Jika Guna Anjing Untuk Berburu Itu Dibenarkan, Untuk Bantu Orang Buta Bagaimana Pula?

mahomed-abraar-khatri

Dog in a Mosque

Guide dogs within Islam - Mahomed Khatri and his guide dog Vargo

Oleh: zain-ys

Kesimpulan fatwa yang saya terjemahkan di bawah ini adalah seperti berikut:

  • Syarak membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk tujuan menjaga tanaman dan perburuan.
  • Orang buta amat memerlukan khidmat anjing terlatih untuk membantunya. Keperluan ini lebih utama lagi berbanding keperluan berburu dan menjaga tanaman.
  • Jumhur ulama melarang memelihara anjing tanpa ada keperluan yang dibenarkan oleh syarak.
  • Oleh itu, penggunaan khidmat anjing terlatih oleh orang buta adalah dibenarkan menurut syarak.
  • Anjing najis atau tidak?
  1. Mazhab Malikiyah: Anjing termasuk air liurnya tidak najis.
  2. Mazhab Syafi;iyah: Anjing adalah najis.
  3. Pendapat rajih: Mazhab Hanafiyah & pendapat kedua Imam Ahmad: Bulu anjing suci & air liurnya najis.

 


FATWA: Penggunaan Khidmat Anjing Oleh Orang Buta

Terjemahan oleh: zain-ys

Soalan:

Apakah hukum syarak mengenai pengunaan khidmat anjing terlatih oleh orang buta sebagai jurupandunya. Di mana orang buta ini  menggunakan khidmat anjing ini dalam seluruh kehidupannya.

Jawapan:

Oleh: Dr Muhammad Sa'di

Tiada masalah bagi mereka yang hilang penglihatan untuk menggunakan khidmat anjing terlatih untuk membantunya. Allah telah menciptakan beberapa jenis anjing yang mempunyai daya kecerdikan yang tinggi. Dan manusia dapat menggunakan kecerdikan ini demi kemaslahatan mereka dalam memakmurkan mukabumi ini.

Khidmat anjing telah digunakan untuk tujuan menjaga, samada menjaga bangunan atau individu atau menjaga binatang.

Manusia telah melatih anjing-anjing untuk tujuan perburuan, dan syarak membenarkan penggunaan anjing terlatih untuk tujuan perburuan dan penjagaan.

Begitu juga di sana terdapat latihan khas yang diberikan kepada anjing untuk tujuan membantu orang-orang buta yang tidak mendapat nikmat melihat. Jenis latihan yang diberikan ini mampu menjadikan anjing berkenaan sebagai pembantu yang taat kepada tuannya yang buta. Anjing ini (antara khidmatnya) ialah membuka pintu bilik, mengangkat telefon, mengambilkan kunci, mematikan dan menghidupkan lampu rumah dan sebagainya.

Memelihara anjing untuk keperluan orang buta adalah satu bentuk keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Kerana keperluan orang buta terhadap anjing terlatih telah menempati kedudukan darurat. Dan pada kedudukan darurat seperti ini, dihalalkan apa yang diharamkan.

Keperluan yang khusus mengharuskan perkara yang diharamkan. Dan jika Allah telah membenarkan penggunaan anjing untuk tujuan perburuan agar ia dapat memenuhi keperluan pemburu, maka penggunaan anjing untuk tujuan khidmat orang buta adalah lebih utama lagi.

Kerana inilah, maka tidak mengapa bagi orang buta memelihara anjing terlatih. Dan Sultanul Ulama al-Izz bin Abdus Salam  di dalam qawa'idinya:

"Bahawasanya tidak boleh memelihara anjing melainkan kerana keperluan yang mendesak seperti menjaga tanaman, binatang ternak dan usaha perburuan."

Jumhur ulama berpendapat haram memelihara anjing tanpa tanpa keperluan yang dibenarkan syarak. Dan yang demikian itu sabda Nabi s.a.w. riwayat Bukhari & Muslim:

"Barangsiapa yang memelihara anjing bukan untuk tujuan menjaga tanaman atau menggembala ternakan, maka akan berkurang dari amalannya satu qirath."

 

Mengenai kesucian dam kenajisan anjing, para fuqaha telah berselisih pendapat:

  • Malikiyah: Anjing suci termasuklah air liurnya.
  • Mazhab al-Syafi'i: Anjing adalah najis termasuklah bulunya.
  • Dan yang rajih ialah bulu anjing adalah suci dan air liurnya adalah najis. Ini adalah pendapat mazhab Hanafiah dan riwayat kedua dari Imam Ahmad bin Hanbal.

Wallahu A'lam

Sumber: http://www.onislam.net/arabic/ask-the-scholar/8240/54292-2004-08-01%2017...

 


 

Teks asal fatwa:

استخدام المكفوفين للكلاب

بسم الله الرحمن الرحيم ما هو الحكم الشرعي في استخدام الكلاب المرشدة من قبل المكفوفين، علما بأن تلك الكلاب المرشدة مدربة جيدا و يستخدمها المكفوفون في جميع شؤون حياتهم وهي مفيدة لهم إلى حد كبير تغنيهم عن المساعدة البشرية بدرجة مشهود لها؟ 

 

الاجابه:

الدكتور محمد سعدي 

بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد:

لا حرج على من فقد بصره أن يستخدم الكلاب المدربة لمساعدته، وقد خلق الله أنواعا من الكلاب تتمتع بذكاء عالٍ، وقد استثمر الإنسان هذا الذكاء لمصلحته في إعمار الأرض وغيرها.

وقد استخدمت هذه الكلاب في الحراسة، سواء أكانت حراسة المنشآت أم حراسة الأشخاص أم حراسة الحيوانات.

كما درَّب الإنسان الكلاب من أجل استخدامها في صيد البر، وقد أباح الشرع الحنيف استخدام الكلاب في الصيد والحراسة، كما أنَّ هناك تدريب خاص للكلاب من أجل مساعدة المكفوفين الذين حرموا من نعمة البصر، وهذا اللون من التدريب يجعل الكلب خادما مطيعا لصاحبه المكفوف، فيقوم بفتح أبواب الغرف، وإحضار التليفون والمفاتيح، وإطفاء وفتح أنوار المنزل...إلخ

واقتناء الكلب من أجل حاجة الكفيف اقتناء مشروع، لأنَّ حاجة الأعمى لهذا الكلب المدرب ينزل منزلة الضرورة، وهذا التنزيل يعني أنه يبيح ما كان محظورا، فالحاجة الخاصة تبيح المحظور، وإن كان الله قد أباح استخدام الكلب في الصيد لكي يلبي حاجة من يصطاد فاستخدامه في هذه الحالة التي نحن بصددها أولى .

وعلى هذا فلا بأس من اقتناء الأعمى لهذا الكلب المدرَّب، وقد ذكر سلطان العلماء العز بن عبد السلام في قواعده أنه لا يجوز اقتناء الكلاب إلا لحاجة ماسة كحفظ الزرع والمواشي واكتساب الصيود .

وجمهور العلماء على حرمة اقتناء الكلاب لغير حاجة مشروعة، وذلك لقوله صلى الله عليه وسلم: " من اقتنى كلباً لا يغني عنه زرعاً ولا ضرعاً نقص من عمله قيراط" رواه البخاري ومسلم .

وأما طهارة الكلب ونجاسته فقد اختلف فيه الفقهاء: فقال المالكية بأنَّه طاهر حتى ريقه، ومذهب الشافعيّ أنه نَجِس حتى شعره .

والراجح أن شعره طاهر وريقه نجس وهو مذهب الحنفية، والرواية الثانية عن الإمام أحمد بن حنبل .

 

والله أعلم.

 

 


 

Ulama Malaysia izinkan muslim buta gunakan anjing penuntun

Merdeka.com - Ulama asal Negara Bagian Perlis, Malaysia, Juanda Jaya, mengatakan tidak ada aturan dalam Islam melarang penggunaan anjing untuk menuntun orang buta.

"Menggunakan anjing penuntun sudah terlatih diizinkan oleh agama, termasuk dalam mazhab Syafi'i yang dianut umat muslim di negara ini," kata Juanda kepada surat kabar the Straits Times, seperti dilansir situs asiaone.com, Senin (7/1).

Dia mengatakan Islam tidak mempermasalahkan penggunaan anjing untuk berbagai tujuan, seperti berburu, menjaga, dan sebagai anjing penuntun.

Juanda mengatakan dirinya tidak mengerti kenapa muslim tuna netra di Malaysia tidak diperbolehkan menggunakan anjing penuntun. Dia menyebut masih ada kebingungan dalam melihat aturan secara terperinci serta status anjing dalam Islam.

"Orang harus belajar membedakan antara agama dan budaya dalam mengambil keputusan di kehidupan mereka dan jangan serta merta mengikuti secara membabi buta apa yang dikatakan orang itu adalah aturan Islam," ujar dia.

Presiden Dewan Fatwa Malaysia Tan Sri Abdul Shukor Husni mengatakan memang tidak ada fatwa khusus mengenai anjing penuntun bagi orang buta. "Ini lantaran kita tidak menerima banyak permintaan dari berbagai pihak terhadap masalah ini yang meminta untuk membuat fatwa terkait anjing penuntun."

Namun, dia mengatakan, jika nantinya ada permintaan dan pihaknya melihat memang perlu mengeluarkan fatwa terkait anjing penuntun, maka dia akan melakukan pertemuan dan membahas masalah ini. Dia juga meminta kepada umat muslim yang merasa khawatir dengan masalah ini agar melapor.

Anjing penuntun merupakan salah satu jenis anjing paling dicari setelah anjing pendamping. Anjing penuntun sudah dilatih sejak masih kecil agar dapat menjadi mata dan telinga majikannya.

Anjing penuntun juga dilatih untuk meningkatkan mobilitas para tuna netra dan dipercaya dapat membantu mereka menjadi lebih mandiri dalam menjalani kehidupan.

Sementara itu, ulama dari Negara Bagian Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, mengatakan umat muslim boleh memelihara anjing jika memang sudah terlatih menjadi anjing penjaga, seperti untuk menjaga kebun atau rumah.

"Dalam hadist memang dikatakan malaikat tidak suka dengan gonggongan anjing dan tidak mau memasuki rumah di mana anjing itu disimpan. Namun, itu bukan berarti kita tidak boleh memelihara anjing untuk keperluan lain," ucap dia.

Dia menyebut umat muslim diperbolehkan memelihara anjing asalkan anjing itu tidak dimasukkan ke dalam rumah dan harus segera bersuci jika menyentuh liur anjing. "Bersuci adalah mencuci kulit yang terkena liur dengan air enam kali dan dengan campuran air dan tanah."

 

Sumber: http://www.merdeka.com/piala-dunia/ulama-malaysia-izinkan-muslim-buta-gu...