Soaljawab Islam

SU-00417 : perlu samak seluruh rumah??

:salam

sy ada satu kemusykilan
sy kini menyewa di sebuah rumah yg dahulunya didiami oleh penghuni bangsa cina yg bukan muslim

so,biasanya mereka ini akan bawa babi/anjing
sy jadi musykil,
adakah perlu sy samak semua lantai dan seluruh rumah tersebut utk sy diami..

sy tak pernah pon lihat kotoran/najis tersebut
namun begitu, ramai teman teman bagitau sy utk menyamak

apa pandangan syariat yg sahih berkenan masalah sy?

SU-00418 : Tidur sebelum solat tahajjud??

Assalamualaikum..
satu soalan. Adakah tidur merupakan syarat untuk menunaikan solat tahajjud? bolehkah solat tahajjud sebaik sahaja solat Isyak

SJ-01-0151 : Patung di atas piala.

:salam

Harap para Ustaz di al-ahkam dapat membantu.

Soalan ini berkaitan perincian terhadap piala yg berpatung "cth Piala Juara Menembak" yg mempunyai patung dengan aksi menembak diatasnya (patung ini cukup sifat)

Adakah masih boleh display piala ini tanpa memotong kepala patung tersebut dsb, seperti saranan hadis?

SJ-05-0464 : Amalan sunnah dalam solat

1- Apabila Imam bagi salam & makmum belum abis lagi, adakah makmum boleh abiskan bacaan atau makmum wajib tamatkan bacaan on the spot(tanpa sempurnakan ayat)

2-Ada tak bacaan masa sujud terakhir sebelum salam

:wassalam

SJ-01-0146 : Nur Muhammad

:salam

minta ustaz tafsirkan ayat di bawah sebab ada puak tarekat yg guna ayat ni untuk buktikan konsep Nur Muhammad

Nabi Muhammad S.A.W adalah cahaya; ini adalah benar. Allah S.W.T berfirman:

SJ-05-0462 : azan dan iqamah apabila ingin solat fardhu

:salam

Situasi 1:
- pukul 5.45PM, solat asar dirumah, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar Iqamah sahaja?

Situasi 2:
- pukul 5.45PM, solat asar dimasjid, adakah perlu azan dan iqamah atau sekadar iqamah sahaja?

Bagaimana bagi mereka yang perempuan pula? mereka juga perlu Azan dan Iqamah?

Apabila didalam masjid Imam sudah selesai solat fardhu, maka kita buat jemaah yg baru maka adakah perlu Azan dan Iqamah juga?

Jazakallahhhukhairan kathira...

SU-00416 : hukum menggali semula kubur yang sedia ada

assalamualaikum....boleh tak ustaz jelaskan hukum menggali semula kubur yang sedia ada mengikut mazhab syafi'e,hanafi,hambali berserta dalil-dalil yang berkenaan dan juga contoh yang berkaitan

SJ-05-0463 : Keluar Solat Untuk Halang Pencuri

:salam

sy ada soalan tentang solat:

baru2 ini,sy menghadiri kuliah agama.utz yg mengajar mengatakan kita tidak boleh keluar daripada solat dalam keadaan apa sekalipun,adakah ini benar?utz itu juga berkata,jika barang kita dicuri semasa solat,kita tidak boleh keluar dari soalt,tetapi bleh menghalangnya menggunakan tangan,saya agak musykil tentang ini.adakah ianya benar?

:wassalam

SJ-13-0528 : solat tahiyatul masjid di luar masjid

:salam

di sini saya ada beberapa soalan:

1)kebiasaannya di mesir ini,apabila tia solat jumaat,masjid2 akan menjadi pebuh. tikar2 akar di bentang di luar masjid sehinggakan ada yang terpaksa solat di kawasan kedai kopi atau salon kecantikan. soalan saya,adakah boleh untuk saya solat sunat tahiyatul masjid di luar kawasan masjid walaupun di dalam kedai berhampiran masjid?

SJ-13-0527 : Hukum memakai lambang ini

Apakah hukumnya memakai uniform seni beladiri yg bertampalkan lambang ini:

http://www.shorinjikempo.or.jp/en/about/img/singular_img02.gif

Maklumat mengenai lambang ini boleh didapati di:

http://www.shorinjikempo.or.jp/en/about/singular.html

Adakah boleh merosakkan aqidah?

SJ-01-0145 : Tawassul

apakah pendapat ulama'2 tntng tawassul.. hatta kepada nabi Muhammad s.a.w..

SJ-02-0031 : Bin Baz dan Amerika

:salam

di tempat kami ada timbul pertelingkahan yang sangat mencemaskan, dimana al-marhum Bin Baz, menurut satu kumpulan yang membenci al-marhum mengatakan bahawa penempatan tentera Amerika di bumi Saudi adalah dengan fatwa al-marhum melalui permintaan Fahd b abdelaziz...

Mereka mengatakan lagi bahawa kedua-dua Fahd dan Bin Baz telah termakan tipudaya Amerika , apabila mereka mempercayai bahawa Saddam Hussein sedang mengarahkan tentera Iraq memasuki Saudi, setelah menakluk Kuwait...

SU-00414 : Janggut

sekali lagi ingin mengutarakan soalan mengenai janggut..
ulama' manakah yang mengatakan bahawa janggut itu tidak wajib bagi setiap muslim?
dan bolehkah ustaz kemukan hadith-hadith yang membenarkan pemotongan janggut dan pengharaman potong nya janggut.. yakni khilaf
terima kasih

SJ-13-0550 : fatihah kepada simati?

apakah hukum bacaan fatihah kepada simati? adakah dikira sebagai bidaah?
jika terdapat dalam hadith boleh kemukakan hadith tersebut?
terimakasih..

SJ-09-0049 : Purdah/niqab semasa ihram atau semasa tawaf

Aslm ,

Saya ingin bertanya tentang hukum purdah/niqab semasa ihram atau tawaf.
Apa yang saya faham ia tidak dibenarkan kecuali ada bukan mahram di sekeliling kita.

1. Oleh kerana semasa tawaf, memang ader yg bukan mahram di sekeliling kita, boleh kah terus sahaja berpurdah tanpa buka langsung.

2. Bolehkah berpurdah semasa solat kerana bukan mahram lalu lalang disekeliling kita semasa di masjidil haram.