Wahai Ulama Muda UMNO-ku.. Intan Payung!!

40 ulama muda

Kami merayu semua Sunni dan Syiah yang sama-sama beriman kepada Allah, kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW dan menghadap kiblat yang sama agar menghentikan pertumpahan darah serta-merta.

PUTRAJAYA 22 Mei - Dua pemimpin berpengaruh dunia Islam hari ini merayu umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya segera berdamai dan berhenti berbalah serta berbunuhan sesama sendiri.

Perkara itu diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Iran, Sayyid Muhammad Khatami dalam kenyataan bersama hari ini yang memohon pengikut kedua-dua fahaman terbesar itu menghentikan pertelingkahan dan perbalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Menurut mereka, perbalahan yang berterusan itu telah mencemar maruah dan harga diri umat Islam di mata dunia.

"Kami merayu semua Sunni dan Syiah yang sama-sama beriman kepada Allah, kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW dan menghadap kiblat yang sama agar menghentikan pertumpahan darah serta-merta.

"Hentikan keganasan, hentikan pertumpahan darah dan hentikan pembunuhan," kata mereka.

Kenyataan satu muka surat itu dibaca oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr. Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Kedua-dua pemimpin itu menandatangani dokumen tersebut yang turut merayu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili semua negara Islam tanpa mengira mazhab atau fahaman menubuhkan satu jawatankuasa kerja.

Menurut Chandra, jawatankuasa itu berperanan untuk meneliti dengan lebih mendalam jurang perbezaan antara kedua-dua fahaman itu.

"Kami juga merayu kepada setiap individu dan pertubuhan masyarakat madani dari seluruh dunia agar turut serta dalam usaha menghentikan keganasan dan pertumpahan darah serta menggalakkan perdamaian dan kefahaman antara Sunni dan Syiah," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, semua pihak harus menerima dan bertindak matang dalam mengemukakan perbezaan pendapat masing-masing.

Katanya, jika umat Islam boleh bersikap toleransi terhadap penganut agama lain seharusnya mereka juga boleh bersikap sedemikian terhadap saudara seagama.

"Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.

"Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam," katanya.

 

 


  Cuba renung-renungkan pendapat Ustaz dari JAKIM  (Ust Aizam Mas'ud) di FB-nya di bawah ini:

Sy fikir adalah trlalu "singkat akal" apabila tiba2 Chandra Muzafar & Mahathir ingin mnjadi jaguh kononnya utk merayu pnyatuan Sunni Syiah spy mghentikan pembunuhan sesama sndiri. Kita jgn jadi trlalu "bodoh" shingga trlalu mudah ditipu oleh sandiwara Syiah. Slps sekian lama Syiah Iraq yg diketuai oleh Nuri al-Maliki menindas & membunuh penganut Sunni di Iraq,tiba2 apabila puak Sunni btindakbalas, tiba2 Nuri Maliki sibuk berpura2 kononnya ingin mngajak spy Sunni Syiah brsatu. Tanpa semena-mena kita plak terhegeh2 mnyahut seruan dusta Syiah itu. Harap Chandra & Mahathir study trlebih dahulu apa sebenarnya yg Syiah lakukan ke atas Sunni di Iraq. Apa yg sepatutnya adalah Chandra & Mahathir mnyeru spy Nuri Maliki meletakkan jawatan atas jenayah yg telah dilakukan ke atas Sunni di Iraq!! Lebih mmbimbangkan jika kegelojohan Mahathir & Chandra ini bakal diambil kesempatan oleh puak2 Syiah sesat di Msia utk mndapatkan pgiktirafan HALAL DIAMALKAN & DISEBARKAN

 

Kategori Berita: