[Video] Siapakah Tan Sri Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Anak Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar Selangor yang ke-14 dan merupakan Menteri Besar pertama yang bukan mewakili Barisan Nasional. Selepas lebih 4 tahun mentadbir Negeri Selangor, beliau melakukan banyak perubahan khususnya dalam memberi kebajikan kepada rakyat Selangor menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES dengan menjadikan dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat sebagai tunjang utama.

Umum mengetahui semangat perjuangan beliau untuk menuntut keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama di samping membanteras penyelewengan dan salah guna kuasa tetapi masih ramai yang tidak tahu kisah hidup beliau sejak zaman kanak-kanak sehingga menjadi pemimpin nombor satu di Negeri Selangor.

Bermula sebagai penjual kelapa salai sehinggalah menjadi CEO, Tan Sri Abdul Khalid tidak lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah ke hadapan dengan membawa bersama rakyat Selangor ke era perubahan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim layak dijadikan ikon kepada remaja dan belia kerana semangat dan dedikasinya demi memelihara kepentingan dan kebajikan rakyat.

Kategori Berita: