Bahan dalam produk kosmetik

Primary tabs

1 post / 0 new
Bahan dalam produk kosmetik

Assalamualaikum,Saya di sini ingin menanyakan soalan berkenaan dengan tajuk yang tertera. Baru-baru ini saya telah membeli satu produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa was-was (Magnesium stearate) di mana bahan ini boleh diperolehi sama ada dari binatang (berkemungkinan boleh didapati dari khimzir, lembu, biri-biri dll) atau dari tumbuh-tumbuhan. Tiada maklumat yang specific berkenaan kandungan ini dalam produk kosmetik itu sendiri. Jadi, saya sendiri tidak tahu asal-usul bahan tersebut.Tetapi, saya sudah memakai produk kosmetik tersebut sebelum mengetahui kandungan di dalam produk. Adakah patut saya taharah muka dan tangan saya walaupun saya tidak tahu asal-usul produk kosmetik itu dicipta? Perlukah saya taharah barang yang pernah disentuh dengan tangan dalam keadaan basah? Atau adakah ini hanyalah was-was saya sahaja?Saya amat mengharapkan jawapan yang dapat membantu saya. Semoga Allah merahmati panel ustaz2 yang mengendali forum ini.