SJ-04-0123 : Masalah solat orang yang sering terkentut

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 02/05/2015 - 10:14am
SJ-04-0123 : Masalah solat orang yang sering terkentut

Assalamualaikum.saya ingin bertanya tentang perkara yang membatalkan solat. seperti yang diketahui, hadas kecil akan membatalkan solat seperti kentut. soalan saya, jika seseorang itu sering terkentut tetapi dalam solat dia menahan dan yakin, adakah solat itu batal?Soalan ke dua, jika merasai angin berbiji seperti kentut tetapi melalui arah hadapan badan apabila rukuk atau sujud, adakah itu kentut? Solat masih boleh diteruskan atau batal?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0123 : Masalah solat orang yang sering terkentut

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Menurut mazhab Syafie dan Hanbali, keluarnya sesuatu dari laluan depan atau belakang (kemaluan) membatalkan wudhu'; seperti tahi, air kencing, angin, darah, dsb. (lihat al-Majmu' Imam Nawawi, 2/3, al-Mughni, 1/125). Bagi Mazhab Maliki dan Hanafi, jika angin tersebut keluar dari arah depan (zakar), ia tidak membatalkan wudhu' (lihat - Radd al-Muhtaar ‘ala ad-Durr al-Mukhtaar, 1/136).

Dalam kes diatas, seseorang itu menahan dan yakin akan tidak keluar angin, dengan memastikan tidak terdapatnya "bunyi" dan "bau", maka wudhu' tersebut tidak batal. Kerana Nabi :saw bersabda :

لَا وُضُوءَ إِلَّا مِنْ صَوْتٍ أَوْ رِيحٍ
"Tidak berwudhu' melainkan wujudnya bunyi atau bau" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi].

Didalam membicarakan hal ini, Imam al-Tirmudzi memetik kata2 Abdullah ibn al-Mubarak, "jika seseorang syak tetapi tidak pasti samada angin telah keluar atau tidak, dia tidak perlu mengambil wudhu', melainkan dia yakin dan boleh bersumpah dengannya".

Bagi soalan yang kedua, angin yang keluar dari bahagian depan melalui kemaluan menurut Mazhab Syafie membatalkan wudhu' apabila terdapatnya bau atau bunyi.

---------------------------
Bagi mereka yang sentiasa keluar angin, yang tidak  boleh dikawal, maka hukumnya jatuh kepada hukum wudhu' orang-orang yang uzur; seperti tidak tus kencing, istihadah, angin yang sentiasa keluar, dsb. Apa yang perlu dilakukan adalah, setiap kali masuk waktu solat, hendaklah dia mengambil wudhu' dan dibenarkan melakukan solat wajib dan seberapa banyak solat sunat, dan tidak perlu memperbaharui wudhu' walaupun angin masih keluar. Ini merupakan satu keringan yang diberikan kepada mereka yang mempunyai keuzuran atau kesukaran (masyaqqah) ini. Firman Allah swt :-

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ 
“Dan tidak dijadikan keatas kamu dalam agama suatu kesempitan” [Surah al-Hajj: 78]. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين