Panduan Qadak Solat Pesakit Ditidurkan dan Koma

Realiti yang sering terjadi di hospital di mana ada pesakit yang ditidurkan atau koma. Waris tertanya-tanya apakah wajib qadak solat pesakit ditidurkan? Dan, berikut ini adalah panduan qadak solat pesakit ditidurkan dan Koma.

Qadak Solat Pesakit Ditidurkan: Apa Maksudnya?

Pesakit yang ditidurkan (induced coma) dari satu sudut tidak sama dengan tidur biasa. Dan berdasarkan fakta dari pakar kesihatan, dapatlah disimpulkan bahawa dari sudut fiqh, pesakit yang ditidurkan (induced coma) boleh disamakan dengan pengsan atau hilang kesedaran diri (اَلْمُغْمَى عَلَيْهِ).

Qadak Solat Pesakit Ditidurkan: Ditidurkan = Intubasi

Menurut KKM dalam sebuah akhbar online, “…tanggapan bahawa kaedah intubasi atau ditidurkan adalah salah satu cara untuk mematikan pesakit dengan kaedah yang paling ‘selamat’ merupakan satu mitos dan tidak benar.

Sebaliknya, fakta sebenarnya adalah ditidurkan (induced coma) ialah usaha paling optimal untuk menyelamatkan nyawa terutamanya apabila seseorang pesakit mengalami keadaan klinikal yang kritikal dan mengancam nyawa.“

Rujuk: sinarharian.com.my

Menurut sumber beberapa orang doktor perubatan antaranya ialah Dr. Fradzi dan Dr. Malar Santhi Santherasegapan, ditidurkan bukanlah bermaksud tidur biasa tetapi ia bermaksud diintubasi.

Qadak Solat Pesakit Ditidurkan: Apakah Wajib Qadak Solat?

Orang yang pengsan (اَلْمُغْمَى عَلَيْهِ) tidak wajib qadak solat yang ditinggalkannya sepanjang dia pengsan. Samalah halnya dengan pesakit yang ditidurkan (induced coma).

Namun, di sana ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Sebagai contoh, kalau dia tersedar pada akhir waktu Asar sekadar takbir, maka disamping dia diwajibkan solat Asar, dia juga diwajibkan qadak solat Zohor.

Seterusnya, kalau dia tersedar pada akhir waktu Isyak sekadar takbir, maka dia diwajibkan solat Isyak dan juga wajib qadak solat Maghrib. Wallhu A’lam.

Similar Posts

Leave a Reply