Setelah Mendengar Ini.. Marilah Kita Pakat-pakat Bantu Darul Kautsar

[Bantu Darul Kautsar] Setelah Mendengar Ini... Tiada Alasan Lagi Untuk Tidak Menderma

Deskripsi: 

INFO PENUBUHAN

Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) yang telah diasaskan pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof adalah sebuah pusat / institusi pengajian menghafaz al-Qur'an serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab yang berlandaskan kepada penekanan pengajian serta pengamalan al-Qur'an dan as-Sunnah di dalam kehidupan seharian. Kemuncak silibus pengajian kitab adalah Dauratul Hadits. Darul Kautsar memainkan peranan membimbing generasi Islam ke arah menjadi insan yang berilmu serta beramal berdasarkan galian dan sumber-sumber yang tulen dan sahih.

 

Objektif  PPADK

♦ Memimpin ke arah generasi ilmuan.

♦ Melahirkan generasi Rabbani yang berpegang kepada pada al-Quran dan as-Sunnah.

♦ Melahirkan ilmuan yang mantap dalam disiplin pengajian Islam dan bahasa Arab.

♦ Memulihara sebarang dakwaan / fakta yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam samada yang diseleweng mahupun yang direka.

♦ Memelihara sistem pengajian hadits (Dauratul Hadits) sunan sittah yang telah dilaksanakan dengan jayanya di pusat-pusat pengajian hadits di benua kecil India.

 

Visi PPADK

Melahirkan individu-individu yang memahami kan- dungan al-Quran dan al-Hadits serta beramal berdasarkan sumber yang benar dan sahih di samping  berkemampuan membersih dan menyebarkan fakta-fakta yang benar kepada masyarakat.

 

Kurikulum Yang Ditawarkan

· Sistem Hafiz bagi pengajian Tahfiz.

· Sistem Talaqqi bagi pengajian ilmu-ilmu Islam.

· Kurikulum Kementerian Pelajaran untuk UPSR, PMR & SPM (opsyenal).

· Kurikulum Yayasan Islam Kelantan untuk SMU & STAM (opsyenal).


Ingin Menderma?

Sumbangan dalam bentuk tunai atau bahan-bahan binaan amat-amat diperlukan. Pembangunan Kompleks PPADK ini bergantung sepenuhnya atas sumbangan orang ramai.

1) Akaun Bank Islam (M) Bhd

Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong

No. Akaun: 030-180100875-82

2) Akaun Maybank Islamic

Nama: Pembangunan PPADK Kuchelong

No. Akaun: 5531 0456 5893

 [[{"fid":"1491","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"","field_file_image_title_text[und][0][value]":""},"type":"media","attributes":{"height":960,"width":686,"class":"media-element file-default"}}]]


Kredit kepada DKS, team web darulkautsar.net, wan azhar (gambar latarbelakang, Hj Zamri dan semua yang terbabit secara langsung atau tidak dalam pembikinan video ini.

Info Audio Video: 
Pusat Pengajian Al-Qur'an Darul Kautsar (PPADK) yang telah diasaskan pada tahun 1986 oleh Maulana Muhammad Asri Yusof adalah sebuah pusat / institusi pengajian menghafaz al-Qur'an serta pengajian ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab...

Kategori: