(Ringkasan Sirah) Fasa Pertama: 1. Sayidina Muhammad

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro

1. Saidina Muhammad

  1. Baginda s.a.w. merupakan utusan Allah kepada seluruh manusia, yang terakhir dari kalangan para nabi dan imam para rasul.
  2. Baginda s.a.w. datang dengan membawa agama Islam, di mana pada hari kiamat Allah tidak akan menerima agama selain Islam.
  3. Baginda s.a.w. lahir dari keturunan pembesar Quraisy, iaitu kabilah paling mulia di Makkah al-Mukarramah.
  4. Keturunan baginda s.a.w. sampai kepada Nabi Ismail bin Ibrahim a.s.

Soalan-soalan

  • Siapakah dia Saidina Muhammad?
  • Apa yang dibawa oleh baginda s.a.w.?
  • Kedua ibubapanya dari kabilah mana?
  • Nasab keturunan baginda s.a.w. bersambung dengan siapa?

Ringkasan

  • Saiyidina Muhammad merupakan seorang utusan Allah kepada seluruh manusia.
  • Baginda s.a.w. datang membawa agama Islam.
  • Baginda s.a.w. berbangsa Arab Quraisy Adnani.