Keyakinan Rufaqa: Rijalul Ghaib/Roh Muqaddas (dengan teks)

Teks dari video: Rijal-rijal Ghaib yang membantu perjuangan kita antaranya malaikat. Antaranya Jin Islam. Antaranya roh-roh muqaddas. Roh-roh orang soleh yang meninggal yang rohnya itu berperanan dalam perjuangan ini sebagai rijalul ghaib. Mana kita nak nafikan.

Pemimpin-pemimpin dalam jamaah inipun Abuya bekalkan dengan rijalul ghaib. Mana pergi ada yang melindung. Banyak kerja-kerja jamaah yang kita tak boleh buat, rijalul ghaib tolong buat. Boleh jadi dia malaikat. Boleh jadi dia jin Islam. Boleh jadi dia roh muqaddas.

Dakyah sesat Rufaqa (rakaman video) - 2

Dakyah-dakyah sesat yang disampaikan oleh Mejar Abu Zar di dalam satu majlis yang diadakan di Kajang. Menyifatkan ABUYA kadang-kadang seperti Nabi (wahyu), Malaikat (mencabut nyawa) dan Tuhan (membenarkan Allah mencabut nyawa orang tertentu). Astaghfirullah. Semuanya berlaku kerana kelemahan pihak berwajib, sehingga Rufaqa kita berleluasa menonjolkan diri. Lihat video: Rufaqas site

Dakyah sesat Rufaqa (rakaman video) - 1

Dakyah-dakyah sesat yang disampaikan oleh Mejar Abu Zar di dalam satu majlis yang diadakan di Kajang. Menyifatkan ABUYA kadang-kadang seperti Nabi (wahyu), Malaikat (mencabut nyawa) dan Tuhan (membenarkan Allah mencabut nyawa orang tertentu). Astaghfirullah. Semuanya berlaku kerana kelemahan pihak berwajib, sehingga Rufaqa kita berleluasa menonjolkan diri. Lihat video: Rufaqas site

POLEMIK TAFSIR DI ANTARA KAUM TUA DAN KAUM MUDA DI NEGERI KELANTAN

Petikan: Menariknya, sekalipun Tuk Kenali kelihatan berminat dengan pemikiran-pemikiran Kaum Muda, beliau tidak pula menampakkan kecenderunggannya kepada Kaum Muda di dalam masalah hukum-hakam[38]. Beliau yang dikenali sebagai seorang ulama yang tidak suka melibatkan diri di dalam isu-isu kontroversi seringkali mendiamkan diri di dalam persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Kaum Muda. Malah murdi-murid beliau sendiri yang seterusnya menjadi ulama-ulama terkemuka di negeri Kelantan seperti Haji Idris (meninggal 1927), Haji Abdullah Tahir bin Haji Ahmad (1897-1961) dan Haji Yaakob Legor dikenali sebagai golongan yang paling kuat menentang fahaman Kaum Muda.

Fatwa al-Qaradhawi: Tiada Bidah Hasanah

Qaradawi

Sering dikatakan bahawa membukukan al-Quran dan al-Hadis itu sebagai bidah hasanah. Bila Nabi yang mulia s.a.w. menyatakan "Sesungguhnya setiap bidah itu saiyiah/keji", maka apakah mungkin ada bidah lain dari bidah yang keji. Apakah ada apa yang dinamakan sebagai bidah hasanah. Dalam suatu perkara, apabila ada di sana dalil yang boleh disandarkan, samada secara umum atau secara khusus apakah perkara itu kita masih lagi mahu menamakannya sebagai bidah.. Tetapi bidah hasanah.

Kategori Berita: 

Fatwa Al-Bouty: Tiada Bidah Hasanah..

Terjemahan oleh: zain y.s

Soal: Saya telah terbaca kata-kata di dalam buku anda (al-Islam Mulaz Kulli al-Mujtamaat al-Insaniah) dengan tajuk ( Laisa Kullu Jadid Bidah). Di dalamnya anda menyatakan bahawa di dalam Islam tidak terdapat apa yang dinamakan sebagai Bidah Hasanah atau Saiyiah. Dan saya dapati perkataan anda ini telah bercanggah dengan apa yang ditulis oleh al-Nawawi di dalam kitab Syarhun Nawawi Ala Shahih Muslim, ketika beliau menjelaskan Hadis-hadis tentang Bidah. Dan juga bercanggah dengan tulisannya di dalam kitab Tahzib al-Asma Wal Lughaat. Bahkan beliau (al-Nawawi) membahagikan Bidah itu kepada 5 bahagian: Wajib, sunat, makruh dan seterusnya...

Al-Imam Ibnu Hajar juga telah menyatakan begitu di dalam kitabnya Fathul Bari ketika menjelaskan tentang hadis-hadis Bidah solat Tarawih. Begitu juga dengan al-Imam al-Izz bin Abdus Salam di dalam kitabnya Qawaidul Ahkam.

Apakah sebenarnya penjelasan di sebalik ini semua?

Cara Riwayat Hadis Yang Kita Lupa Lafaznya Tapi Ingat Maksudnya

Mustalah Hadis

Petikan: "Apabila seseorang itu meriwayatkan hadis dengan makna, maka hendaklah dia berkata selepasnya dengan suatu perkataan yang dapat menggambarkan bahawa periwayatan itu adalah dengan makna, seperti: Au Kama Qala (Atau sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.) "

Kategori Berita: 

Benarkah Khadam ayat bukan manusia, jin atau malaikat?

Petikan: "Menurut Umar Sulaiman (1985:87) lagi, pengulas at-Tahawiyah menyebutkan tentang adanya golongan syaitan yang dipanggil oleh manusia sebagai rijalul ghaib. Ada orang yang pernah bercakap dengannya dan menghasilkan sesuatu yang luar biasa, sehingga mereka menyangka bahawa makhluk tersebut adalah wali-wali Allah.

Mereka pada hakikatnya adalah teman-teman kaum musyrikin daripada golongan jin. Mereka dinamakan ``rijal seperti yang tersebut dalam firman Allah (al-Jinn: 6): Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang lelaki (rijal) di antara jin, maka jin-jin itu menambah lagi mereka dosa dan kesalahan."