Apa Pendapat Ustaz-ustaz Tentang Hadis Kelebihan Tarawih Setiap Malam

Info Audio Video: 
Koleksi pandangan tokoh-tokoh Islam mengenai kelebihan sembahyang Tarawih setiap malam. Ikuti pandangan Ustaz Azhar Idrus, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Syed Mohd Norhisyam dan Dr Fathul Bari
Deskripsi: 

Koleksi pandangan tokoh-tokoh Islam mengenai kelebihan sembahyang Tarawih setiap malam. Ikuti pandangan Ustaz Azhar Idrus, Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Syed Mohd Norhisyam dan Dr Fathul Bari

Hadis Tentang Maulid Adalah Hadis Maudhu' - Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad Mufti Johor

Fatwa Allahyarham Dato' Syed Alwi bin Tahir al-Haddad

Kalau nak sambut dan nak mempertahankan sambutan Maulid Nabi s.a.w., janganlah sampai gunakan Hadis-hadis palsu. Hukum menyambut maulid itu masih lagi di sana terdapat perbincangan di kalangan para ulama, samada dibenarkan atau tidak. Namun berhujah menggunakan hadis maudhu' (palsu) atau menyebarkannya sudah disepakati tidak dibenarkan

Kategori Berita: 

Maulana Asri Yusoff: Buku Unik & Pelik Tentang Sirah Nabi Selepas Kewafatannya

Info Audio Video: 
Perempuan bukan Islam bermimpi Rasulullah s.a.w. mengislamkannya, keesokannya, dia boleh membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dengan baik. | Seseorang bermimpi Rasulullah s.a.w. membaca di mulutnya, seumur hidupnya mulutnya berbau wangi
Deskripsi: 

Maulana Muhammad Asri Yusoff menceritakan mengenai sebuah buku unik berbahasa Urdu. Tidak pernah ada kitab yang seumpamanya pernah ditulis. Ia tentang sirah Nabi s.a.w. Apa yang unik ialah, jika kitab sirah biasa, ia mengandungi perjalanan hidup Baginda s.a.w. sepanjang hidupnya. Dari saat Baginda s.a.w. dilahirkan sehinggalah diwafatkan. Namun kitab ini memuatkan kisah-kisah Nabi s.a.w. selepas kewafatannya. Iaitu kisah-kisah pelik dan ganjil mereka yang pernah bertemu Nabi s.a.w. di dalam mimpinya.

Berikut ini antara kandungannya secara ringkas:

  • Mimpi Rasulullah s.a.w. tertarik terhadap kitab-kitab tertentu
  • Mimpi Baginda s.a.w beri isyarat agar untuk lakukan di suatu tempat seperti sekolah dan sebagainya.
  • Bertemu dengan Rasulullah s.a.w. sebelum mereka memeluk Islam
  • Bermimpi Rasulullah s.a.w. minta agar lihat apa yang berlaku di kubur Mirza Ghulam Ahmad
  • Dalam mimpi Rasulullah s.a.w. memanggil mereka ke Madinah dan orang itu pergi ke Madinah.
  • Mimpi Rasulullah s.a.w. menyapu tubuhnya dengan air liur Baginda, dan tuubuhnya berbau harum
  • Bermimpi Rasulullah s.a.w. mengatakan mereka akan memenangi peperangan, dan ia jadi kenyataan
  • Perempuan bukan Islam bermimpi Rasulullah s.a.w. mengislamkannya, keesokannya, dia boleh membaca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas dengan baik.
  • Seseorang bermimpi Rasulullah s.a.w. membaca di mulutnya, seumur hidupnya mulutnya berbau wangi
  • Jangan bermain-main mendakwa bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. kerana buruk akibatnya
  • Seorang yang sakit mulut bermimpi Rasulullah s.a.w. beri petunjuk makan labu air, dan dia sembuh
  • Imam al-Bukhari bermimpi menghalau lalat dari Rasululah s.a.w. sebagai isyarat akan menulis Sahih al-Bukhari

 

I'lam al-Muwaqqi'in: Kitab Usul Feqh Untuk Aliran Ahli Hadis.. Dengar Penjelasan Maulana Asri

Info Audio Video: 
Siapa yang belum memiliki kitab karya Imam Ibnu Qayyim yang satu ini, mesti segera mencarinya di kedai-kedai buku. Ia telahpun diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu/Indonesia. Ia antara karya agung imam ini.
Deskripsi: 

Siapa yang belum memiliki kitab karya Imam Ibnu Qayyim yang satu ini, mesti segera mencarinya di kedai-kedai buku. Ia telahpun diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu/Indonesia. Ia antara karya agung imam ini. Sangat masyhur dan sangat bagus. Amat rugi jika kita tidak pernah membacanya.

Jika masing-masing mazhab ada kitab usul feqhnya, maka kitab usul feqh bagi aliran Ahli Hadis adalah kitab ini.

Apa makna I'lam al-Muwaqqi'in? Maulana akan menjelaskannya di dalam video berikut ini.

Untuk edisi ebook (pdf) anda boleh download 4 jilid lengkap kitab I'lam al-Muwaqqi'in terjemahan Indonesia di sini [DOWNLOAD]

Surat Hatib bin Abi Baltaah Kepada Quraisy Dipintas.. Apakah Beliau Seorang Munafiq?

Info Audio Video: 
Ringkasannya seperti berikut: Nabi s,a.w. mengutus Ali r.a. dan rakan-rakannya untuk memintas perjalanan seorang wanita yang merupakan seorang perisik phak kafir Quraisy. Misi yang Nabi s.a.w. berikan ialah mendapatkan sepucuk surat dari perisik berkenaan
Deskripsi: 

Penjelasan oleh Maulana Muhammad Asri ketika mensyarahkan Bab: Jasus (perisikan) dalam kitab Sahih al-Bukhari.

Ringkasannya seperti berikut:

  • Nabi s,a.w. mengutus Ali r.a. dan rakan-rakannya untuk memintas perjalanan seorang wanita yang merupakan seorang perisik phak kafir Quraisy.
  • Misi yang Nabi s.a.w. berikan ialah mendapatkan sepucuk surat dari perisik berkenaan.
  • Setelah ditangkap dan disiasat mereka berjaya mendapatkan surat berkenaan dan ia dibawa kepada Nabi s.a.w.
  • Apabila dibuka surat berkenaan, didapati ia adalah surat dari Hatib bin Abi Baltaah kepada beberapa kafir Quraisy di Mekah
  • Apakah tindakan Rasulullah s.a.w. terhadap beliau? Apakah benar beliau munafiq?

 

Hadis 40: 40. Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing **

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memegang kedua pundak saya seraya bersabda: "Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara", Ibnu Umar berkata: "Jika kamu berada di sore hari jangan tunggu pagi hari, dan jika kamu berada di pagi hari jangan tunggu sore hari, gunakanlah kesehatanmu untuk (persiapan saat) sakitmu dan kehidupanmu untuk kematianmu."