Seminar Antarabangsa: Islam Tanpa Sekte

Islam Tanpa Sekte

Dan berpegang teguhlah, kamu semua, kepada simpulan buhul dengan Tuhan, dan janganlah kamu berpecah belah antara satu sama lain. Dan ingatlah nikmat yang Tuhan telah limpahkan kepada kamu:bagaimana, ketika kamu saling bermusuhan, Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmatnya kamu bersaudara; dan [bagaimana, ketika] kamu hampir terjerumus ke dalam jurang yang menyala. Dia menyelamatkan kamu darinya. Dengan cara ini Tuhan menerangkan pesannya kepada kamu, supaya kamu beroleh petunjuk.

[Ali ‘Imran, 3: 103]    

 
Ia kelihatan bahawa peringatan Tuhan dalam al-Qur’an telah menimpa ramai pendengaran yang tidak peka. Sungguhpun mereka mendakwa sebagai pembela sunnah, namun ramai yang telah terperangkap kepada doktrin sekte yang beracun. Api perpecahan sekte dinyalakan untuk tujuan politik dan ramai yang tidak berupaya untuk berfikir akan kedaan dunia yang sebenar. Bagaimana boleh kita mendakwa berpegang kepada al-Qur’an dan Sunnah di masa yang sama kita menganjurkan kebencian dan diskriminasi? Tidak ada basis dalam hal ini dalam pemerkasaan al-Qur’an dan pencerahan sunnah.     

Isu pokok yang sebenar tidak lain daripada kekuasaan politik. Ianya adalah kuasa yang diperebutkan setelah kewafatan Rasulullah. Dan ia adalah perebutan kuasa yang genting sekarang. Tidak jarang terdapat pergeseran di bawah latar dua sekte utama dalam agama ini. Terkadang sepanjang sejarah, friksi ini meledak dan menyemarakkan kepada pembunuhan dan penyembelihan.

Kita telah melihat pemberontakan ke atas kezaliman dan tirani di Timur Tengah ketika Musim Semi Arab, dari Tunisia ke Bahrain. Malangnya, pemberontakan ini telah bertukar wajah kepada pergolakan yang tegang iaitu konflik antara dua kem utama Islam, puak Sunni dan Shii. Untuk seketika dalam revolusi di Tunisia, Libya dan Mesir, kelihatan bahawa pertembungan antara sekte yang berlainan itu tidak memainkan peranan yang penting. Bagaimanapun keadaan tampak berlainan di Syria, yang merupakan alasan yang lain mengapa pemberontakan ini dianggap berbahaya.    

Keganasan seumpama itu walaupun kelihatan jauh tidak mustahil boleh berlaku di negara ini mengingatkan bilangan pencetus-kebencian di kalangan pemuka agama yang sebelum ini ditauliah di negara yang tebal dengan permusuhan agama. Penganiayaan yang berterusan ke atas minoriti Shia oleh jabatan agama dalam bentuk gangguan dan penodaan hawzah mereka adalah alamat buruk terhadap apa yang mungkin tercetus di masa depan. 

Sebagai sebuah bangsa, kita harus melangkaui batas politik sekte dan memasuki pada paradigma yang baru. Wacananya harus berlandas kepada al-Qur’an dan Akal. Hanya dengan itu kita akan mampu merentasi kerangka pemikiran lama yang masih dominan di kalangan umat Islam hari ini.

Seminar ini akan dirasmikan oleh Prof. Mohammad Hashim Kamali, Pengerusi Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam dan akan menampilkan Prof. Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura, Prof Karim Crow dari Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam dan Dr.  Haidar Bagir dari Kolej Islam, Universiti Paramadina.

Dr. Ahmad Farouk Musa dari Islamic Renaissance Front akan mengaturcara majlis.

Majlis akan dilangsungkan pada hari Ahad, 10 Mac 2013, di Studio R, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

 
Tentatif Program

  • 200-230pm:  Pendaftaran
  • 230-240pm:  Bacaan al-Qur’an oleh Saudara Muhammad al-Amin
  • 240-250pm:  Ucapan Pembukaan oleh Prof Hashim Kamali, CEO IAIS
  • 250-300pm:  Ucapan oleh pengaturcara majlis: Dr Ahmad Farouk Musa, IRF
  • 300-320pm:  Pembentangan oleh Prof Syed Farid Alatas, NUS
  • 320-340pm:  Pembentangan oleh Prof Karim Crow, IAIS
  • 340-400pm:  Pembentangan oleh Dr Haidar Bagir, Universitas Paramadina
  • 400-500pm:  Diskusi
  • 500pm:          Minum petang



Penyertaan adalah percuma dan semua dijemput untuk hadir.

Sila daftar di http://www.irfront.org.

 [[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"398","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"1100","typeof":"foaf:Image","width":"691"}}]]