---
title: "Hadis 29: Pintu-pintu Kebajikan Dan Lorong-lorong Petunjuk"
description: "**Pintu-pintu Kebajikan Dan Lorong-lorong Petunjuk** **الحديث التاسع والعشرون: أَبْوَابُ الْخَيْرِ وَمَسَالِكُ الْهُدَى** عَنْ مُعَاذٍ بن جبل رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ، قَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيمٍ وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ…"
url: "https://al-ahkam.net/v25/ilmiah/hadis-29-pintu-pintu-kebajikan-dan-lorong-lorong-petunjuk/"
updated: "2026-05-29"
category: "Hadis 40 al-Nawawi"
tags:
  - hadis 40
  - kebaikan
  - kebajikan
  - petunjuk
---

# Hadis 29: Pintu-pintu Kebajikan Dan Lorong-lorong Petunjuk

**Pintu-pintu Kebajikan Dan Lorong-lorong Petunjuk**

**الحديث التاسع والعشرون: أَبْوَابُ الْخَيْرِ وَمَسَالِكُ الْهُدَى**

عَنْ مُعَاذٍ بن جبل رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِعَمَلٍ يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ، قَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ عَنْ عَظِيمٍ وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ تعالى عَلَيْهِ: تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ، وَتَحُجُّ الْبَيْتَ. ثُمَّ قَالَ: أَلَا أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الْخَيْرِ؟ الصَّوْمُ جُنَّةٌ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ، وَصَلَاةُ الرَّجُلِ من جَوْفِ اللَّيْلِ، ثُمَّ تَلَا: تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ. (السجدة: 16) حَتَّى بَلَغَ: يَعْلَمُونَ (السَّجْدَةِ: 16 – 17)، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الْأَمْرِ وَعَمُودِهِ وَذُرْوَةِ سَنَامِهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذُرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَادُ، ثُمَّ قَالَ: أَلَا أُخْبِرُكَ بِمِلَاكِ ذَلِكَ كُلِّهِ؟ قُلْتُ: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَأَخَذَ بِلِسَانِهِ، قَالَ: كُفَّ عَلَيْكَ هَذَا قُلْتُ: يَا نَبِيَّ اللَّهِ، وَإِنَّا لَمُؤَاخَذُونَ بِمَا نَتَكَلَّمُ بِهِ؟ فَقَالَ: ثَكِلَتْكَ أُمُّكَ، وَهَلْ يَكُبُّ النَّاسَ فِي النَّارِ عَلَى وُجُوهِهِمْ، أَوْ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ إِلَّا حَصَائِدُ أَلْسِنَتِهِمْ. (رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وقال: حَدِيث حسن صَحِيحٌ)

**Ertinya:***Dari Mu’az bin Jabal r.a. dia berkata:*

***Aku berkata:** “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka,*

***Baginda s.a.w. bersabda,** “Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah Ta’ala: Engkau sembahlah Allah dan jangan menyekutukanNya sedikitpun, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan pergilah haji ke baitullah.”*

***Kemudian Baginda s.a.w. bersabda:**“Mahukah engkau aku beritahu tentang pintu-pintu kebajikan? Puasa adalah perisai, Sedekah adalah amalan yang akan memadamkan kesalahan sebagaimana air yang akan memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail),*

***kemudian Baginda s.a.w. membacakan ayat (surah al-Sajdah: 16 - 17):**“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”.*

***Kemudian Baginda s.a.w. bersabda,**“Mahukah kalian aku bertahu tentang pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya?”*

***Aku menjawab:** Sudah tentu mahu wahai Nabi Allah.”*

***Baginda s.a.w. bersabda:** Pokok dari segala perkara adalah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah Jihad.”*

***Kemudian Baginda s.a.w. bersabda:**“Maukah kalian aku beritahu tentang sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu?”*

***Aku menjawab:** “Sudah tentu mahu wahai Rasulullah.”*

***Lalu Baginda s.a.w. memegang lidahnya kemudian bersabda:**“Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk).”*

***Aku berkata:**“Wahai Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga di atas apa yang kita bicarakan?”*

***Baginda s.a.w. bersabda:**“Celakalah engkau, bukankah tidak ada yang menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam api neraka melainkan hasil tuaian lisan-lisan mereka.*(Riwayat Turmuzi dan dia berkata, Hadisnya hasan sahih)
