Soaljawab Islam

SJ-1736: Saidina

Assamualaikum,
Lafaz saidina di dalam selawat Nabi Muhammad & Nabi Ibrahim, apakah wajar disebut atau ditinggalkan sahaja?
Wassalam.

SJ-1747: Sumbang Mahram

Saya dapat email yang menyatakan "jika berlaku sumbang mahram contohnya ayah dgn anak atau anak tiri, maka hubungan suami isteri yang sedia ada secara automatik telah jatuh talak. Ini bermakna suami isteri berkenaan tiada lagi hubungan suami isteri dan tidak boleh disatukan semula walaupun melalui 'cina buta'." ... Persoalannya - benarkah hukumnya demikian dan apakah nas atau dalil nya

SJ-1737: mahdi

ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááå ÊÚÇáì æÈÑßÇÊå

1.Adakah murtad sesesorang yang mengingkari adanya Al-Mahdi? Jika tidak apa dalilnya? Adakah ia perkara usul aqidah?

Wassalam

SJ-1734: Makhluk (Syurga/Neraka)

Assalamualaikum Wmt Wkt Ahli Panel dan para pengunjung

Saya ingin mendapat kepastian dengan kenyataan panel saudara THTL tentang syurga dan neraka iaitu

" bahawa Allah selalu menyebut syurga dan neraka ini dua makhluk yg bersifat kekal, eternal atau abadi. menurut Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, tidak perlu dipersoalkan kenapa sifat kedua-dua makhluk ini menyamai sifat Allah."

adakah ini bermakna syurga dan neraka merupakan makhluk? Terima kasih kerana mememberi komentar

Wassalam

SJ-1726: Rujukan SJ 63 & Jama' & qasar

Merujuk kepada SJ - 63, ustaz Zain y.s telah menjawab pertanyaan netter:

Dalam masalah yg dikemukakan, kalau dia seorang yang bermusafir yang dibenarkan jamak sembahyang. Dia tidak boleh menjamakkan maghrib dengan Isyak lagi. Sebab apa? Bagaimana boleh dia menjamakkan maghrib dengan Isyak, kerana dia sudah berada dalam waktu Isyak! Sembahyang Isyak seperti biasa atau mengqasarkannya.

Soalan saya:

SJ-1728 : KITAB BAHRUL MADZI

A'salam wr kth

Bolehkah tuan menerangkan serba-sedikit latarbelakang dan konsep kitab Bahrul Mazzi dan siapa pengarangnya.

Terima kasih

SJ-1740 : PAKAIAN BERNAJIS & MENYEBUT " AU KAMA QAL "

Assalamualaikum Tuan Panel Al-ahkam

Terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan saya yang lepas- saya masih ada persoalan :

1.Bolehkanh dalam syarak seseorang yang pakaian nya terkena najis- dan oleh kerana tiada pakaian yang suci... dia bersoalat dengan niat menghormati waktu..disebabkan tak sepat pulang ke rumah

2.Apakah dalil -Hadis Nabi...yang menetapkan kita kata Ãæ ßãÇ ÞÇájika tak pasti tentang satu-satu hadis

Wassalam

SJ-1724: (Mufti Brunei) Wiladah @ Nifas

Assalamualaikum Tuan Panel.

Tempoh hari lalu, ahli panel sudah menjelaskan mengenai mandi wiladah dan nifas. Yang memusykilkan saya ialah fatwa dari Kerajaan Brunei yang mengatakan seseorang yang baru melahirkan anak WAJIB MANDI WILADAH DAN NIFAS SERENTAK... untuk kepastian saya turunkan petikan fatwa tersebut.. mungkin saya tersilap faham.......

SJ-1727 : SUJUD TERHALANG & MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Assalamualaikum Tuan Panel Al-Ahkam

1.Adakah solat seseorang itu sah jika dahinya terhalang dengan kopiah atau serban semasa sujud

2. Adakah diharuskan mengugurkan janin hasil dari sumbang mahram atau rogol seperti di Bosnia?

Wassalam

SJ-1746: [SJ-1705] Susulan: Makan minum dlm Solat

Ustaz

Saya ada terbaca berkaitan SOALJAWAB AGAMA (tidak ingat sumber), bahawa jika kita mendapati ada sisa makanan selepas solat maka dikehendaki mendirikan solat tadi sekali lagi. tetapi bila membaca jawapan dari ustaz untuk SJ1705, saya rasa pelik pulak kerana soalan yang sama tapi jawapan berlainan. Adakah ini disebabkan pandangan mazhab yang berlainan?

SJ-1741 : TAUBAT & MENGUGURKAN KANDUNGAN

Assalamu'alaikum, Ustaz
Lanjutan dari soalan sebelum ini, saya ingin bertanya lagi berkenaan dengan kedudukan anak yang digugurkan itu.

1. Adakah anak itu akan mendakwa ibunya di akhirat nanti?

2. Apakah amalan yang sebaik2nya sepatutnya dilakukan oleh ibu itu untuk mendoakan anak yang telah digugurkan. Adakah sama seperti mendoakan dan bersedekah pahala membaca Al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia? Atau adakah cara lain?

Harap dapat ustaz perjelaskan dengan terperinci.

SJ-1722 (SJ-1711 part 2): Serban

Assalamualaikum

Ingin penjelasan mengenai berserban atau berkopiah, setahu saya hadis paling shahih dan afdal (cara berpakaian kebanyakan waktu) mengenai cara Rasullulah memakai penutup kepala adalah menutupnya dengan kain putih secara berselendang diatas kepala, itu yang selalu dipraktik day to day oleh junjungan Nabi. Terima Kasih.

SJ-1739: nafkah isteri

Assamualaikum,

Pada masa ini kebanyakan si isteri ramai yang bekerja dan ada juga yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada suami. Soalan saya :

1) Bolehkah suami tidak memberi nafkah (wang bulanan) kepada isterinya kerana berpendapat si isteri mempunyai pendapatan sendiri ataupun lebih tinggi daripadanya?

2) Adakah kadar yang ditentukan di dalam Islam untuk diberikan kepada isteri sebagai nafkah ataupun terpulang kepada kemampuan suami?

SJ-1720: solat jumaat

Assamualaikum,
Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat jumaat samada dengan sengaja ataupun tidak, adakah ia perlu mengerjakan solat zohor ataupun jumaat secara sendirian?
Wassalam.

SJ-1711 : Rampai : Berserban, Ikut Sunnah, Pakaian Muslimah,

1. a) Bersandarkan hadis Nabi SAW, memakai serban adalah sunnah. So, adakah memakai serban dengan tidak mengikut cara pemakaian serban nabi SAW dikira bida’ah sayyiah? Atau adakah ianya boleh disimpulkan bahawa memakai serban sahaja sudah dikira sunnah, tidak dituntut mengikut cara Nabi SAW mengikat serbannya. Sama seperti contoh yg Ustaz berikan pada malam itu bahawa bersugi itu sunat kerana kebersihan yang dituntut oleh Islam, bukan kayu ‘Arak’ – (sugi) itu.

Pages