Radio al-ahkam.net: Ikuti Pengajian Lengkap Tentang Ta'bir Mimpi Sahih al-Bukhari

 

Anda boleh dengar juga terus di shoutcast.com [LINK]

Atau di page berikut [LINK]

  • Pihak al-ahkam.net akan menyiarkan melalui Radio al-ahkam.net syarah lengkap tentang ta'bir mimpi dari Kitab Sahih al-Bukkhari oleh Maulana Muhamad Asri Yusof.
  • Syarahnya mengandungi 48 bab dan telah disyarahkan oleh Maulana Asri dalam 8 sessi kuliah atau lebih dari 8 jam.
  • Ia mula akan disiarkan mulai 17 Feb 2013 (Ahad 8.15 malam) hingga 24 Feb 2013 (Ahad). Dalam tempoh ini ia akan terus diulang-ulang.


Berikut ini adalah isikandungan bab-bab bagi setiap sessi:
Sessi 1:
Kitab Ta'bir (Mimpi)
Bab: Wahyu yang mula-mula diberi kepada Rasulullah s.a.w. merupakan mimpi yang baik
Bab: Mimpi yang baik
Bab: Mimpi yang baik/benar itu daripada Allah
Bab: Mimpi yang baik itu satu juzuk daripada 46 juzuk kenabian
Bab: Perkara-perkara yang menggembirakan
Bab: Mimpi Nabi Yusof a.s.
Bab: Mimpi Nabi Ibrahim a.s.
Bab: Sepakat beberapa orang dengan mimpi yang serupa
Bab: Mimpi orang yang berada di dalam penjara, orang yang tidak baik dan orang musyrik

Sessi 2:
Bab: Sesiapa yang bermimpi bertemu Nabi s.a.w. di dalam tidurnya
Bab: Mimpi pada waktu malam
Bab: Mimpi pada waktu siang

Sessi 3:
Bab: Mimpi pada waktu siang
Bab: Mimpi wanita
Bab: Mimpi yang buruk dari syaitan
Bab: Mimpi susu
Bab: Mimpi susu keluar dari hujung anggota atau jari-jarinya
Bab: Mimpi baju
Bab: Mimpi kehijauan dan taman yang kehijauan
Bab: Mimpi ditunjukkan perempuan

Sessi 4:
Bab: Baju sutera di dalam mimpi
Bab: Mimpi kunci di tangan
Bab: Mimpi tiang khemah
Bab: Mimpi sutera dan masuk syurga
Bab: Mimpi terikat
Bab: Mimpi air mengalir

Sessi 5:
Bab: Mimpi menceduk air dari telaga sehingga puas orang meminumnya
Bab: Menceduk setimba dua air daripada telaga dengan kelemahan
Bab: Mimpi berehat
Bab: Istana di dalam mimpi
Bab: Berwudhuk di dalam mimpi
Bab: Tawaf ka'bah di dalam mimpi

Sessi 6:
Bab: Bermimpi apabila memberikan lebihannya kepada orang lain
Bab: Mimpi aman dan hilang ketakutan
Bab: Mimpi dibawa ke sebelah kanan
Bab: Mimpi bekas/mangkuk
Bab: Mimpi sesuatu terbang atau hilang
Bab: Mimpi lembu disembelih
Bab: Mimpi meniup
Bab: Jika seseorang bermimpi mengeluarkan sesuatu dari satu kawasan dan menempatkannya di tempat yang lain
Bab: Perempuan hitam
Bab: Perempuan yang tidak terurus rambutnya
Bab: Jika seseorang bermimpi menggoncangkan pedangnya
Bab: Orang yang berdusta berkenaan dengan mimpinya
Bab: Jika seseorang bermimpi sesuatu yang tidak disenanginya, maka janganlah diceritakannya dan jangan disebutkannya.
Bab: Orang yang tidak berpendapat mimpi itu mesti tepat mengikut penta'bir pertamanya jika ia tidak tepat
Bab: Menta'bir mimpi selepas sembahyang Subuh