Mukadimah
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญูููู ู
ุงูููุญูู ูุฏู ููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ูููููุ ููุงูุตููููุงุฉู ููุงูุณููููุงู ู ุนูููู ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุตูุญูุจููู ุฃุฌูู ูุนููููู
ุฃู ููุง ุจูุนูุฏูุ
Terjemahan dan penerangan ringkas untuk kitab yang cukup popular ini iaitu Fathul Qorib karya Syeikh al-Alim al-Allamah Ibnu Qasim al-Ghazzi ini sebenarnya disusun sebagai nota untuk pengajian talaqi kitab ini di pondok Penanti sekitar tahun 2016 โ 2017.
Di dalam menyusun risalah kecil ini, saya telah merujuk beberapa kitab yang memang cukup dikenali oleh para pelajar fiqh bermazhab al-SyafโI. Antara kitab yang saya gunakan ialah:
Hasyiah al-Bajuri, yang merupakan komentar terhadap syarah Fathul Qorib
Al-Iqnaโ & Hasyiahnya al-Bujairimi, oleh syeikh al-Khatib al-Syarbini
Mathalaal Badrain (kitab jawi). Kami merujuknya sebagai menghargai sumbangan ulama alam melayu dalam penulisan ilmu fiqh, juga kerana kaitan rapat kitab ini dengan kitab Fathul Qorib.
- Al-Fiqh al-Manhaji
- Minhaj al-Tholibin
- Mughni al-Muhtaj
- Tuhfah al-Muhtaj
- Nihayah al-Muhtaj
- Dan beberapa kitab lain
Setiap kenyataan, kami akan sertakan secara ringkas rujukannya dengan meletakkan nama kitab dalam kurungan.
Harapan dan doa saya, agar risalah ini bermanfaat sebagaimana bermafaatnya kitab asalnya dan segala syarah-syarahnya. Amiin..
Ikhlas
Zainudin Yusro
Madrasah Manabiโul Ulum (Pondok Penanti),
Penanti, B.Mertajam, P.Pinang
Julai 2018