam Muslim membuat mukadimah kitab Sahih Muslim agar umat Islam faham bahawa periwayat-periwayat Hadis Maudhu' adalah golongan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan dan mereka tidak takut dengan Allah Taala.

 

[Minit 00:05:35]

  • Kebanyakan Hadis-hadis Maudhu' boleh dikesan kelemahannya melalui lafaznya. 
  • Orang yang mahu mendalami Hadis perlu membaca hadis-hadis Sahih dan juga hadis-hadis Maudhu'. Ini untuk mengetahui perbezaan yang ketara antara kedua-duanya.
  • Hadis-hadis Maudhu' lafaz-lafaznya tidak masuk akal. Contoh: "Terung itu menjadi penawar kepada apa yang diniatkan oleh pemakannya."

 

[Minit 00:08:14]

  • Apa hukum mereka-reka Hadis?
  • Ijmak ulama mengatakan haram hukumnya.
  • Pendapat ganjil golongan Al-Karamiyah dan ahli bid'ah membenarkan mereka-reka hadis untuk tujuan targhib (galakan melakukan kebajikan), tarhib (menakutkan orang dari melakukan maksiat) dan tentang kezuhudan. 
  • Contoh: Untuk menggalakkan orang membaca al-Quran, maka direka hadis tentang fadhilat surah-surah al-Quran.

 

[Minit 00:11:34]

  • Perbuatan menghalalkan perekaan hadis dan menyebarkannya telah diikuti oleh orang-orang jahil dari kalangan orang-orang zuhud dan ahli ibadah.
  • Kerana itu hadis-hadis Maudhu' banyak bertebaran di dalam kitab-kitab Tasauf.
  • Hampir tidak ada kitab-kitab Tasauf sehingga kitab mereka yang besar yang tidak ada hadis-hadis Maudhu'
  • Ia meninggalkan kesan yang besar sehingga ramai di kalangan umat Islam yang hidup dengan meninggalkan dunia.
  • Berdasarkan sejarah Islam, Islam dikembangkan di bandar bukan hutan atau di gua-gua.

 

[Minit 00:14:10]

  • Hadis-hadis Maudhu' direka dan disebar untuk menggalakkan manusia melakukan kebajikan.
  • Perbuatan golongan ini mereka-reka hadis dan menyebarkannya untuk tujuan di atas adalah kerja orang yang keterlaluan kebodohannya.

 

[Minit 00:15:05]

  • Bagaimana cara menolak golongan ini?
  • Memadai menolak mereka dengan hadis Mutawatir ini: Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di dalam neraka.

 

Kategori Berita: