Cuba Fikirkan! Kenapa AS dan Israel Beria-ia Kata Iran & Basyar Paling Hebat Bantu Palestine?

Primary tabs

Ramai di kalangan anak anak yg pro-Iran, pro-Bashar al-Asad dan Hizbullat telah PM kepada saya meletakkan apa yg mereka panggil fakta utk membuktikan bahawa Iran yang paling banyak membantu rakyat Palestin dan Hamas.

Pertamanya, mereka keliru antara Jihad Islami yang sememangnya pro-Iran, dengan HAMAS yang merupakan cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. Malangnya kebodohan mereka ini cuba digunakan untuk menipu orang lain. Umum tahu yang Jihad Islami memang menerima bantuan Iran, malah pejuang mereka dilatih di Iran. Namun Jihad Islami BUKAN Hamas!

Keduanya, seperti juga negara-negara umat Islam yang lain, Iran juga ada membantu rakyat Palestin. Namun, bantuan mereka tidaklah layak hendak dibandingkan dengan apa yang telah Morsi lakukan sewaktu menjadi presiden Mesir utk tempoh yang singkat. Malangnya Iran dan Syiah membenci Morsi dan terlibat di dalam kempen menjatuhkan Morsi.

Bantuan dari Iran juga tidaklah sebesar bantuan dan juga usaha yang ditunjukkan oleh Turki di bawah PM Erdogan. Malangnya Iran dan Syiah juga anti-Erdogan dan mereka terlibat dalam usaha hendak menjatuhkan Erdogan.

Bantuan dan sokongan dari Qatar untuk pembangunan dan dana untuk Gaza juga tidak boleh hendak diremehkan. Begitu juga dengan Libya dan Tunisia.

Peliknya golongan pro-Iran, Hizbullat dan Bashar ini mengambil secara selektif ucapan terima kasih pemimpin Palestin kepada Iran dengan tidak melihat ucapan terima kasih pemimpin Palestin dan pemimpin Hamas kepada negara-negara lain, terutamanya Turki, Qatar dan Malaysia.

Bagi sesiapa yang pernah ke Gaza, mereka tidak terlalu pelik dengan penipuan golongan ini. Malangnya anak-anak pro-Iran, Bashar dan Hizbullat ini tidak pernah ke Gaza dan tidak pernah bertemu dengan kepimpinan Hamas. Mereka syok sendiri dengan laporan media US dan pro-Israel yang sedaya upaya mempamerkan bahawa Iranlah satu-satunya negara yang membantu Palestin dan Gaza.

Ketiganya, selepas kebangkitan rakyat di Syria, realitinya, Iran dan Hizbullat membantu Bashar membunuh rakyatnya yang majoriti Sunni. Iran juga terlibat merestui kezaliman Bashar dan Hizbullat ke atas para pelarian Palestin di kem pelarian Yarmouk.

Sikap Bashar inilah yang telah membuatkan kepimpinan Hamas di Syria terpaksa memindahkan HQ Hamas dari Damsyik ke Doha. Ini semua fakta yang umum tahu.

Mengapakah fakta ini pihak pro-Iran, pro-Bashar dan pro-Hizbullat di Malaysia cuba sembunyikan?

Kelima, apa yang pasti, Iran bukanlah satu-satunya negara Islam yang membantu Palestin seperti yang sering dicanangkan oleh US dan Israel...dan pengkagum Iran, Bashar dan Hizbullat di Malaysia.

Malah usaha rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia di dalam isu Paleatin da Gaza pun tidak boleh dipandang remeh. Kesemua NGO dari Malaysia yang terlibat membantu rakyat Palestin adalah NGO sunni dan tiada NGO Syiah atau pro-Iran....(jika ada, siapa ya?)

Cuma saya pelik mengapa rakyat Malaysia yang pro-Iran, pro-Bashar dan Pro-Hizbullah tidak mengiktiraf jasa rakyat dan kerajaan Malaysia di dalam isu Palestin?

Apakah kerana mereka Sunni?

Rasanya perlu diselidiki apakah kesetiaan pengkagum Iran di Malaysia ini kepada tanah airnya Malaysia kah, atau kepada Iran dan Bashar?

Amat jelek mendengar golongan ini mendewa-dewakan Iran, Bashar dan Hizbullat, tetapi memandang rendah negara sendiri, malah memburukkan nama Malaysia sendiri sebagai sebuah negara majoriti Sunni...

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan