Semua Dalam Satu: Info Semua Channel Kuliah Maulana Asri

Oleh: zain-ys [FB]

Kuliah-kuliah Maulana Muhammad Asri Yusoff banyak bertebaran di ruang maya. Terutamanya di youtube.com. Maulana Asri banyak memberikan kuliah-kuliah hadis, samada di Kelantan atau di Lembah Klang. Antaranya ialah kuliah Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud dan seterusnya. Kadangkala agak sukar untuk mencari satu-satu tajuk dari satu-satu kitab. Kita terpaksa meluangkan sedikit masa untuk mencarinya.

Untuk mengatasi masalah ini pihak darulkautsar.net telah membangunkan sebuah blog yang memuatkan segala maklumat berkaitan dengan saluran-saluran kuliah Maulana Asri. Berikut ini saluran yang disenaraikan. Dan setiap darinya ada sub-salurannya:

  • Kuliah Semasa
  • Saluran Khas
  • Sahih Bukhari
  • Sahih Muslim
  • Sunan Abi Daud
  • Jami` Tirmizi
  • Muwattho’
  • Misykat Masabih

Sila layari blog berkenaan: http://darulkautsar.wordpress.com/