Wajah gang-gang Sunnah 2008 vol. 1
Written by admin on January 6, 2009 – 5:39 pmPosted in Pemikiran | 1 Comment »
Liku-liku hidup.. Allah Maha Besar!
Written by admin on December 31, 2008 – 9:55 pmPosted in Aktiviti | 12 Comments »
Apa khabar kawan? Tengah cari kerja kaa? Ha ha..!
Written by admin on December 14, 2008 – 4:13 pm

PONTIAN 13 Dis. - Seramai 100 pekerja kilang Pineapple Canning of Malaysia (PCM) di sini semalam mengadakan piket secara aman mendesak pihak pengurusan Kumpulan Fima Berhad supaya tidak menghentikan operasi kilang tersebut.
Piket yang diadakan di hadapan kilang berkenaan bermula pukul 9 pagi dengan semua pekerja kilang berkenaan memegang sepanduk mendesak supaya kilang itu tidak ditutup.
Seorang pekerja, Jamilah Kahar, 54, berkata, kebanyakan pekerja yang mencari rezeki di kilang itu adalah penduduk setempat dan bumiputera.
Katanya, sekiranya kilang berkenaan ditutup Januari ini, ia akan menjejaskan rezeki lebih 130 pekerjanya.
“Kebanyakan pekerja di kilang itu adalah suami isteri dan memang bergantung hidup daripada wang gaji bekerja di situ,” katanya yang telah bekerja di PCM selama 31 tahun.
Sementara itu, Martijah Salamun, 47, pula menyifatkan cadangan penutupan kilang berkenaan akan menggugat pendapatan keluarganya kerana dia dan suaminya bekerja di situ.
Katanya, setelah 27 tahun ‘mengabdikan diri’ di kilang berkenaan, dia hanya mengetahui tentang notis penutupan tersebut awal bulan ini.
“Sebelum ini hanya dengar khabar angin sahaja tentang penutupan kilang tetapi awal bulan ini kami diberitahu bahawa pihak pengurusan PMC mendapat surat sekali gus mengesahkan khabar angin tersebut,” katanya.
Rintihan kesemua pekerja kilang PCM itu turut disampaikan kepada Kesatuan Pekerja-pekerja Perkilangan Perusahaan Makanan Malaysia.
Presidennya, Mohd. Zelan Harun berkata, pihaknya kesal dengan tindakan Kumpulan Fima Berhad yang tidak berbincang terlebih dahulu dengan kesatuan mengenai keputusan penutupan kilang berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya hanya diberitahu mengenai penutupan kilang itu dari para pekerja dan beberapa sumber yang boleh dipercayai daripada pengurusan kilang.
Petikan: Utusan Online
Posted in Peduli, Teman | 1 Comment »
Kali kedua ke Pejabat TKM 1 & kejutan yang mengejutkan
Written by admin on December 11, 2008 – 9:30 pm
Kali kedua ke Pejabat TKM 1 P.Pinang. Saya di bawa oleh seorang teman. Saya tidak tahu bahawa saya akan dibawa ke sana. Katanya, ada kejutan. Ada orang nak jumpa saya. Ke mana dan siapa, saya tidak tahu.
Setelah sampai.. Memang betul. Memang betul2 satu kejutan!
Terimakasih kepada sdra fitrion dan abang haji kita. Juga kepada yang ingin bertemu dengan saya!
Nikmat silatur rahim. Nikmat bersikap peduli!
Posted in Aktiviti, Teman | 9 Comments »
MP3 panggilan Ka’bah
Written by admin on December 1, 2008 – 10:17 pm
Atas permintaan di youtube:
Posted in Peduli | 6 Comments »
Syukur.. Alhamdulillah!!
Written by admin on December 1, 2008 – 4:22 pm
Posted in Peduli | 4 Comments »
Terimakasih kerana peduli
Written by admin on November 17, 2008 – 10:51 pm
Jutaan terimakasih kepada rakan2 yang peduli terhadap kesihatan diri saya. Maaf kerana tak dapat menjawab panggilan telefon dan membalas SMS.
Alhamdulillah, saya nampaknya semakin sihat. Namun, saya perlu berehat lagi. Dan masih tak dapat menjawab panggilan telefon dan SMS utk beberapa ketika.
Posted in Peduli | 32 Comments »
Terimakasih kerana masih mengunjungi al-ahkam.net
Written by admin on November 9, 2008 – 10:46 pm
Hanya ucapan terimakasih yang mampu kami berikan kepada para pengunjung al-ahkam.net, terutama kepada para penyumbang artikel, pemetik berita dsbnya.
Terimakasih juga kerana masih setia dengan al-ahkam.net tanpa berbelah bagi. Mutakhir ini, selepas pelbagai ujian yang kita tempohi, kunjungan al-ahkam.net terutama pada waktu malam agak meningkat.
Janji kami, insyaallah.. al-ahkam.net akan terus dibawa kembali ke akarnya semula yang penuh dengan kesederhanaan, kematangan dan kasih sayang.
2009, kami akan menyempurnakan perjalanan kembali ke akar..
AKAR KITA!
Posted in Pemikiran | 27 Comments »
04 Nov 08: Line Internet Bermasalah
Written by admin on November 4, 2008 – 11:39 pm
Hari ini, sepanjang hari hingga pukul 10.30 malam line internet/telefon rumah di kawasan Penanti bermasalah. Tidak ada line langsung. Tokey kafe siber call saya, bertanya adakah line di rumah saya bermasalah. Katanya, dia ada buat aduan. TM kata penyelenggaraan sedang dijalankan.
Entah! Yang pastinya, banyak kerja-kerja saya tergendala. Antaranya, TV-Tajdid tak dapat disiarkan.
Posted in Aktiviti | 3 Comments »

